Mall Mesra Bayi

Salam Sejahtera,

Semalam sempat berjalan di salah sebuah pusat membeli belah di KL. Tempat yang agak ekslusif nie memang menarik ramai pelancong luar dan dalam negara. Cek Ya tak pergi sorang-sorang tapi di temani iwan, wana dan si comel Izara.

Rasanya nie 1st time bawa Izara ke sini. Seronok jugak jenjalan cuci mata nie, nak shopping bagai alamat la bulan nie makan pasir. Yela gaji awal 6 hb dah masuk tapi nak tunggu next gaji bulan Disember tu adeh meraban la jawabnya.

Rasanya rata-rata pelawatnya pelancong luar. Yang Cek Ya pastila dari negara timur tengah, eropah, afrika, yang dari asia tenggara pun ramai jugak tapi paras rupa diorang nie seakan - akan orang tempatan jadi bila diorang bersuara barula dapat agak negara asalnya.

Teringat zaman muda-mudi dulu tempat nie la selalu Cek Ya kunjung. Time tue naik tren jela tu yang mampu... Skang nie jer da demand dengan kenderaan awam. Kalau ikutkan naik tren lagi jimat duit dan masa kot. Dating dolu-dolu pun kat sini gak hehehe. Nostalgia sungguh...



Iwan + Wana = Izara

Cek Ya yang keseorangan.
Nak buat gaya mengada tapi terlalu ramai orang bersesak so rela je la ambik gambar mcm tiang bendera.

Bila jenjalan bawa baby nie banyak benda kena fikirkan rupanya. Ist stroller, disebabkan Izara semakin berat dan kawasan mall yang besar so benda alah nie sangat-sangat membantu. Hanya yang de baby jer terfikir> Cek Ya hanya pikir bawak badan jer hahaha. Izara dah makan selain dari susu so kena la bawa bekalan makanan dia, susu, pempers, napkin kecil, mainan, minyak telon, bedak, losyen dan lain-lain. Oleh itu, hand beg yang bersaiz besar sangat diperlukan oleh kaum ibu.

Bila dah bersesak-sesak tempat berehat sangatla diperlukan lagi-lagi bawa Izara, mana nak bagi susu dan makan lagi. Kalau kami ajer tak kisah pun makan sambil berdiri. Tapi bila dah bawa Izara benda yang dianggap remeh nie pun terasa besar kesannya kalau tak disediakan dan di selenggara dengan baik.

Alala~lala~lala mood jalan-jalan sakan~

Izara sangat sensitif di bahagian kulit, jadi perlu tukar pempers dengan kadar yang kerap. Tapi sangat menduka citakan sebab mall yang besar nie tidak begitu mesra bayi. Kami perlu berpusing-pusing mencari tempat untuk tukar pempers. Dari tingkat ke tingkat mencari akhirnya jumpa juga kat bawah. Lokasinya di dalam tandas perempuan tapi bahagian yang berasingan la dan rupanya ada satu lagi tempat dibahagian bawah mall. Ermm tempat sebesar nie ada dua jer ke???

Terfikir jugak Cek Ya kalau yang bawa baby jenjalan tu ayahnya mcm mana tu nak tukar lampin dalam tandas perempuan??? Mungkin pihak pengurusan tak punya anak kecil kot so tak terfikirlakan. Nasib la Izaratak BF lagi dan sepenuhnya guna botol. Mesti dah melalak Izara kelaparan ibu dan ayahnya pula duk kalut lagi cari tempat untuk BF. Menunggu lif lagi dari tingkat atas pulak sentiasa penuh, dengan stroller lagi. Sangat susah bukan.


Iwan dan Izara yang ada sekuntum bunga besar atas kepala~comelkan

Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan peka dengan keadaan macam nie. Sama la macam kemudahan surau di mall, perhentian r&r, perhentian bus, tempat riadah awam dan lokasi tumpuan lain. Antara punca Cek Ya malas nak naik bus nie sebab pemandunya tak peka kepada kita muslim yang wajib solat nie.

Nota ringkas : Let's coti-coti Malaysia

Ulasan

Nadiah_Rahman berkata…
kt mall mane ye kak ?
Nik berkata…
lama dah tak pi klcc.
alahai comel jea baby . ade bunga besar kat kepala tu.
saleha berkata…
bunga lagi besar dari kepala hehehe

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1