Hijrah : Bila Artis Bertudung
Salam Sejahtera,Salam Maal Hijrah kepada semua, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara segar. Bertemu semua dengan jumaat penuh barokah. Rasanya baru jer type entry dihari jumaat lepas. Rupanya dah seminggu rasa macam baru semalam jer.Sempena tahun baru islam yang baru menginjak hari kedua nie. Cek Ya nak type entry berkenaan artis bertudung. Kenapa artis?Sebab mereka nie selalu keluar dlm tv, majalah,surat khabar dan mcm2 media. So segala perilaku depa nie menjadi tontonan dan seterusnya jadi contoh. Hak macam kita yg dah kereh nie mungkin depa tu jadi hiburan tontonan saja. Tapi macam mana pengaruh kepada remaja? Compom jadi ikutan.....
Rasanya ramai dah tau kisah penghijrahan artis-artis yang Cek Ya listkan kat bawah. So kita imbas-imbas baik wajah-wajah ayu depa nie.
Jom kita tengok siapa artis yang tersenarai dalam Cek list nie.
YATT HAMZAH
IRMA HASMIE
WARDINA SAFIYA
FARAH BRIT2 (AF)
DIANA AMIR
SHILA AMZAH
AYU RAUDAH
ABBY ABADI
OKI SETIANA DEWI
Heroin Ketika Cinta Bertasbih, Cek Ya mengagumi beliau, tengok cara pemakainya sangat ayu dan sopan. Begitu menitik beratkan cara pemakaian menutup aurat mengikut syarak tetapi dalam masa yang sama tetap bergaya. (Walaupun Oki bukan artis dari Malaysia tapi kita tetap serumpun dan seagama)
Sebenarnya ramai lagi artis. Cek Ya cuma select beberapa orang yang pada padangan peribadi Cek Ya mereka nie membawa aura yang besar kepada perkembangan remaja. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah dizaman kemuncak kegemilangan. Tanpa rasa bimbang mereka membuat keputusan untuk berubah. Berbekalkan keyakinan bahawa rezeki Allah itu luas... Rasanya adakah kita nie seberani artis-artis nie? Adakah perlu tunggu hidayah dan keikhlasan untuk menutup aurat tu sampai?
Mudahan tahun baru nie membawa sinar kepada kehidupan kita. InsyaAllah mudahan....
Nota ikhlas : Bahagia bukan untuk dicari tapi dicipta.
Ulasan
Menang cantik pun depa ni tak jemu mandang.