CAMERON HIGHLAND SayA dAtaNG LaGiI!!!

Salam sejahtera semua... dah beberapa hari rasanya saya tak melawat alam blog, rindu plak rasanya. Kalau buka pun just tengok-tengok jer... Ahkirnya sampai gak tarikh 17 dan 18 Disember 2011. Jeng...Jeng..Jeng,
Family trip holiday kali ini di Cameron Highland.

8.30 pagi,  (17 Disember 2011)

Seawal ini kami bertolak dari Teluk Intan, Mengantuk tapi teruja... saya dah siap-siap bawa sweater sebab saya nie tak tahan sejuk. Kurus macam saya nie tentulah kekurangan lemak dibawah lapisan kulit. Kali ini semua ahli keluarga kami join so kena la pergi 2 kereta. Hashim!!! (bukan nama orang tapi bersin). Wah!!!Rupa-rupanya dah masuk Ringlet patutla bersin kesejukan.

11.00 pagi,

Selamat tiba di Tanah Rata Cameron Highland... Sejuknya!!! Pe lagi kita makan dulu dah lapar bebenar masa tue. Tengok semua orang tunduk menikmati makanan, almaklumlah sejuk cepat la lapar.

12.00 tengahari,

Lawatan pertama kami di Argoteknolagi Mardi.... Kat sini semua ada dari strawberriyhingga la ke nyamuk (???) Hahaha.... sebab saya kena gigit nyamuk kat sini. Besar tau nyamuk  kat sini saiznyaa dua kali ganda dari nyamuk kt bawah (habis kering kontang darah saya, kalau dekat 20 ekor gigit). Taman Agroteknologi Mardi ini, antara tempat yang saya suggest korang lawat. Sebabnya korang boleh dapat tengok semua benda yang menarik di Cameron Highland disini. Tanaman beriklim sejukterutamanya. Dari strawberry, tomato, epal, pear dan banyak lagi (tak larat nak taip).

2.30 petang

Kami check In di M& Z Homestay yan g terletak di Taman Sedia, lokasinya antara Tanah Rata dan Brinchang. Sangat selesa rumah nie, lengkap dengan pelbagai kemudahan. Sebenarnya Taman Sedia nie merupakan penempatan perkampungan melayu pertama di Cameron Highland. Banyak lagi perkhidmatan homestay yang ada macam Ros Chalet, Marina Homestay dan macam-macam lagi la. Pendek kata siap-siap booking awal yer lagi2 cuti sekolah nie. Sebabnya ramai yang akan booking lebih awal kurang-kurang pun sebulan. Kalau lambat tido dalam keretala jawabnya.

4.30 Petang,

Kami meneruskan aktiviti ke Ravi Park plak, kat sini boleh petik strawberry dengan tangan sendiri. Tapi pepandai la bujet sebab terlebih petik lebih la bayar. Just untuk nak rasa petik boleh la tapi kalau nak bawa balik sebagai ole-ole beli je kat pasar malam Brinchang harga lagi murah dan boleh tawar. Apa yang boleh dapat kt sini? Ha seperti biasa tumbuh-tumbuhan beriklim sejuk hahaha.luv sayur.

6.30 petang

Destinasi terakhir hari ini iaitu, Pasar Binchang... Ok start untuk shopping dan seperti biasa tumpuan utama adalah sayuran hahaha. Strawberry, jeruk strawberry, teh pelbagai jenama dan perisa (beli kat sini je lagi murah), jagung dan macam-macam lagi.... Untuk  pengetahuan korang semua Pasar nie buka setiap hari pada cuti sekolah, sabtu dan ahad, kelepasan Am... (time cuti la kiranya)

Malam,

Makan-makan dan tido, Cameron Highland dah macam mati dimalam hari selain aktiviti pasar malam. Takkan nak melawat ladang malam-malam kot. Malam tue kami goreng-goreng bekalan yang kami masak. Cadangya nak buat barbeku  tapi cuaca tak mengizinkan selain masing-masing dah keletihan.

