Ahad, 13 Mei 2012

SipUt @ PanTai KelAnANG

Salam Sejahtera,

Entry Cek Ya yang lepas de Cek Ya bagi tau nak pergi cari siput sedut kat Pantai Kelanang kan. Wah tertunai gak hajat tu. Opismate Cek Ya merangkap kawan baik datang dengan family dia, si kecik-kecik semua ikut. Fahmi, Sara dan dua orang lagi anak buah dia, Cek Ya lupa lak sape namenye. Tu la duk sibut kutip siput sampai lupa tanya nama.

Pantai kelanang
Ha, nak pegi Pantai kelanang ni cuma 10 minit dari umah Cek Ya, kalau ikut Jugra lak dalam 5 minit kot tapi kne lalu kawasan yang sunyi lak. Dari Pantai Morib lak dalam 10 minit gak, dari Pekan Banting lak dalam 15 minit.Nak mandi-manda pun boleh tapi air agak kotor. Sian Cek Ya tengok bebudak kecik tu comot mukanya mandi. Hahaha lagi kelako tengok Sarak jilat-jilat bibir kemasinan.

Nak Cari siput sedut kena tunggu air surut tau, siput ni banyak kat kawasan pokok bakau. Nak carinya kena hati-hati aspek keselamatan jangan lak lupa, sebab kawasan bakau ni banyak 'penunggu' Ular kapak. Dengar je namanya da gerun pe lagi kalau teserempakkan. jadi hati-hati erk... sebab takut kita tersalah pijak, nampak macam ranting tapi ular rupanya. JAGA-JAGA TAU!!!! Bila air da mula surut masa yang sangat sesuaila, selalu siput ni banyak lekat-lekat kat batang pokok Jadi senang la nak kutip, kat selut-selut tu pe ada. Yang penggeli tu toksahla de hati nak cari kompem x lalu bila pijak selut yang lembik-lembik tu.

siput sedut dan benatang lelain.



Seronok tengok telatah anak-anak kak liza berebut-rebut kutip siput sedut, masa Cek Ya datang nie air baru je surut. jadi banyak la siput-siput yang terdampar kat atas pasir @ selut ni. Semua jenis kerang di ambiknya hahaha remis de tau. Yang tak tahan tu benatang lain yang guna cengkerang siput pun kita orang bedal. Tak nak kacau Kak Liza yang tengah dating dengan en somi sambil cari siput sedut ehem-ehem!!!, Cek Ya layan bebudak ni jela sambil lari-lari. "Kecepek-kecepek" bunyi Cek Ya lari, hehehe burok beno bunyinye, lari guna selipas dalam selut kat buruk perangai tu. Time nak cuci balik dah susah, dah la air surut, jauh air tu kat tengah sane. Jawabnya x pakai selipar la balik tu bungkus cantik-cantik masuk bonet. Kaki lak disebabkan kedekut punya pasal bungkus dengas plastik sampai umah cucu kat bawah kuarter tu. Hahahaha isteri sape la ni.... Huhuhu.

Siput Sedut tomei-tomei
Siput ni kecik-kecik lagi baru menetas kot hehehe, tak pela pengalaman pertama. Siap pesan kat bebudak tu, yang benatang yang kecik-kecik ni jangan diambil buang balik bagi dia besar. kena jaga alam sekitar nanti kita tak dapat cari siput sedut lagi. Bebudak tu pun angguk-angguk. Macam cekgu tadika lak terimbas nostalgia 5 tahun dulu jadi cekgu tadika. Hahaha

Pesanan Penaja
Jom la ke Banting, Cek Ya rasa sangat seronok tinggal kat sini banyak kenangan manis tau. Tempat yang tenang. Lagi-lagi pengalaman berharga macam ni memang seumur hidup Cek Ya tak pernah rasa sampai la Cek Ya kat bumi Banting ni.

Nota rindu buat kenangan Lalu : X mo ingat.

Tiada ulasan: