" JAGA-JAGA ADA YANG MEMERHATI "

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, pagi yang sangat nyaman. Dengan bunyi burung yang berkicau-kicau, rasa macam duduk dalam hutan pulak. Opss pelajar cuti sem rupanya hehehe, sampai burung bercakap-cakap pun Cek Ya boleh dengar. Hari ni nak mula operasi loker pulak... adeh!!! bersakit-sakit badan la nampaknya. Tu ada hati nak panjat bukit Jugra petang ni, Ohh! besarnya cita-citaku.

Bila start cuti sem mula la Cek YA dengar macam2 versi cerita Hantu, dari kat makmal, libarry dan yang selalunya asrama jadi kaitan.Waaaa!!!! seramnya mula la teragak2 agak nak wat keje ni. Tak pela niat wat kerja ni kerana Allah jadi minta dimudahkan segala urusan.

Belum lagi pelajar baru masuk nie, minta-minta tak jadi macam tahun lepas dah jadi mcm "pesta lak" kes histeria. Kawan-kawan Cek Ya la jadi penyelamat menteteramkan keadaan masa tu.

Ceritanya bermula macam ni... pada masa tu jam dah menunjukkan hampir pukul 1.00 pagi, keadaan dewan masih lagi terang. Mulanya, de tanya kat fasitator yang bertugas pe yang terjadi, mereka jawab tak de apa-apa (kononnya dapat kawal keadaan la tu).Tapi situasinya agak pelik?? dengan tak de perasaan syak wasangka diaorang pun terus la balik ke rumah. Sampai kat rumah perasaan masing-masing tak sedap hati. Jadi diaorang pun patah balik ke dewan nak tengok pe yang jadi. Terkejut kawan-kawan Cek Ya bila tengok ramai pelajar yang terbaring dan meracau-racau tak sedar diri. Berbekal keberanian yang suam-suam kuku ni, diaorang dengan ke ikhlasan hati membantu apa yang terdaya. Mula-mula operasi dimulakan dengan mengasingkan pelajar yang histeria teruk dan pelajar yang normal. Lepas tu, pelajar yang mula-mula kena dan paling teruk diasingkan. Peringkat saringan dan siap mula peringkat memanggil ustaz.Ishhh cabaran sungguh, Cik Hani kawan Cek Ya siap kena puji lagi dengan jin tu 'awak ni cantikla baik pulak tu'. Sebab dia yang tolong pegang pelajar tu.

Alhamdulillah, segalanya kembali pulih, kawasan ni pun dah 'dibersihankan' oleh pakar-pakar dari Darul Syifa.
Sebenarnya banyak lagi cerita mistik ni, tapi biarla sebab setiap tempat tu ada sejarah tersendiri, termasuk tempat Cek Ya ni, lagi-lagi kawasan penuh sejarah ni merupakan antara perkampungan awal dan berhampiran istana dan pelabuhan lama.

Segalanya mungkin, sebab bukan kita je yang jadi penghuni kat bumi ni. Kita berkongsi dengan makhluk Allah yang lain.  Fikir-fikirkan.
Nota klip kertas : Kembalilah kepada Allah kerana segala perlindungan daripadaNYA.

Ulasan

cik hani berkata…
eh2..ade nme kite lar...kak leha xsuke tgok lmpu bilik kat asrama..kejap bukak kejap tertutup...ahahaha

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1