10.00 pagi (18 Disember 2011)

Kami ceck out seawal ini, malas nak ulang-alik ambik barang so aktiviti seterusnya adalah.... melawat kedai-kedai di tepi jalan sepanjang jalan di Brinchang (sambung shopping). Yang buat saya terkejut, harga barangannya lebih mahal dari semalam.... Huhhh!!! nasihb dah beli semalam, klu tak rabak la poket. 

11.00 pagi

Kami melawat ladang Teh Bharat Tea, orang sangat ramai dan ofkos susah nak parking. Tak berapa selesa nak bergerak sebab ramai so just duduk-duduk jela sambil menikmati pemandangan ladang teh dan air sungai.


11.30 pagi

Perjalanan diteruskan ke Ladang Teh Boh, sangat jauh dan buat saya pening... Masa nie la keterorran memandu en.suami dan en.adik teruji. Yang beshnya main hon-hon ... TON!!! TON!! hahaha bingit telinga dengar banyak kenderaan bunyikan hon. Etika memandu kalau lalu kat selekoh yang tak nampak apa dihadapan kena bunyikan hon. Sebagai isyarat yang kita ada kat depan takut bertembung lak dengan kenderaan dari depan.

12.00 tenghari

Tiba di pusat penerangan Teh Boh... sangat sejuk, pendakian ke Puncak Ulu Tenum diteruskan kali ini dengan mendaki anak tangga yang disediakan. Seronok sangat en. suami, en.ayah, cik adik besar dan cik adik kecik pun ikut. Dan yang paling teruja adalah cik adik besar dan cik adik kecik. Daki bukit dengan hill hahaha. Kiri kanan jalan mendaki adalah pokok teh, bau pahit daun jadi perfume kat jalan ini. Bau dia seakan-akan bau daun inai (sape pernah pakai confirm tau). Sampai kat tengah jalan saya dah termengah-mengah sarung tangan yagg saya pakai dah basah dek sebab pengang kebal. Jalan becak, habis selipar comot dan en.suami dah selender hahaha. Saya dah termuntah-muntah, kuang hasam betul cik adik berdua tue duk gelakkan kami. En Ayah cabar kami naik sampai atas, dia kata alang-alang dah sampai separuh.... Dan akhirny kami BERJAYA sampai jua..... MALAYSIA BOLEH!!!!

Cuaca diatas puncak Tenum berabus tebal dak kasar, rasanya macam hujan rengai tapi itu la kabus kasar. Angin bertiup kencang seakan-akan nak hujan ribut. Tak kesampaian nak tengok pemandangan dibawah sebab cuaca yang tidak mengizin ditampah kabus tebal.


2.00 petang

Sambil menunggu kami turun pn.emak dan pn.adik menunggu kami kat bawah. Mak dah mabuk tak larat nak ikut dan semestinya pn.adik yang sarat mengandung 7 bulan pun duduk jela kat bawah sambil menikmati teh boh panas dan sepotong kek teh. Pn. mak ambil kesempatan untuk melawat sekitar kilang teh untuk tengok proses buat teh. En.Adik kecik nangis nak ikut kami naik kepuncak hahaha tak dapekla nak dukung dia naik keatas...... 
Kami pun turun dari puncak dengan penuh hati-hati sebab licin tangga batu dan suku daripada jalan ke puncak adalah tanah merah....

2.30 petang

Kami berangkat pulang ke Teluk Intan.... Sepanjang jalan turun melalui Tapah banyak gerai-gerai kecil dan usang orang asli ditepi-tepi jalan. macam-macang gelagat yang saya nampak. Yang paling menarik adalah aksi tiga beranak orang asli sedang sibuk mencari kutu masing-masing. Memang kami berhajat nak singgah dan membelek-belek petai. Bayangkan dengan harga RM15 saya dapat seikat petai dengan kuantiti tidak kurang 50 papan petai. Sangat berbaloi, selain petai de gak yang jual madu asli, tumbuhan hutan dan ubi kayu.

4.00 petang

Sampai di pekan Tapah makan tengahari dan berehat sebentar.

5.00 petang sampai di Teluk Intan. Yeeeee da balik
p/s : my babby, dah berusia 3 hari di banting





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1