Isnin, 5 Disember 2011

BUKIT LAGONG

Sabtu lalu (3 Disember 2011), disaat kebosanan duduk kat umah tetiba dapat pelawaan en.suami tracking WOW!! pelawaan yang sangat menarik. Lagi-lagi saya memang minat aktiviti lasak. Lokasinya Hutan Simpan Bukit Lagong. Sebenarnya ia berdekatan dengan salah satu tempat dibawah seliaan en.suami iaitu Pusat Belia Bukit Lagong. Kebetulan masa nie ada program kat tempat tue. Dan en.suami datang untuk melihat perjalanan program disamping memantau keadaan kawasan tersebut. Salah satu pakej yang diberikan oleh Pusat Belia Bukit Langong adalah jungle traking dan juga solo walk (waktu malam).
Pintu masuk Pusat Belia Bukit Lagong
 Tapak perkemahan juga disediakan disini, terdapat beberapa aktiviti lain seperti rock climbing, kayak dan juga flying fox. Pusat dibawah seliaan kerajaan negeri Selangor ini ternyata memberikan peluang kepada semua organisasi untuk menjalankan aktiviti dengan selesa.

Jom kita tengok tempat yang menarik disekitar Bukit Lagong.

Hutan Lipur Bukit Lagong.


 Mempunyai air yang sangat jernih dan sejuk, tentu sekali memberi kesegaran kepada mental dan fizikal.
 Apa yang menariknya anda akan menemui susuran air sungai dan perkampungan orang asli semasa pegembaraan menerokai hutan simpan ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya nak memulakan aktiviti ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib. Ia sangat penting, sebab sekiranya apa-apa berlaku disepanjang pengembaraan anda ia memudahkan bantuan segera dibuat. Lebih baik lagi kalau mendapat jurupandu yang bertauliah.

Selain itu, anda jua boleh berkunjung ke FRIM-Intitiut Perhutanan Penyelidikan Malaysia. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan disini dan kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pengembaraan ini. ia adalah tempat yang sangat sesuai kerana terdapat peta laluan yang disediakan. Malahan kepada yang gemar aktiviti berkelah, berlari, berbasikal serta menkaji alam semula jadi anda dialu-alukan kesini.

Gambar-gambar menarik

Pemandangan cantik
aktiviti hari keluarga
Trak laluan pengembaraan
Sebenarnya disekeliling Hutan Simpan Bukit Lagong ini, terdapat pelbagai lagi tempat menarik yang boleh dilawati seperti Batu Cave, Hutan Rimba kancing, Hutan Rimba Komenvel... Untuk maklumat lagi lanjut bolehla lawati Majis Perbandaran Selayang.
# segala urusan sewaan boleh hubungi terus Majlis Perbandaran Selayang.
Nota kecik : Saya pecinta alam semulajadi

4 ulasan:

Cik tikah berkata...

bestnya dpt mandi air terjun!

Siti Saleha berkata...

memang best... sejuk jer. Segar

Tanpa Nama berkata...

cmne nak temph semua ek?? dengan siapa perlu diuruskn??

Ummi Shafeha berkata...

salam... segala urusan sewaan boleh terus hubungi Majlis Perbandaran Selayang