BALI


Hujung tahun 2016 kakak pulun berjalan sakan, bukan tanda kakak banyak duit. Tapi tanda kakak menikmati rezeki pemberian tuhan dengan menghayati keindahan ciptaan tuhan. Ha gitu, acah puitis tak hakak dan habang. Jelajah keunikan Pulau Seribu Pura (Kuil) masyarakat hindu Bali. Belajar mengenal keutuhan warisan kepercayaan dan kebudayaan yang tak tertelan dek kemajuan dan kepesatan pembangunan. Menikmti keindahan panorama keindahan dataran tanah tinggi hinggalah menyelusuri kazanah kejernihan pantai yang memukau. Semuanya ada di Bali... Wah dah macam duta Wisata Bali aku nie.


Percutian aku kali nie agak singkat jadi jadual agak padat. Untuk memudahkan urusan sepanjang kat Bali so aku putuskan untuk ambik pemandu pelancong tanpa pakej. Maksudnya aktiviti ikut suka aku, Sewa kenderaan sepanjang 3 hari 2 malam dan upah untuk pemandu pelancong 1juta IDR.

Antara sebab menginap di Kuta. Rock Cafe Bali, peminat Hard Rock jgn lupa pilih lokasi ni

Untuk menikmati malam yang 'sangat hidup' ada baiknya menginap di Kuta. Berlambak-lambak hotel dari 5 Bintang sampai la yang tak ada bintang. Aku memilih menginap di Fave Hotel (hotel pink), sebab Air Asia dan pilihkan ikut bajet yang aku nak. Tiket flight + hotel untuk 2 kepala tak sampai RM1K. Agak murah untuk destinasi seperti Bali. Apa2 je la janji boleh tidur dimalam hari, lagi pun aktiviti agak padat jadinya aku agak berkira bayar mahal2 sekadar untuk lelapkan mata. Segalanya terpulang pada ketebalan poket korang.



Hotel secomel pelanggan

Keindahan pantai Kuta ermmm... Nie gambar google gambaran sebenar kena pergi sendiri


Seawal 9.00 pagi  pemandu pelancong dah tunggu aku kat lobi hotel. Membawa kami melunjur dengan kijang kedestinasi pertama pusat Kebudayaan Desa Batubulan Gianyar. Pertunjukkan Tarian Barong, kisah mitos masyarakat Bali. Menarik sangat tarian nie, aku rasa nak ikut menari sekali. Ada beberapa babak pertempuran yang buat aku geli hati. Sediakan wang recehan kalau-kalau nak beli kudap-kudap sambil tonton tarian. Persembahan berdurasi 1jam 30 minit memang x mengecewakan, kalau agak x berapa nak paham kisahnya tak pe sebab setiap pelawat akan diberi sehelai kertas untuk penerangan dalam 2 bahasa, bahasa Indonesia dan Inggeris. Warisan kebudayaan masyarakat Bali memang indah terpelihara. Tarian nie adalah tarian yang dipersembahan diwaktu pagi. So jangan cari time petang lak, sebab belah petang ada tariannya sendiri. Tu nanti aku citer.... Kena la baca sampai habis kan. Tu tradisi masyarakat kat sini jangan tanya kenapa. Unik tak Bali...


Monyet mitos yang di ceritakan

Bukan saja pantai yang superb cantik kawasan pergunungannya pun buat aku jatuh cinta. Puas ku kutip hatiku yang tercicir-cicir itu. Kalau ke Bali tak ke Kitanmani maknanya belum lengkapla hidup kat Bali nie. Kawasan yang sangat subur, time goegrafi dulu kan cikgu ada bagi tau kan. Terdapat beberapa perkampungan tradisi  yang terletak disekitar gunung nie antaranya Desa Trunyar, perkampungan yang ada tradisi pengkebumian yang unik. Nak tau apa yang unik kenala datang sini. Tak bestla cuma baca pengalaman orang kena la teroka sendirikan. Kawasan nie juga banyak pura-pura yang cantik dan unik. Binaan pura kat sini daripada batuan asli daripada lahar gunung berapi yang mengeras. Semakin hitam batu tu semakin lama lava tu mengeras. Pura tu maksudnya rumah ibadat masayarat hindu Bali bukannya pura-pura tak tahu atau pun kura-kura dalam perahu.

Gunung Batur (gambar oleh aku)

Gambar oleh aku

Pura Ulundanu, Batur 
Gambar oleh google 
Gambar oleh google (Aku hanya pelancong marhain bukan jurufoto)

Siapa suka kopi angkat tangan... Pernah minum kopi Luak x? pernah tengok kopi Luak di proses. Jom ke
Bali Pulina...

Inilah Encik Luwak... glemer kau

Biji Kopi yang sebenarnya tinja si Luwak yang tak terhadam

Pokok Kopi Arabica



nampak tak bezanya yang nie bijinya putih sikit, sbb kulit bahagian luar dah dibuang so kira bersihla nie

Sebenarnya nie proses yang last lps goreng baru tumbuk

baca caption kat atas

aku suka tempat nie, cantik pemandangan... Masih hutan yang suci, aku rasa lepas nie pergi Bali aku nak menginap kat area nie. Tenang jer, harap habang aku setuju dengan hasrat aku nie.


