Gatal ke Menggatal?

Salam Sejahtera...

Sape setuju dengan kenyataan Cek Ya nie, kualiti air kat sekarang nie agak rendah. Teeettttt...
Ini seriessss.... Sebab Cek Ya  seorang yang alah dengan air yang kotor.

Cek Ya pernah kena gatal-gatal kat kulit satu badan, tumbuh macam kudis pun ada,
berair. Merah-merah satu badan yang paling tak tahan tu gatal sangat. Berparut-parut kesan kudis tu tau. Bila cek kat kelenet, doktor bagi ubat sapu dan ubat makan. Bayangkan hidup bergantung kat ubat tu. Bila ubat tu habis makan dan tak guna krimnya mula jadi balik. Doktor bagi tau, penyakit Cek Ya ni tak akan baik sebab ia alahan.

Waaaa!!! dgr doktor cakap cengitu terus rasa sedih, doktor tak bagi Cek Ya harapan langsung. seriesss.... Bagai kaca terhempas kebatu. Berita yang doktor sampaikan tu betul-betul meragut jantung Cek Ya... Sobbb...sobbb...

Ecehhh, berdrama pulak Cek Ya ni. Bak kata Mak "Jauh dari nyawa". Yeke mak, tapi kalau Allah nak cabut nyawa dah boleh jadi asbab tu. Pandai betul menjawab ye....

Sebulan selepas berita menyedihkan tu, Cek Ya asyik gundah gulana, makan selera tip top, mandi basah je tapi sengsara sikit. Lepas mandi je gatal-gatal. Teruji betul kesabaran Cek Ya, tetiba teringat mak dan ayah kat kampung. Anakmu di perantauan begitu merinduimu... Oooo time sakit baru ingat kat deorang. Poyo je, bukan jauh mane pun Kuala kangsar - Teluk Intan. Layan lap sikit pastu naik roller coster kat manung, tempuh sawah padi kat Lambor, naik kuda kat kg gajah... ha sampai le. kahkahkah...

Alkisahnya, macam ner Cek Ya boleh baik??? Senang je, tak yah pergi kelinet jumpe doktor, tak yah makan ubat. Teng...teng...teng... pindah umah, tak sampai seminggu terus baik. Rupa-rupanya tangki air umah kuarter yang Cek Ya dan housemate duduk tu lama x di sental. Patut ler.....

Sekarang, bila pindah duk Selangor nie pun kejadian same berulang. Tapi tak seteruk masa kat Kuala Kangsar tu. Nape yer??? Adakah kerana tangki jua tidak di cuci??? Mungkin...mungkin...Dah ada suami nie gedik-gedik merengek minta tlg garu (ni dah kes menggatal, pe kesah :)). Kehkehkeh....

Seriesssssssssssssss..... panduan untuk kengkawan semua. Selalulah cuci tangki air umah anda. Gunakan air yang bertapis untuk tujuan makan dan minum. Kalau alah mcm Cek Ya ni gunakan pemanas air masa mandi. Cuci pakaian dengan detergen pembasmi kuman. Baju putih tu basuh guna air yg ditapis sbb nanti jadi kaler kuning plak (idea nia x penah try).

Nota tangan : Jgn lupa bayar bil ayo... Kesannya lagi hebat berbanding kena alahan air.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1