EXTRA MONEY, SHOPPING or SAVING

Assalamualaikum n Salam sejahtera...

Alhamdulillah, cuaca da kembali redup dan sayup2 jer... Hujan da start membasahi bumi Banting. Cuma jerebu lak yang macam chipmore, semoga kesihatan kami warga Banting pun bertambah baik. Baik jer sakit mata rie tu demam lak melanda. Alhamdulillah mungkin ini kifarah atas dosa2 yang Che Ya da buat... Mudahan sakit ini akan menghapus segala dosa2 kecil. Amin....

 Sape suka online shopping??? Cepat ngaku. Di sebabkan kad debit Che Ya dah tamat tempoh jadinya segala aktviti membeli dalam bentuk cash terpaksa di tangguh. Penyelesaiannya segala transaksi duit perlu dibuat secara online. Termasuklah shopping.... 

Disebabkan online shopping gak la, Che Ya dah terover limit guna duit gaji bulan nie. Huaaaa.... Nie baru 1 April de lagi 24 hari nak gaji, mane nak cekau nie. Bahananya online shopping sendiri mau ingat yer. Untuk mengakhiri kesengsaraan nie supaya next mont tak berulang lagi. Che Ya kena buat bujet ikut bulan balik.... Yang macam sebelum2 nie buat. Disebabkan de side income tu yang berani terover limit. Tapi untuk bulan nie sahaja. Di haramkan untuk bulan2 berikutnya.... SIMPAN DUIT TUE.

Kalau korang memang de duit yang berlebih2 tue, menghabiskan dengan cara shopping bukannya bagus sangat walaupun aktiviti tu bisa buat korang gumbira berlibang libung. Makesure 10% dari duit gaji tue sebagai simpanan. Nak menyimpan tue pun kena ada taktik tau. Kalau setakat simpan bawah bantal takat tue jer banyaknya, lagi2 kalau byk 'toyol' mesti susut punya. Kalau dalam bank dapat la dividen skit setiap tahun... Dalam tabung haji pun bagus ble naik haji lagi pun dividen tabung haji antara yang tertinggi setiap tahun. ASB pun sama kurang2 duit yang disimpan tu akan beranak tu pun kalau tak di keluarkan la. Lagi satu yang agak bagus simpanan melalui insuran. Skang nie memang dah banyak syarikat insuran yang buat insuran yang ble jadi simpanan. Semua terpulang kat korang...

Duk sebuk pasal duit simpanan dunia tukan jangan plak korang lupa simpanan yang paling penting. Simpanan akhirat... Hanya 3 perkara yang akan dibawa mati. 1. Doa anak yang soleh, 2. Ilmu yang bermanfaat, 3. Sedekah amal jariah. Andai Allah jemput Che Ya sekarang perkara pertama tak dapat bantu Che Ya, perkara yang ke dua jua tak banyak. Diharap perkara yang yang ke tiga tu akan membantu.... Kalau pun korang ada perkara yang pertama tue, adakah harta itu terjamin akan membantu kita.... Alangkah beruntungnya korang kalau menjadi seorang pendidik, perkara ke dua akan banyak membantu seandainya ikhlas... Memang betul susah untuk benar2 ikhlas. Tapi yang penting cuba dan sandarkan segalanya kerana Allah. Tak semestinya kena jadi pendidik baru boleh mendidikkan... Tingkah laku kita yang baik kalau diikut orang InsyaAllah boleh jadi penyumbang dana terbesar untuk saham akhirat. Sama juga macam yang ke tiga, semakin banyak kita beri semakin banyak Allah kembalikan kat kita. Walaupun kenkadang kecil nilainya tapi nilai di mata Allah siapa yang tahu... Wakaf konsep yang dari dulu tok nenek kita amalkan. Selalu kat kg2 dengar wakaf tanah. Beri sumbangan walau RM10 untuk tujuaan pembinaan surau contohnya. Selagi surau tu diguna untuk tujuan kebaikan selagi itu la pahala di salurkan kepada kita. Kalaulah kita boleh nampak pahala dan dosa tu besar mana mesti kita berebut2 nak buat kebaikan kan.... Allahuakbar... Nampak kecik jer perkara nie tapi impaknya besar rupanya.

Mudahan Allah sentiasa buka hati kita untuk terus melakukan kebaikan.... InsyaAllah

Ulasan

Nik berkata…
yea la.selalu fikir simpanan kat dunia.sedangakn kat akhir lagi perlu sebab kat sana kita semua nnt :)

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1