Muhasabah diri

Salam sejahtera,

Rasa sekejab saje dah hari jumaat, singkat saje masa nie... sedar tak sedar kembali semula jumaat. Teringat kata-kata seorang ustaz.

 "masa akan di rasa begitu singkat kerana hilang keberkatannya".

Adakah hari-hari yang Cek Ya lalui nie kurang keberkatannya sehingga terasa begitu singkat.


Agak tergendala perancangan minggu nie, terpaksa bergegas balik kampung hari rabu sebab ketentuan Allah lebih utama. Nenek saudara sebelah ayah meninggal dunia, keluarga kami sangat rapat. Allahyarhamah antara nenek yang kami masih ada. Pemergiannya begitu dirasai.

AL-FATIHAH untuk Allahyarhamah. Moga rohnya dicucuri rahmah serta tenang disana.


Semalam aka khamis 8 november ke pejabat emegresen untuk urusan pasport antarabangsa. Sepagi kehulu hilir settlekan semua perkara yang tertangguh termasuk setting jamuan untuk blok kediaman staf. Sebenarnya jamuan untuk hari raya, punya lama tangguh sampai raya haji pun terlepas. Alhamdulillah selesai jugak semuanya. Terima kasih yang sudi datang.

Kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan.


Hari nie, pagi keseorangan bila semua rakan perlu hadiri kursus tapi nama Cek Ya tak tersenarai. Dah rasa seronok sebab tak la melalui situasi mengantuk. Tapi rupa2nya ketentuan Allah Cek Ya di tugaskan untuk meninjau dewan peperiksaan untuk esok di sekolah yang ditugaskan. Alhamdulillah segalanya lancar dan kerjasama yang baik dari pihak sekolah.

TERIMA KASIH...

Esok, bertugas di salah sebuah pusat peperiksaan di Malaysia hehehe... Semoga Cek Ya berjaya. macam Cek Ya pulak calon.

MORAL: Seteliti dan berhati-hati sekali pun perancangan kita tapi ketentuan ALLAH lebih utama, maka banyakkan berdoa dan usaha untuk mendapat sesuatu yang terbaik. Sekiranya gagal, ada hikmah disebaliknya renung-renungkan dan selamat beramal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1