TIPS JALAN-JALAN KE LUAR NEGARA

Salam sejahtera...

Pray For MH 370.... Ya Allah, tuhan semesta alam. Tiada upaya dan kuasa kami melainkan dengan pertolonganMU, bantulah kami dalam menemui MH 370. Berikanlah kami petunjuk agar terungkai segala misteri ini. Amin...

Sebelum memulakan entry kita berdoa dulu... Mudahan sesiapa yang membaca entry ini akan turut sama berdoa. Semasa entry ini ditaip satu dunia berduka atas kehilangan pesawat MAS MH 370 masuk hari ke 6. 

Disebabkan ramai yang bertanya Che Ya akan tips untuk keluar negara... Tak kirala ke Medan, ke Bandung or Ho Chi Minh tips nie dapat diguna pakai. Kebiasaannya negara asia tenggara nie sedikit sebanyak berkongsi budaya, cara hidup, sistem pentadbiran yang agak sama. Walau tak 100% sama tapi de sedikit sebanyak persamaan. Jadi agak mudah unduk kita menyesuaikan diri.... Kalau setakat ke tempat-tempat yang Che Ya nyatakan kat atas tue InsyaAllah boleh membantu.

1. Sebelum memulakan percutian tue adalah molek kiranya korang cari sebanyak mungkin maklumat pasal tempat yang korang nak kunjung tue. Contohnya, tempat2 yang nak dikunjungi, restoren makanan halal, pengangkutan, nilai tukaran mata wang. Baca pengalaman-pengalaman orang yang pernah pergi. Sangat membantu. Lagi2 cara nak tangani karenah penguatkuasa kat airport tue. Setiap negara ada undang2 berbeza jadi patuhila ye...

2. Make sure korang dah siap2 book tiket kapal terbang... Kalau nak murah kena rajin buka website syarikat penerbangan. Macam Air Asia akan selalu buat promosi. Semakin jauh tarikh perjalanan semasa menempah tu semakin murah harga tiketnya. Untuk Air Asia korang kena siap2 beli bangage sebabnya kalau terlebih muatan harga chargenya lebih mahal dan di kira setiap kilo. Kalau naik MAS setiap orang akan diberi 20 kg kalau terlebih setakat sekilo dua depa tak kisah pun.

3. Booking hotel siap2, kalau nak harga yang agak murah boleh search kat Agoda... Che Ya dah bandingkan menerusi Agoda akan lebih murah. sesetengah hotel de perkhidmatan pengangkutan dari Airport ke hotel. So masa booking tue siap2 bagi masa ketibaan pesawat korang. Mudah sikit depa nak pick up korang kalau yang guna pemandu pelancong x yah risau bagai ye... Relax jer kang dela nama korang besar gajah depa tulis. Kalau ke Bandung better menginap kt Jalan Cihamplas sebab senang korang nak nak g jenjalan. Boleh tgk kat entry nie sebangai rujukan. bandung Trip

3. Untuk yang pergi melancong sendirian berhad moleklah kiranya korang ambil perkhidmatan teksi airport korang pasti tak terdedah dengan risiko ditipu. Pastikan teksi yang korang guna tue bermeter dan korang dah siap2 print map, so korang akan tau jarak perjalanan dari airport ke hotel dan sekitarnya. Macam Che Ya untuk trip ke Bandung dan Medan kami guna perkhidmatan supir. Tapi time g Ho Chi Minh kami tawakal jer... Alhamdulillah selamat dari di tipu... Tapi kat sana kami dah pun jumpa pemandu pelancong yang boleh dipercayai dan yang penting beragama islam. Soal makan dan solat InsyaAllah akan lebih terjamin.

4. Sediakan list tempat-tempat yang korang nak kunjungi beserta dengan alamat penuh. Kalau boleh guna Map ye... Tandakan kat Map tu lokasi tujuan korang. Agak2 driver teksi tu tak tau boleh tunjuk alamat n lokasinya lagi. Print banyak2 alamat hotel korang menginap... Sangat membantu semasa kat Ho Chi Minh City. Sebab depa tak paham cakap omputih apatah lagi cakap melayu. Tak yah susah2 google Map jer kan senang. Tak pun masa turun flight tu cari kaunter tourism conpem ada peta.

5. Jadual tukaran mata wang... Karang boleh la korang tau harga barang tu samada murah atau mahal n senang nak tawar nanti. Tak pun korang install jer currency kat application handpone tue. Kan senang... Tapi kadang2 currency semasa tak sama dengan currency semasa kita buat pertukaran wang. Jadi jadual tukaran mata wang sangat penting. Contohnya 1juta rupiah sama dgn RM270 (nie masa bulan satu hari tue). 1 juta dong pulak RM 170. Mampu korang kira juta2 tue hehehe. Melainkan kalau korang otak kira korang terangsang dengan baik. Untuk ke Ho Chi Minh better tukar duit kat Airpot sana jer... Duit kita mahal kat sana... Jangan byk2 tukar cukup2 untuk bli makanan n tambang teksi. untuk shopping tue better pakai RM or USD lagi murah. Kalau ke Bandung or Medan lak better tukar kat sini.

6. Makanan halal tak perlu risau... Indonesia adalah sebuah negara islam semestinya gerai makanan halal banyak. Tapi jika ke kawasan yang populasi non muslimnya ramai eloklah berhati2. Kalau ke Ho Chi Minh City lak memang senang nak dapat makanan halal tapi harganya cekek orang ye... better korang bawa la sikit bekalan mee segera, roti n tuna... 

7. Kalau dah niat nak shopping tak payah bawa baju banyak2. Sehelai sepinggang dah memadai kat sini korang belilah baju n seluar dijamin lebih murah n berkualiti. Tak perlula korang nak bawa banyak2 barang. beg pun beli jer kat sana lagi murah... Nak yang ori pun banyak....

8. Jangan lupa bawa international charger sebab plug kat sana dua pun jer. Kalau tak der boleh pinjam kat hotel... Ubat2 jangan ditinggal tapi kalau setakat panadol or minyak angin kat sana ada sama jer jenis n jenamanya. Berus gigi, syampoo, sabun pun sama beli jer kat sana sama jer jenis malah lagi murah berbanding tempat kita. Che Ya sempat beli lulur Mustika Ratu banyak2...

9. Last sekali... Pesanan Che Ya, pergi tempat orang tu jangan nak menyombong. jaga tingkah laku... Kita bawa nama n imej negara secara tak langsung.... Kang kalau orang mengata kita marah tapi kita sendiri yang menjadi punca sebenarnya.

Kalau de pe2 sebarang pertanyaan boleh email Che Ya. InsyaAllah pe yang daya boleh di tolong... nak contact no supir Bandung, Medan n Ho Chi Minh City boleh email ye... irshafeha@gmail.com

Senyum sokmo




Ulasan

Nik berkata…
byk tips berguna ni :)
saleha berkata…
IsyaAllah boelh membantu Nik
Unknown berkata…
thanks for the tips! belom pernah ke vietnam lagi...boleh masuk dlm wishlist

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1