CUTI-CUTI MEDAN Part 1

Salam sejahtera,

Pembuka cuti-cuti 2014 nie bermula dengan destinasi Medan, Indonesia. Kali nie Che Ya pergi bertiga. Kalau selalu tu berdua jer kan. Kali nie MIL pun join skali.... Disebabkan 14 hb cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul dan jumaatnya Thaipusam jadi memang masa yang sesuai untuk kita orang melancong.

Bertolak dari LCCT pukul 1.50 ptg (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Medan pukul 1.50 gak (waktu Indonesia). Masa perjalanan cuti satu jam tapi rasanya 45 minit jer. Sebab rasa macam baru jer naik pastu dengar pengumuman mendarat lak.Pas tue perbezaan waktu yang mana Kepulauan Sumatera nie lewat satu jam dari Malaysia. Lapangan terbang Kuala Namu Medan nie, baru setahun mula beroperasi. Rupabentuknya macam KLIA tapi kecik la.... Tempat mendaratnya panjang so memang tak rasa break macam kat Bandung tu... Mau tercabut pinggang gegar dia. Cantik dan canggih, tapi yang tak bestnya servisnya lembab. Nak tunggu bagasi jer ambil masa sejam, belum lagi berbaris panjang kat kauter imegresen. Punya banyak kaunter dua jer yang bukak. Aduhhh... Muka pulak ketat susah nak senyum. Tapi layanannya tak sekasar kat Bandung. Bak kata Pak supir, kat aiport baru nie banyak cctv hahaha.... Benarkah? Mereka sajer yang tahu.
Kuala Namu Airport (Google image)

Hari pertama sampai teruskan perjalanan ke Danau Toba, yang pemes kat tv3 pasal cerita rakyat tue. Sampai gak Che Ya kat sini. Jarak perjalanan dari Kuala Namu ke Danau Toba ambil masa lebih kurang 5 jam. Disebabkan kebulur tak sempat nak lunch kt LCCT so kami singgah kat sebuah restoren masakan Padang, rasanya tekak Che Ya lebih suka masakan Padang kat Bandung banding kat Medan nie. Lapar punya pasal bedal jerla... Jalan menuju ke Danau Toba tidaklah sebaik kat Malaysia nie. Hanya 1 lorong untuk satu hala, tu pun depa jadikan 2 lorong untuk satu hala. Cara memandu penduduk sini sangat xtreme ok. Sesuki hati jer potong kot kiri padahal satu lorong jer jalan. Punyala susah depa nie nak ikut peraturan sampai der sign bord "Orang Yang Beriman Tidak Akan Langgar Lampu Isyarat".

Sampai Danau Toba jer dah malam.... So pemandangan semasa perjalanan tak berapa clear. Semasa perjalanan ke danau Toba kami terserempat dengan satu kemalangan. Sangat ngeri kalau tengok dari keadaan kereta macam tak de harapan jer..... Ooo lupa plak sepanjang percutian nie kami di temani Pak supir, sape namanya aku Che Ya lupa. Tapi yang pasti bro nie antara pekerja Pak Ramli, member suami Che Ya. Pak Ramli nie de ramai pekerja untuk tourist guide... Memang senang, semua depa yang uruskan cakap jer nak apa semuanya bisa diatur.

Sesampai di Danau Toba pukul 8 malam waktu sini. Perut pun dah lapar, kat sini majoriti penduduknya adalah kaum batak yang beragam kristian. Jadinya makanan halal agak susah nak dapat. Tapi still de restoren halal. Istana Minang nama kedainya, kat sini kami terserempak dengan beberapa orang pelancong dari Malaysia. Just sempat berbalas senyum jer. Rupa-rupanya kiteorang menginap kat hotel yang sama. Masa break first pagi terserempak depa...
Pemandangan dari Lake Toba International Cottage
Kalau datang Danau Toba nie Che Ya suggest Lake Toba International Cottage. Bukan stakat cottage tapi juga terdapat bilik2 untuk dihuni. Cuma untuk cottage sememangnya besarla. Macam rumah tue. Lokasinya sangat strategik untuk korang2 yang honeymoon tue. Bukak jer pintu belakang tersergam pemandangan yang Subhanallah.... Sangat cantik. Siap de kerusi untuk duduk2 gitu. Cottage yang kami ambik nie betul2 sebelah restorennya so tak perlu nak menapak jauh. Sebabnya jarak antara satu cottage ke cottage yang lain tu jauh. lagi2 kalau duduk kat bilik. Kena menapak naik keatas bukit untuk makan. Yang bestnya sambil makan sambil kita boleh tengok pemandangan Danau Toba dan sekitarnya dengan jelas.
Lake Toba International Cottage
Pemandangan dari Restoren Cottage
Me and MIL
Selesai check out sekitar jam 9 pagi waktu tempatan kita orang terus ke Pulau Samosir. Nak bagi tau bertuahnya kita orang Pak Supir dan siapkan speed boat untuk kita orang naik ke Pulau Samosir nie. Semua dah termasuk dalam bayaran. So tak payah la susah2 tunggu feri bagai pastu kalau time cuti sesak la dengan pelancong dan penduduk tempatan. Kena ikut time tau sebab feri nie sejam sekali baru jalan. Bukan ikut suka redah jer. Cottage yang dekat dengan restoren pastu terletak atas bukit pun Pak Supir yang uruskan. Untongkan....

