Catatan

KOTA KINABALU

Imej
Aku memang teringin nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Kali nie aku bawa keluarga aku termasuk mak mertua sekali. Aku nak percutian kali ni lancar dan bagi 1001 kenangan manis buat famili aku.

Pergi bercuti bertujuh ni tak sama macam pergi berdua, segalanya perlu rancang teliti. Aku tak nak la mak ayah aku tak selesa. Kalau berdua je boleh la guna konsep redah je kan. Seawal 6 bulan sebelum bercuti hari-hari aku tunggu sale tiket tau. Dan akhirnya aku dapat tiket return berserta luggage untuk 7 orang dengan harga RM1500++ dengan Air Asia.


Ni first time untuk mak dan adik-adik aku naik flight. jadi keterujaan tu lain sikit bercampur dengan cuak sebenarnya. Ingat senang nak pujuk mak aku naik kapal torobang. Hari-hari pujuk, nasib 3 jam je dah sampai kalau 8 jam mau dia tak nak ikut.
Untuk pengangkutan, aku sewa proton Ixora  manual yang boleh muat 7 orang untuk tempoh 4 hari 3 malam dengan kadar sewa hanya RM450. Selama 4 hari 3 malam tu hanya sekali je isi minyak RM100. Kenderaan lak pick…

Hatyai

Imej
Dah lama tak menulis kat blog picisan. Bila ada kawan-kawan yang tanya, baru aku teringat blog aku ni. Nasib ada kawan yang suka mengingati, tu pentingnya kawan ye dak. Ada kawan request nak aku kongsikan pengalaman bercuti ke Hatyai baru-baru ni. Bangus gak kan, mungkin boleh jadi panduan kat sesape yang berhajat nak berkunjung ke Selatan Thailand.
Setelah di timbang berkati-kati dan berbekalkan pengalaman suami ke negara jiran tu berkali-kali, aku malas nak pikir. Setuju jer la, tapi bersyarat... Aku tak nak drive. Pergi isi minyak kat pam minyak pun aku malas, ni kan pula harus menyeberang perbatasan negara. Seeloknya bergilirlah memandu, mana yang mengantuk boleh lepaskan lelah sebentar. Kalau semua mengantuk singgah RnR tidur.
Kami memilih untuk menaiki kereta, bermula dari Banting singgah Teluk Intan sebab ambik ayah aku. Lebuh kurang pukul 12.00 tghmalam kitaorang meneruskan pemanduan ke Bukit Kayu Hitam. Perlu sampai sempadan sebelum pukul 7 pagi. Boleh la santai-santai bawa …

JAKARTA

Imej
Kalau nak menjelajah Kota metropolitan macam Jakarta, sila sediakan mental fizikal korang dengan semaksima mungkin. Kalau dari KLIA korang jangan risau sebab banyak flight nak kesana cuma harga je yang beza. Kalau ke jakarta setakat nie aku guna AA dan MAS jer. Sebab masa tu harga daripada 2 syarikat penerbangan nie telah mencuri hati aku. Masa penerbangan pun tak sempat la panas bontot 2 jam jer.

Ibu negara Indonesia nie mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sebab tu aku suh korang menyediakan mental dan fizikal dalam keadaan terbaik. Masa kat jalan tu lebih lama dari tempat yang korang nak pergi. Jem kaw kaw, lagi-lagi hari bekerja so elakkan seboleh mungkin dari hari isnin-jumaat dan seelok eloknya datang masa hari cuti. Sebab orang Jakarta bercuti ke luar daerah terutama Bandung. Kalau nak ke Bandung plak elakkan hari cuti. Ada pahammmm
Kadar sewaan hotel di Jakarta agak murah banding tempat lain kat Jakarta, dalam RM100++ korang dah boleh menginap kat hotel 4*. Sila bercuti …

Bandung 2

Imej
Sebenarnya aku memendam satu hasrat, lepas berkali-kali ke Bandung tetap tak dapat ke Takuban Perahu. Ada jer halangan kekangan masa la dan yang paling selalu, tempat tu ditutup sebab aktiviti gunung berapinya aktif. Kalau yang berhajat nak kesini pastikan tempat nie jadi agenda utama. Kalau tak, confirm di tepis dakyah2 shoping korang yang tentu-tentu tak cukup masa tue.


Untuk memastikan hasrat terpendam aku tercapai dan tidur malam ku lena. Aku ambik flight malam, so kekdahnya pagi2 terus ke Takuban Perahu.Jarak perjalanan  20km dari Kota Bandung. Keadaan jalan pun tak sesak, Masa nie hari jumaat bukan hari untuk berlibur. 
Sepanjang perjalanan ke Takuban Perahu jangan alihkan lensa mata anda untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan. Insaf sikit hari ni hari jumaat (masa kejadian). Dari riuh deruan motokar dan motosikal ke riuh kicauan burung. Semakin menuju ke puncak cuaca makin sejuk. Penduduk Bandung nie rajin bercucuk tanam. setiap ruang tanah yang ada mesti diusahakan sebaiknya…