KOTA KINABALU

 Aku memang teringin nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Kali nie aku bawa keluarga aku termasuk mak mertua sekali. Aku nak percutian kali ni lancar dan bagi 1001 kenangan manis buat famili aku.


Pergi bercuti bertujuh ni tak sama macam pergi berdua, segalanya perlu rancang teliti. Aku tak nak la mak ayah aku tak selesa. Kalau berdua je boleh la guna konsep redah je kan. Seawal 6 bulan sebelum bercuti hari-hari aku tunggu sale tiket tau. Dan akhirnya aku dapat tiket return berserta luggage untuk 7 orang dengan harga RM1500++ dengan Air Asia.



Ni first time untuk mak dan adik-adik aku naik flight. jadi keterujaan tu lain sikit bercampur dengan cuak sebenarnya. Ingat senang nak pujuk mak aku naik kapal torobang. Hari-hari pujuk, nasib 3 jam je dah sampai kalau 8 jam mau dia tak nak ikut.

Untuk pengangkutan, aku sewa proton Ixora  manual yang boleh muat 7 orang untuk tempoh 4 hari 3 malam dengan kadar sewa hanya RM450. Selama 4 hari 3 malam tu hanya sekali je isi minyak RM100. Kenderaan lak pick up kat aiport sama gak time balik. Kiranya aku bernasib baik sebab segala urusan sewa kenderaan di KK sepupu aku yang menetap di KK tolong uruskan. So aku dah jimat kat sini, aku anggarkan dalam RM600 untuk sewa kenderaan tak termasuk minyak.

Jadual percutian memang aku susun untuk tak terlalu crowed dan santai. So aku dan suami hanya pilih beberapa lokasi menarik dan tertentu sahaja. Setiba di  KK kami terus menuju ke Kundasang. Kitaorang dah tempah sebuah Villa 3 bilik di J Residence. Suami nak rasa malam di gunung katanya tak kisahla kaki gunung je pun. J Residence ni memang betul-betul terletak di kaki gunung Kinaballu. Resort yang dikelilingi hutan, malam-malam pun sangat sunyi. bunyi haiwan-haiwan rasa seram lak. Makan malam kami dah siap-siap tapau kat KK dan beli beberapa makanan tambahan lain. Malam tu suhunya drop 15 darjah celcius... sejuknya lain macam... Tidor siap berstokin 2 lapis, pakai sweater tebal dan selimut. Macam mane la nak pergi korea nie yang suhunya -?. Sian kat mak n mak mertua aku kesejukan.

Untuk malam ke2 dan ke 3 pulak kami menetap di Marina Court Apartment 3 bilik untuk 7 orang. Pun sangat selesa... Ruang tamunya besar dan pemandangan mengadap pool. Aku suka tempat nie lokasinya berdepan dengan Oceanus Waterfront Mall. Cuma katil kat bilik aku patah, dari datang sampai balik idaknya datang nak repair. Selain tu masalah tekanan air.

Oh ye, untuk penginapan total cost aku J Residence 1 malam RM600++ dan Marina Court Apartment RM500++ So total lebih kurang RM1100++.

. Destinasi pertama di hari kedua adalah Desa Cattle Dairy Farm. Sepanjang perjalanan dari J Residence  memang sangat menarik pemandangannya. Sayup-sayup Kinabalu sesekali lalu awan putih tutup puncak gunung. Jadi Kalau nak tengok puncak gunung kena pagi-pagi kalau dah lambat sikit tertutupla puncak tu dengan awan. Kat Desa Cattle Dairy Farm nie memang tujuannya tengok lembu la, selain cuci mata tengok pemandangan cantik. Kat sini boleh beli produk tenusu, aiskrem la pe lagi. Tapi aku tak suka, Iqbal lagi la tak suka. Mungkin sebab makan aiskrem sambil bau lembu... Memang tak wangi yer. Tak yah jauh-jauh ke New Zealand kat Malaysia dah boleh rasa ala-ala New Zealand. 

Nak beli buah-buahan dan sayuran boleh singgah di pekan Ranau, ada pasar pagi dan sepanjang tepi jalan ada jual produk pertanian. Belila buah-buahnya segar-segar selain ada buah yang aku tak jumpa dan hanya kenal kewujudannya di sini. Aktiviti utama penduduk di tanah tinggi ni tentulah pertanian. 