Jom layan gambar2 Pulau Samosir dan sekitarnya
sukanya dia naik speed boat

Me

View dari Danau Toba

Tempat reakreasi

Rumah Adat Perkampungan Batak, Pulau Samosir





Perkuburan diraja Batak

Pintu gerbang yang bermaksud... Kesuburan.
Suhanaallah... Amzing
Pulau Samosir yang dikelilingi Danau Toba.
Batu gantung (Lagenda Anak yang disumpah jadi batu sebab kawen dengan orang yang mak pak tak suka)

Kalau pergi Pulau Samosir nie kena hati kering, setiap kali korang melangkah nanti mesti kena tegur dengan peniaga2 sepanjang jalan. Cuba bangusnya depa nie tak mengekor kita... Pandai depa main strategik suh kita beli tau. Terpaksa gak la Che Ya beli kalin sarung tu.... Dah la kami jer orang luar time nie yang lain penduduk tempatan yang bermuka bengis. Kat sini agak mahal barang2nya. Tapi kalu nak beli gak boleh tapi jangan menyesal lepas bandingkan harga kat Medan nanti.

Perjalanan kami diteruskan ke Medan, perjalanan dari Danau Toba ke Medan ambil masa 6 jam. Walawe jauh kau... ditambah dengan keadaan jalan yang menyeramkan. Sangat kecik ok... Kalau berselisih dengan lori rasa macam nak jatuh dalam gaung jer. Seperti yang Che Ya bagitau awal2 tadi infrastruktur kat sini agak mundur... So jangan la nak banding dengan tempat kita kalau pergi temapt orang tue. Setiap tempat de keistimewaannya. Kecik ati Pak supir tu kalau dengar tau.... Sepanjang perjalanan ke Medan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat memukau. Dari Danau Toba ke Berastagi akan menempuh kawasan pertanian yang sangat besar. Macam2 de kobis, limau, tomato. Kalau depan umah kita de pokok bunga jekan tapi rumah depa tanam sayur kau... Geram jer tengok kobis nie. Cuaca kat sini sejuk ok, macam kat Cameron gitu. Pekerjaan penduduk kat sini semestinya petanila kan. Sayur2 yang depa tanam niela yang kita makan kat Malaysia. Majoriti penduduk di sini adalah masyarakat Batak dan dan boelh dikatakan mejoriti beragama kristian. So kita boleh kira selang 10 buah rumah penduduk mesti de satu gereja.

Pemandangan sepanjang Perjalanan ke berastagi
Rumah Ikan diadaptasi dari lagenda Danau Toba.Nie sebenarnya umah orang tau


Cantikan
Sebelum sampai ke Berastagi kami singgah di sebuah lagi tempat peranginan kat sini. Air terjun Piso-Piso.

Air terjun Piso-Piso
Penghujung Lake Toba... Ambil masa 2 jam baru sampai sini.

Sampai jer Berastagi kita orang soru dulu. Lapar we.... Kat sini ramai penduduk yang beragama islam jadi soal makanan halal senang nak cari... Sepatutnya kami bermalam di berastagi tapi sebab nak lama duduk kat Medan so perjalanan diteruskan ke Medan. Keluar jer dari kereta pelik nape tiba2 de jerebu nie. Rupa2nya Gunung Berapa Sinabung baru jer keluarkan debu volkanik. Jelas depan mata berkepul2 asap keluar dari puncak gunung. Seram gak mulanya... Tapi tengok orang tempat nie relax jer. Nasib kite orang batalkan niat bermalam kat sini, de hikmahnya rupanya.

Debu volkanik nie agak besar saiznya. Memang x boleh buka mata sebab habuk banyak sangat. Kulit gatal2 bila terdedah lama kat luar. Masa makan meja kita orang nie sebelah dengan wartawan salah sebuah station TV. x taula station pe.. Mungkin nak wat liputan pasal gunung berapi nie kot... Tapi sangat kerek, pandang kami semacam jer. jeling2. Tak mesra langsung. Lagi-lagi tau kiteorang nie orang Malaysia. Biasala media depa nie yang banyak bagi fakta auta pasal Malaysia. Dek berita yang tak betul depa tu kita plak jadi mangsanya.... Bak kata Pak Supir berita TV depa nie menang x leh caya benda besar zarah dibesarkan macam gajah.
Memang bayak gerai buah kat sini nama jer kawasan pertanian. Nie antara hasilnya



Land Mark Berastagi
Gunung Merapi Sinabung (Lbh kurang mcm niela masakiteorang kat sana.

Penatla nak taip.... Nanti de masa Che Ya sambung lagi ye.


63 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hatyai

JAKARTA