Drama Waktu Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi aku bangun tidur macam hari-hari sebelum nie, sama macam semalam, kemarin.... Yolah selagi aku belum pencen, selagi aku memegang status wanita bekerja memang tula rutin harian aku dan yang penting selagi aku bernafas dah memang pun kewajipan kannnn.... 

Selesai semayang n semua yang patut dibuat waktu pagi la aku sedikit rajin hari ini. Tolong tepuk tangan untuk aku.... Aku gosok baju hari nie yee... Selalu aku akan pakai baju yang tak perlu nak gosok. Capai tudung sarung ala2 Fareeda tue. 

Tingkap bilik aku memang aku rengangkan sikit biar udara segar dapat masuk umah tak lak terperuk jerkan... Jadinya macam2 bunyi la aku dapat dengar, mula dengan bunyi deruman motosikal dan kereta. Bawah umah aku nie taska pepagi sepie lagi mak pak dah anto anak. kalau anak dah anto awal pengasuh pun kena datang awalkan... Bermula la drama pagi yang slalu aku dengar. Cuma pagi tadi lebih sentimental sebab aku nak naik bendera merah tue yang sentimental lebihkan.... Dekat 4 tahun aku duduk kuarter tue aku dah makin hafal setiap setiap langkah penghuninya. Pukul berapa suami kak Fairus balik dan pergi kerja pun aku dah hafal. Pekekan Fizi panggil Hani, deruman kereta Ziezie panaskan enjin sabil tunggu Anis turun. Tangisan Wilda nak ikut Budin... Sampaikan hentak kaki Pak Din pun aku ble cam. Belum lagi ketawa anak2 Lan. Kali nie yang buat aku lebih tersenyum bila Azri anak lelaki Kak Farus duk terjerit2 panggil mak dia. Dari bunyi Mak, Mek, Muk .... Nampak sangat dah bosan tunggu mak dia turun dengan dukung adik2. Kehkehkeh.... Dalam masa yang sama suara Maira meraung-raung tak pastila kenapa tapi rasanya tak nak pergi sekolah la tue... Sebab ayat yang aku dapat tangkap "Tak Nak" jer hehehe.... Masing-masing berperang dengan anak2... 

Kalau aku turun awal sikit nak pergi punch card aku mesti terserempak dengan Dayat, aku suka tengok dia slalu ambik isterinya balik kerja, romantik gitu... Sampai bawah jer aku akan jmpa dengan Sue isteri Zaki, nak antar Ifa pergi sekolah. Sebelah tangan lagi dukung adik Ifa, nie pun berperang gak nak tunggu Ifa turun tangga tapi Sue lebih lembut dan tenang so cool jer dia tangani karenah anak2 dia. Sebelum buka pintu kereta aku sapa dulu Naim tak pun Nik Roslan yang baru nak start moto. Comel jer depa dah la suka senyum.... Dari dalam kereta sambil panaskan enjin aku pandang tangga sebab aku akan nampak Kak Ayu dengan Nuyu berlenggang turun sambil beborak2. Tah pe yang seronok sangat.... Baru la aku gerak pergi punch card.

Comel tak drama setiap pagi aku... Di kelilingi sahabat2 yang pelbagai ragam dan kerenah tapi depa la yang pagi2 buat aku tersenyum setiap pagi. Kalau kami nak hantar2 makanan or pepejela... Selalunya kalau ketuk umah bukannya dengar pun. Jadi kiteorang akan sangkut kat pintu. Esoknya siap sedia tengok whatupp masing2 mesti de yang tanya "Sapa Yang bagi ....., terima kasih ye". Nanti mesti ada yang jawab "saya".

Adios amigos

Ulasan

anisazizi berkata…
saya suka... saya suka... hihihi
wah seronoknya cerita awak leha, dari xthu gelagat kengkawan terus jadi tahu
saleha berkata…
:) hahaha kan2 anis. Ye Yanti mcm nie hidup dibawah satu bumbung. Sorang main guli satu bangunan boleh dengar. Kehkehkeh

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1