The Master' s Sun

Salam sejahtera,



Kegilaan baru Cek Ya skang nie dengan drama Korea terbaru Channel One Astro, The Master's Sun.... Last week baru start tengok drama nie so Cek Ya terlepas lah beberapa episode. So kesudahannya tengok kat Utube... Skang sampai episode 13, tapi kat Asro One baru episode 8 ... Akibat dari kegilaan nie kuota internet dah bling bling... menghampiri limit. Oh, pinjam Ipad My bucuk pulakla hehehe...

Sedikit sinopsis citer nie...

Drama Hantu romantik komedi... Entahla Cik Ya tak tau nak kategorikan. Berkisahkan tentang seorang wanita bernama Tea Gong Sil yang memiliki satu kelebihan melihat hantu dan roh. Dia ni bukan la dapat kelebihan nie dari azali tapi lepas satu kemalangan yang menyebabkan dia koma. Lepas bangun dari koma jer hidup dia jadi tak tentu arah disebabkan kelebihan niela. Kemana saja dia pergi mesti de jer hantu yang ikut and kacau dia. Sampai orang sekeliling anggap dia nie gila.

Satu hari tu dia terjumpa dengan seorang lelaki bernama Jo Joon Wong selepas satu kejadian tak terduga. Yang ajaibnya bila Gong Sil sentuh jer Jo Joon Wong nie, semua hantu-hantu yang kacau dia hilang. Mula la Gong Sil nie seronok nak dekat jer dgn Jo Joon Wong, sebab dia rasa selamat. Jo Joon Wong nie anak orang kaya and de kisahnyer yang menyebabkan dia percaya n senang nak dekati Gong Sil. Tapi biasala ego sikit tapi still baik hati. 

Yang menariknya cerita nie... Setiap episode akan de satu masalah baru dengan hantu-hantu yang kadang-kadang tak de pun kaitan dengan diaorang nie. Tapi dengan kelebihan Gong Sil dan bantuan Jo Joon Wong yang kaya raya tue. Masalah hantu-hantu n orang yang rapat dengan hantu tue pun settle. Disamping merungkai sedikit sebanyak persoalan masing-masing. 

Cerita hantu yang tak seram, sebabnya Cek Ya berani tengok walaupun sensorang. Yang pastinya memang kelakar habis. Disamping mimik muka  yang cute n comel tue.... Pandai dia berlakon bawak watak tue walaupun hantu real x de depan mata. hahaha memang sengal la dengan muka nerd memang slumber. Suka part dia malu-mal pastu otometik gigit-gigt jari tue sambil tersengih-sengih minta ehsan nak pengang Joon Wong.


Antara pelakon utama


Gong Hyu Jin (Tae Gong Sil)

So Ji Sub (Jo Joon Wong)

Jangan lupa tengok tau citer nie. memang layan habis mcm tgk Running Man sambil makan kuaci.








Ulasan

Nieda Ramly berkata…
jom ikut akak gi Chiangmai bulan 12 nilah!
ada 5 tmpt kosong lagi
saleha berkata…
ala kak... bulan 12 bz la.
Nik berkata…
wah...hero dia hensem..hihihi

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1