Dugaan.....

Salam sejahtera,

7 Ramadhan, wah dah seminggu diam tak diam. Seberapa banyak ibadah yang Cek Ya dah buat? Dan maknanya tinggal lebih kurang 22 hari lagi je masa untuk penuhi ramadhan dgn ibadah dan amalan. Dugaan yang datang buat Cek Ya pada 5 Ramdhan betul-betul buat Cek Ya insaf....

Ceritanya mula masa ptg 5 Ramadhan lepas.

Masa ni Cek Ya dalam bilik air nak ambik wudhuk

Dengan tak semena-mena perut Cek Ya sangat sakit, pedih sangat. Sampai rasa nak pitam, dari posisi berdiri terus meringkuk dan terus duduk bertinggung dengan tangan menekan perut. Kenapa ni, Cek Ya mula panik... Sah gastrik menyerang ulu hati.

 Waaaaa.... dah pukul 6.30 ptg kot, lg 1 jam nak buka. Pedih gila-gila nak berjalan pun tak boleh. 
Merangkak dari bilik air masuk bilik sebab tak dapat nak tegakkan badan. Mengigil-gigil badan Cek Ya, masa nie Cek Ya berdoa pada Allah supaya bagi kekuatan untuk
 terus bertahan dan yang paling penting dapat tunaikan solat asar. Rasa kesal sangat sebab melewat-lewatkan solat fardu. Kalaulah Allah ambik nyawa Cek Ya saat tu, maka perginya Cek Ya tanpa menunaikan solat asar.

 Alhamdulillah, doa orang berpuasa di dengar Allah. Cek Ya dapat tegakkan badan walau kaki terpaksa duduk antara dua sujud.Sambil sebelah tangan kiri menekan perut dan sebelah lagi untuk mengangkat takbir.(Masa ni teringat semua yang diajar ustaz dan ustazah, cara solat untuk orang sakit dan sesungguhnya islam itu mudah.)

Terima kasih Ya Allah, beri kekuatan untuk Cek Ya terus bertahan untuk terus berpuasa, untuk pertama kalinya juadah pertama berbuka puasa Cek Ya adalah ubat gastrik. ALHAMDULILLAH...
Semalaman Cek Ya terbaring, bubur nasi yang my bucuk buatkan untuk Cek Ya hanya 15 minit dalam perut. Selepas tue terkeluar semua, kalau dah bukan rezeki tu untuk kita dah masuk perut pun keluar balikkan.

Insaf sungguh, segala peristiwa yang berlaku ada hikmahnya. Dan sesungguhnya ia mengajar Cek Ya untuk lebih bersyukur dan menghargai masa dan kesihatan tubuh badan

Pesanan Ramadhan : ISLAM ITU MUDAH BUKAN DIPERMUDAHKAN

Ulasan

Diera Tekikushika berkata…
ish teruk tul gastrik ek.. take care yee =D
saleha berkata…
ni da tahap kritikal kot hehehe... x slalu kena kadang-kadang jew. Tp ble da kena x mampu dah hehehe

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1