Misi Ujung Tahun

Salam sejahtera,

Salam hari jumaat, berbekal mood yang sangat baik hari nie Cek Ya nak kongsi satu lagi keinginan Cek Ya, lagi-lagi bila ujung tahun nie...SALE & BONUS. Hahaha Untongla...
Biasala hujung tahun nie selalunya sinonim dgn YES, ada ker yang tak tau YES tu apa ke menatangnya. Wowowo.... jangan tertipu YES bukan binatang bukan jua bermaksud YE bila di translate dlm bahasa Melayu. Tetapi singkatan untuk YEAR END SALE bermaksud JUALAN HUJUNG TAHUN. Dan semestinya potongan yang melampu ada tu sampai 95%.... Ingat kawan2 jangan mudah tertipu, rajin2 la belek harga kat pusat membeli belah tu sebelum YES nie berlangsung. Kengkadang menipu deme nie...

Sangat berbaloi membeli barangan berjenama pada waktu nie, jimat wooo... Yang rancang nak kawen or tunang tu nie la masa paling sesuai. Mula-mula kena ada perancangan, pastu bujet betul2 untuk setiap barang tu berapa peruntukan kewangannya. Kemudian, pergila sekurang-kurangnya dua tempat boleh buat perbandingan harga. Tak pun datang kat kedai tu sebelum YES tu berlangsung. baru la boleh membeli belah. Yang paling baik jangan guna kredit kad sebaik-baiknya tunai, tapi risiko pulakkan... Jangan risau sekarang mana-mana bank dah der perkhidmatan debit kad.

Pesanan Cek Ya kalau shopping makan dulu, sebabnya kalau kita lapar nafsu kita agak tinggi untuk membeli. kalau tak caye... time bulan pose tu berapa ramai umat kat bazar yang tak cukup tangan pengang beg plastik. Hahaha...

Panjangnya mukadimah... ni baru nak masuk tajuk
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^
Opss kembali ke topik asal, dari awal tahun dah berangan nak beli satu benda alah nie. Kegunaan yang sangat penting bagi Cek Ya. Lagi-lagi Cek Ya nie jenis yang pelupa dan cuai....

HAND BAG (Beg Tangan)

Sekarang Cek Ya guna nie


Kaler : Hijau
Harga : RM 40.00
Beg tangan nie Cek Ya beli kat Padang Besar, Perlis. Sangat berkenan dengan design dan kalernya. Cantik dimata Cek Ya... Harga sangat murah dan berbaloi, tahan lasak sebab sampai sekarang tak der tanda-tanda rosak macam koyak dll. Kalis air sebab kainnya daripada bahan yang tak telap air. Cek Ya suka sebab ada poket depan dan berkancing. Kalau boleh beg yang Cek Ya nak beli nie boleh berfungsi macam beg nie atau lebih baik lagi. Walaupun tak berjenama dan harga yang murah tapi kualitinya setanding beg yang berjenama terkenal yang tentu2nya berharga ratusan or ribuan ringgit.
Yeeee saya pengguna bijak...

kunci, pad, pen, purse, supliment, hp dan notes
 
Ramai yang bagi pendapan beg yang agak besar nie tak sesuai untuk orang yang berbadan kecik macam Cek Ya nie. Tapi Cek Ya ada alasannya, nak pastikan semua barang dalam gambar diatas boleh diisi dalam beg tangan Cek Ya. barang-barang nie semua keperluan yang paling wajib untuk Cek Ya.
Sebenarnya Cek Ya ada beg tangan yang lain tapi tak dapat berfungsi untuk masukkan semua diatas termasuklah beg tangan yang ala-ala mak datin. Mungkin kalau notes tu kecik sikit boleh la muat tapi terlalu banyak bahagian dalamnya. Cek Ya selalu ambik masa yang lama untuk cari hp dan kunci. Terlalu banyak ruang... kadang-kadang hp tu dah habih berdering tapi still terhegeh-hegeh menyelongkar. Macam tu gak la kalau nak cai kunci kereta dekat lima minit baru jumpa. SANGAT MENYUSAHKAN.

Yang lain pulak terlalu kecik hanya muat untuk hp, purse sahaja macam ner pulak dengan notes takkan nak pegang sepanjang masa. Cek Ya ada penyakit cuai... Ohhh tidakkkk!!!.

Diharap untuk beg tangan yang Cek Ya cari nie dapat penuhi citarasa dan pelbagai fungsi hehehe. Soal warna tolak tepi... Tak kisah asal bekenan dihati. Harga pulak biarlah setanding harganya. Yang lagi bagus dapat beli beg yang harga murah dah kualiti bagus


p/s: Sangat suka dengan beg design MAPLE, cantik dan eligent. Cer tengok kat sini. Lokasi THE MINES...Jemput singgah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1