Tektik Elak Kucing berak/kencing Kat Rumah

Salam sejahtera,

Alkisah setelah sekian lama blog aku tak diurus dan terbiar bersarang tenuk. Tetiba aku terpikir nak share tektik nak elak kucing melepaskan hajat ditmpat yang tak sepatutnya. Krisis terbaru la nie, hari2 kerja aku membasuh najis2 mutawasitah kat depan Umah. Adoi stress kot, bli mask semata nak tapis haruman kucing. Time jerebu tak de plak aku kisah nak beli mask...

Kalau korang pun de Masalah yang sama boleh la try.

1. Isi air dalam Botol mineral kosong dan letak kat tempt yang kucing sentiasa melepas tu. kawan aku buat memang menjadi, dulu motor dia slalu jadi jamban kucing. Setelah buat tektik membotol tu alhamdulillah, sujud syukur dia kerana kucing tidak lagi mengencing malahan menjeling pun tak berani. Tapi malang bagi aku, tektik nie tak menjadi. Kucing2 tersebut seakan2 mengetawakan aku bahkan Cantik jer landingkan bahkan buangngya di sebelah botol2 tersebut. Stress mak....

2. Disebabkan tektik tu gagal aku pun try dengan meletakkan daun2 kari disekitar lokasi2 yang menjadi port strategik kucing2 tersebut. Aku amat berharap tektik tersebut berjaya tapi dukacita, tetap gagal...

3. Aku ada baca satu petua nie, mula2 korang tangkap kucing yg selalu membuang tu kemudian ambik lidi. Sukat ekor kucing tu guna lidi pastu patahkan lebihan lidi biar sama panjang dgn ekor kucing. Pastu korang sebat bontot kucing tersebut sambil marah2 McM cikgu disiplin ye. Sambil tunjuk kat tempat yang selalu dia berak tue. Sebat guna lidi yang korang ukur tadi. Ulang beberapa kali. Jangan sebat kuat2 kang kucing tue call Talian Nur ngadu kat NGO pecinta kucing jadi kes lak. Jgn lak cakap aku yang suruh... Katanya en google tektik ni berjaya. Tapi aku tak try pun sebab aku kan pecinta kucing.

4. Tabur serbuk Kari atau benda2 yang berbau tajam kat tempat kucing mark port dia melepas tu. Sebab kucing nie tak suka bau2 McM tu, cer try letak durian slain berbau tajam kulitnya juga tajam. Tapi aku tak tau lak klu letak durian jadi x tektik tu sebab Skang bukan musim durian mana nak cari pulakkan. Aku de terpikir nak letak kulit buah bacang, yang McM mangga tu tapi baunya lagi hebat. Skangkan musim buah tu, tak baik lak buat kejiranan aku. Kang kata aku kedekut bau jer sampai sebelah buahnya x penah pun. Takkan aku nak bagi kulit kot kat depa.... Isinya aku Dah bedal.

5. Last skali aku buat teknik ni, beli spray serai wangi kat kedai. Aku beli masa kat Melaka sebab Umah aku bnyak semut, tak tau lak berkesan jugak untuk kucing. Caranya korang spray kat port yang  kucing slalu melepas tu tp kena rajin la. Agak2 kering jer port tu korang segerala sembur lagi. Bukan spray kt bontot kucing tu zalim namanya. Alhamdulillah berjaya akhirnya. Tak perlu lagi aku membebel pepagi sepie sambil membasuh tinja2 tersebut.

Nie jer la yang mampu aku kongsi... Kalau tak jadi gak pepandaila engkorang pikir. Pindah Umah lain ke, hantar g sekolah ke biar bijak sikit nak beza McM mana jamban. Tapi jangan hantar g matrik.... Sebab aku pun de Masalah yang sama...

Perasan x semua petua aku mesra alam, tau tak sebab ape? Sebab kalau kucing tu nak melepas mesti dia hidu2 kan. Kalau dia pelik jer dgn bau tapi lokasi betul, Pening jab kucing tu nk remind balik betul ke portnya kompem dia jilat2, semua bahan untuk petua diatas kalau kucing termakan tidak akan menyebabkn kematian. Sembur an serai wangi kne beli yang bebas toksik ye. Kecualila kucing tu Telan botol atau tercekik lidi....

Aku kan pencinta kucing.

Ulasan

Unknown berkata…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Watch Movie HD berkata…
malas sekali makanya untuk pelihara kucing

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1