Jumaat, 2 Disember 2011

MENAWAN SANG SINGA (PERLIS)

25 Noverber 2011, pengembaraan ke negeri utara tanah air bermula. (Dah macam buat novel lak). Sebenarnya ia lawatan kerja dan adala sedikit terselit agenda untuk ke rumah rakan sekerja yang kawin kat Perlis. Wah, jauh gila... sengal-sengal segala urat sarat bila dekat 8 jam duduk atas bus. Perjalanan pergi tak la terasa sangat sebab kami bertolak 6.30 ptg dan sampai ke KMK 3.00 pagi. (Terima Kasih KMK terima kami untuk menginap).

Esok pagi kami bertolak ke destinasi lawatan sebenar KMP (Kolej Matrikulasi Perlis). Terharu dengan layanan daripada staf KMP sangat terbaik. Alhamdulillah ada la ilmu dan pengalaman yang dikongsi selain bertukar-tukar pendapat.

Apa yang saya suka di negeri Utara Malaysia ni ialah .............

Sawah Padi 

Sangat tenang dan mendamaikan. Kalau saya diberi peluang memang nak sangat menetap ditempat macam nie. Sepanjang perjalanan naik bus ke Kedah dan Perlis lebih 60% pemandangan adalah sawah padi. Yang paling menarik bila pemandangan sawah padi nie ditambah bukit setunggal (hehehe).

Ladang tebu di Chuping
 Kalau ditanya darimana gula berasal? dari sini la... Pemandangan ini semasa dalam perjalanan dari Arau, Perlis ke Padang Besar, Perlis.

Tasik/sungai dalam ladang tebu.

Sangat cantik lagi-lagi buat saya yang sukakan kehijauan... damai, tenang dan cool. Mungkin sebab aircond bus yang sejuk tahap gaban. Kalau seminggu duduk dalam tu boleh beku.(Bus baru la katakan).

Posing di Padang Besar

Sempat juga kami membeli dan terus blah dari Padang Besar. Satu lagi tempat menarik di Perlis, barangan daripada negara jiran kebanyakannya dan harga yang murah (untuk barangan tertentu sahaja). Penuh juga tangan saya tu kan.

Bus Cantik yang bawa Kami

Dengan bangganya saya nak umumkan yang kami rasmikan bus nie dulu erk.... Haissss riaknya


Santai di HEP KMP

Staf KMP dan KMS 

sempatla snap-snap gambar, tapi muskil la nape saya tak ada nie.... (Kena culik dengan staf asrama)

Signboard KMP
 Dipintu masuk KMP, sambut dengan bunga manggar (fakta x betul hahaha)







Terima kasih KMK, sudi terima kami menginap disini.
Dan akhirnya
Nie la penanggah kenduri Anis, eh bukan yer... saje kami nak pakai baju same kononnya sedondonla. Dan yang penting ikut tema Pengantin. Opss... lokasinya Kangar Perlis.

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang tak cukup masa nak lawat satu Perlis... Tapi sekurang-kurangya negera Utara Malayisa nie dah aku tawan dari hujung ke hujung.

SELAMAT BERCUTI KE PERLIS


1 ulasan:

Harun Ar berkata...

Suasana pedesaan terkesan damai, sejuk, segar, indah dan apa lagi...
Hai... perjalananmu menyenangkan ya....
TQ