salam sejahtera,
Tuntutan tugas Cek Ya sebenarnya walaupun dalam fail meja tak de pun skop ni cuba nak memudahkan kerja dan tak nak terlalu bergantung kepada juruteknik untuk kerja penyelenggaraan. Mana yang team Cek Ya boleh buat kami buat la selagi tak membahayakan kami. Bab civil dan mekanikal ni boleh la sikit sebanyak Cek Ya buat. Tapi kalau dan melibatkan elektrik just tukar lampu je yang mampu team Cek Ya bantu. Sebab bahaya dan perlu kepakaran. Lagi pun Cek Ya kurang ilmu dan pengalaman nak mengendalikannya. Lain pulak bab civil dan mekanikal ni dah jadi darah daging kot.
Hari ini adalah hari memegang penukul dan skru driver sambil ronda-ronda kawasan blok. Kenapa x percaya? Ini la hakikatnya walaupun Cek Ya berjantina perempuan jgn sangka Cek Ya tak jadikan tools tu semua sebagai alat permainan oppsss kerja.
Tuntutan tugas Cek Ya sebenarnya walaupun dalam fail meja tak de pun skop ni cuba nak memudahkan kerja dan tak nak terlalu bergantung kepada juruteknik untuk kerja penyelenggaraan. Mana yang team Cek Ya boleh buat kami buat la selagi tak membahayakan kami. Bab civil dan mekanikal ni boleh la sikit sebanyak Cek Ya buat. Tapi kalau dan melibatkan elektrik just tukar lampu je yang mampu team Cek Ya bantu. Sebab bahaya dan perlu kepakaran. Lagi pun Cek Ya kurang ilmu dan pengalaman nak mengendalikannya. Lain pulak bab civil dan mekanikal ni dah jadi darah daging kot.
Tukul, penukul dan menukul |
Membesar dalam keluarga pertukangan, tu yang Cek Ya lali dah pegang tukul. Ayah Cek Ya hanya kerja kampung kalau tak de projek masuk dia akan usahakan ladang sawit pulak. Kebanyakkannya pajak kebun orang tak pun ambil upah kait sawit. Hasilnya bahagi dua... Kami adik beradik akan tolong ayah kutip biji sawit tak pun tarik pelepah sawit Kebun sendiri lak baru keluar hasil sebab baru tanam... kami adik beradik la (termasuk si kecik Ibal) tlg ayah bersihkan kebun dan meracun, seronok juga. Kadang-kadang bawa pancing boleh la mancing ikan kat parit depan kebun tu.
ehsan mr google |
Pelan lantai rumah saya, pink bilik, hijau dapur, brown tandas, biru kundang beranda, hijau firuz garaj |
Rumah Ayah masa baru-baru buat dulu hanya ada 1 bilik dapur dan bilik air sahaja. Di bina masa umur Cek Ya 2 tahun. Masa tu, hanya Cek Ya n Iwan je yang baru lahir yang lain dalam perancangan lagi hehehe. Bila sorang-sorang lahir rumah pun kena dibesarkanla. Dari rumah yg ada satu bilik tadi, sampai la sekarang dah ada 6 bilik, 2 bilik air, 2 dapur 1 ruang tamu, beranda dan 1 garaj semua tu ayah buat sendiri tanpa upah kat orang. Tapi masa mula-mula dirikan rumah kawa-kawan ayah tolong. Selepasnya kami adik beradik la yang tolong. Angkat bata, buang batu, bancuh konkrit dan lain-lainla. Mungkin darah yang mengalir dalam diri Cek Ya ni adalah darah kejuruteraan awam kot. Atuk Cek Ya adalah tukang rumah jugak. Pak Cik plak de syarikat pembinaan sekarang ayah bekerja dengan Pak Cik disamping hasil kebun. Adik lelaki Cek Ya pulak pelukis plan. Hahahaha aturan Allah rupanya. Subahannallah suatu yang baru Cek Ya sedar.
Walaupun sekaran g bidang yg Cek Ya ceburi lebih kepada pengurusan tetapi tetap tak lari dengan kejuruteraan awam. Alhamdulillah, berbekal pengalaman dan ilmu yang sikit ni boleh Cek Ya gunakan.meskipun tak boleh dianggap profesional tetapi boleh la dijadikan rujukan.SELAMAT MENUKANG........................
Ulasan