Di Sabah banyak sungai yang di tagal bagi tujuan pemuliharaan ekosistem. Hanya pada masa tertentu dalam setahun yang ikan-ikan disungai tu boleh ditangkap. Tagal nie berasal dari bahasa Kadazan Dusun yang bermaksud "No Fishing". Tagal Fish  Sg Morali adalah salah satu tempat yang kita boleh bermesra dengan ikan. Mesra la sangat kan, bagi je kaki korang mesti digigit-gigitnya. Aku geli kena cium ikan. Kat sini di kenakan bayaran untuk setiap kali masuk tak salah aku masa yang diperuntukan 15 ke 30 minit. Tak boleh mandi ye kat sini cuma aktiviti spa ikan sahaja. Geram tengok macam-macam spesis ikan. 

Dalam perjalanan pulan ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah ke Rumah terbalik, betul-betul tepi jalan. Selain rumah terbalik ada muzeum 3D. Kita orang tak masuk pun, kesuntukan masa.

Ada yang tanya tempat makan yang menarik di Kota Kinabalu, aku suggest untuk Seafood pergi jer ke Todak Waterfront memang banyak kedai makanan, korang pilih sahaja dan semestinya murah. Sepupu aku suggest beli seafood dan masak sendiri lagi jimat. Tapi dek kerana kekangan masa better makan saja di kedai. Di Todak Waterfront waktu malam mingu memang sesak dengan pelancongan dan juga orang tempatan. So pergi awal yer... Selain tu Anjung Perdana Tanjung Aru, sesuai sangat kalau nak tengok sunset sambil minum air kelapa. Anjung Senja pun tak kurang menarik, seafoodnya lebih murah disini...

Kalau ke Kota Kinabalu rasa tak lengkap kalau tak jelajah pulau-pulau dalam Taman Negara Tungku Abdul Rahman. fee masuk hanya sekali bayar untuk ketiga-tiga pulau. Untuk ke Pulau- Pulau nie hanya perlu menaiki boat di Jesilton Jeti. Aku sewa sebuah boat untuk keluarga aku, kalau nak share dengan pengunjung lain pun boleh. Rm250 satu boat pergi dan balik termasuk sewa peralatan snokeling. Kami memilih Pulau Manukan, sebab masa tu ikan banyak kat pulau tu berbanding Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.

Kalau berjalan tak sah kalau tak beli ole-olekan. Ikan kering, ikan bilis dan produk laut lain-lain aku beli di Pasar Filipino, suggest dari sepupu aku. Sepanjang di Kota Kinabalu dia banyak membantu jadi Tourist guide. Untuk barang-barang perhiasan mutiara dia bawa ke pasar malam yang tak jauh dari Pasar Filipino. T-shirt kat sini pun murah, kena pandai tawar menawar harga bahhh kalau mau murah.

Untuk ke Hard Rock Cafe Kota Kinabalu tak susah, lokasinya berdepan dengan apartment yang kami menginap, aku dan suami jalan kaki je dah sampai. Tak bawa ahli keluarga lain, macam tak sesuai je, dan mereka dah penat sehari beraktiviti, jadinya rehat je. Terletak di dalam Oceanus Waterfront Mall, kedai barangan ditingkat bawah dan cafe ditingkat atas. Sempat teman suami layan band, aku tak suka tempat yang bingit macam kat sini. Kesian pulak suami layankan je la... 

Bawa keluarga terutama orang tua nie kena banyak bersabar, jangan nak ikut kita jer... Lagi-lagi bawa si bedut Iqbal berstatus orang kurang upaya (downsindrome). Alhandulillah mudah di urus si bedut tu, cuma masa mula2 nak flight nak berlepas dan mendarat tu ada la drama sikit. Nangis-nangis ketakutan, mula-mula masa flight bergerak kelandasan dia stady lagi. Dia ingat naik flight nie macam naik kereta kot. Mula je naik siap menjerit peluk kakak dia tak nak lepas... Pe pun adik kakak nie cepat belajar, masa nak return to KLIA dia dah prepair dan tau nak urus situasi so tak dela drama kul 7 malam. Doakan kakak murah rezeki ye nanti kita pergi tempat lagi jauh.

Tengok sapa paling teruja

Saleha Ariffin

catatan tak bergambar







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1