Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Entry nie adalah sambungan entry sebelum nie pasar jalan-jalan kat Ho Chi Minh City. Di sebabkan dah agak lama cerita nie mungkin de beberapa perkara yang Che Ya lupa dah... Mana yang teringat InsyaAllah akan dimuatkan dalam entry nie. Tarik napas dan lepas.... bersedia untuk entry yang panjang ye korang. Malaysian Street Lokasi hotel tempat Che Ya dan en suami menginap nie memang sangat berdekatan dengan Bent Thanh Market. Kawasan Bent Thanh Market nie memang kawasan tumpuan pelancong. Kalau orang Malaysia tue memang senang nak cam. Bukan setakat masyarakat melayu tapi cina pun ramai. Cuma susah sikit nak beza dengan penduduk tempatan sebab rupa paras yang agak sama. Cuba bila depa bertegur sapa dengan kita baru la kita tau. Jarak hotel dengan market nie cuma 100m jer. Sekitar Bent Thanh market nie memang cukup banyak kedai-kedai yang menjual macam2 jenis cenderahati, beg, kain, pakaian dan barangan elektri...