Aku sempat berpikir kalau tiba-tiba kayu nie reput pe jadi... Intai dulu apa kat bawah.

Aku juga berharap dapat bersanding sempena anibeseri nanti kat sini.
Selain kopi luwak yang cawan besar, cawan kecil tu free (aku rasa yang free lagi sedap)
masa aku kat sini, yang ramai adalah pelancong dari barat. Mungkin sebab negara mereka tak macam nie.... Mungkin

Dah alang-alang tu singgah lak kat Tegalalang Rice Terraces. Alahai kutip lagi hati kat sini. Rasa tak mau balik dah, macam mano la tanam padi cenggitu. Kat sini aku agak batak sikit, menapakkan kaki-kaki comel dibatas-batas sawah padi. Tapi setingkat aje yang terdaya dilangkaui. Sepanjang jalan tue jangan lupa singgah beli ole2 buah buah tangan. Kalau tak ada cash kredit kad juga di terima. Jangan diduga kedai kecil beratas nipah itu tiada mesin canggih. Swap ajer sonang citer...



Pemandang belakang aku tue yang sebenarnya lebih menakjubkan. 
Gambar oleh google (Aku bukan jurufoto bisa fotoan begini)

Sebelum kiterong ke Bali ada cakap-cakap orang yang Bali ni susuah dapat makanan halal. Memang aku tak kata salah dan tak gak kata betul. Sebab tue awal-awal lagi aku putuskan untuk ambil pemandu pelancong. So kat sini aku dah jimat masa untuk cari restoren makanan halal dan sedap. Jauh-jauh datang mestilah nak rasa makanan penduduk setempat. Aku paling suka restoren nie Restoren Bebek Joni, Ubud. Selain menghidangkan makanan asli masyarakat Bali, pemandangan sawah padi memang cantik. Alahai x nak balik boleh. Sambil-sambil tunggu makanan sampai boleh jalan-jalan tengok pemandangan kat sini. Duduk tepi sawah tengok ikan Koi berenang-renang. 'Ikan-ikan boleh aku join x?' Tengok pokok betik melambai-lambai pun boleh buat aku syahdu. Inikan pula makan ditenung si cinta hati. Jatuh hati kakak tak bisa dikutip. Jangan lupa tau nanti datang sini yer, oder menu bebek bumbu bali. Ohh ye, restoren fast food kat sini banyak dan halal. Tak susah pn nak cari yang halal. Yang penting rajin bertanya...


Menu bebek aku, sebab aku keturunan jawa so faham maksud bebek. Kalau x faham google sendiri.


Nak makan apa ye, bebek, bebek, bebek... 

Aku suka tempat nie, leha bagi 5 bintang.
Patung tu memang ada kat tengah-tengah sawah. Fungsinya tak sama macam 'orang-orang' kat Malaysia


Makan-makan kat Pantai Jimbaran jangan lupa lak sambil tengok sunset. Order lak lobster berekor2... Tapi kena beringat wang di dalam dompet ya Bapak dan Ibu sekalian. Kakak dah pesan, harganya bukan macam kat Restoren Wak Lan Bagan Lalang. Ok kakak nak share apa yang best makan kat sini. Sebelum order makan tu pi la jalan-jalan sambil berpegang tangan di tepian pantai. Acah-acah berlari-lari anak pun boleh tak de yang nak marah. Dah penat lari-lari tu kita duduk la kat mana-mana meja, memang banyak restoren seafood kat sini. istimewanya, korang boleh memilih duduk di meja berlantaikan pasir-pasir putih berbumbungkan langit membiru terbentang dihiasi bintang-bintang. Bersaksikan matahari terbenam, indahnya ciptaan Allah. Dari jauh nampak lampu kapal terbang berkelip-kelip berbaris tunggu Q nak mendarat.

Romantik x? Sempena anibeseri kami yang ke 6

ermmm.. Dia je yang oder. Cebik sikit...
Sunset di Pantai Jimbaran
Pulau Bali bagi aku memang pulau 5 bintang... Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang belum sempat aku ceritakan. Kalau aku cerita pun sikit sangat infonya selebihnya korang sendiri kena terokai... Aku paling kagum dengan usaha masyarakat kat sini yang mengekalkan tradisi tanpa diusik oleh pemodenan. Di samping tu masih menghormati kepercayaan dan kebudayaan masyarakat lain. Toletransi yang aku rasa patut ada dan dicontohi orang lain...

Ada gambar tu aku ambil dari google sebabnya aku cuma pelancong marhain bukan jurufoto profesional. Kalau nak melancong ke Bali dengan kos yang murah tapi nak ala2 5 bintang email aku ye. InsyaAllah boleh membantu...

irshafeha@gmail.com

BALI PART 1 - Jumpa korang kat BALI PART 2. Ingat sinetron Bawang Putih Bawang Merah je de episod cerita aku pun ada.












Ulasan

Unknown berkata…
pernah merancang nak melancong ke Bali tapi tak kesampaian lak
Unknown berkata…
Thanks kak dah konferm selama di bali .
Next time jumpa malang kak insya alloh lebih best kak...

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1