Salam Sejahtera,
Opss maaf, Cek Ya terguna perkataan Inggeris dalam blog Cek Ya nie. Tapi Cek Ya dah tandukkan perkataan tu kat awal dan hujung perkataan. Bahasakan lambang budaya dan keturunan kita.
Ok, pernah tak korang dikenakan caj tersembunyi pada perkhidmatan yang korang gunakan. Ala contohnya bil telifon atau internet???
Helooooo
Cek Ya sangat geram dengan satu syarikat perkhidmatan internet kat Malaysia, Cek Ya rasa depa tak telus dalam penerangan maklumat. Rasa tertipu plak. Ewahhh... hehehe macam Cek Ya sorang lak terkena kan... Kawan-kawan Cek Ya pun de merungut benda yang sama. Tak kira la syarikat apa modus operandinya sama je. Di sebabkan nak untung pengguna gak jadi mangsa....
Apa yang wak Cek Ya SAKIT HATI dan rasa TERTIPU sebab semasa penerangan mula-mula melanggan dulu lain dikatanya sekarang nie bila nak bayar bil pulak lain jadinya. Tiba-tiba ada 'hidden charges' yang sebelum ini tak di beritahu dan lain daripada penerangan ada dalam bil. Bila time bayar bil plak tiba-tiba risit tak boleh 'print' statment bil pun tak de. Jadi macam mane saya nak buat rujukan....... ('Extra' Geram)
GERAMMMMM!!!!!!!!!!!
Nak tak nak kena bayar sebab perkhidmatannya Cek Ya dah gunakan. Hehehe marah betul Cek Ya niekan... Cek Ya nak cuba guna perkhidmatan syarikat nie lak. Jadi ini la hasilnya... nak guna streamyx sangat tak mengizinkan sebab Cek Ya jenis suka berjalan. Oh tidak.......
Cek Ya kena fikirkan langkah penjimatan untuk pembayaran perkihdmatan nie sebab da banyak sangat gajet yang digunakan sedangkan yang menggunakan cuma dua orang. (Elak 'hidden charges').
Dan sekarang SELAMAT TINGGAL... (Oppsss x dapet kot) sebab saya memerlukan mereka.
Nota sakit hati :- Gajet paling sayang Nokia 3310
CUTI-CUTI MEDAN Part 1
Salam sejahtera, Pembuka cuti-cuti 2014 nie bermula dengan destinasi Medan, Indonesia. Kali nie Che Ya pergi bertiga. Kalau selalu tu berdua jer kan. Kali nie MIL pun join skali.... Disebabkan 14 hb cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul dan jumaatnya Thaipusam jadi memang masa yang sesuai untuk kita orang melancong. Bertolak dari LCCT pukul 1.50 ptg (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Medan pukul 1.50 gak (waktu Indonesia). Masa perjalanan cuti satu jam tapi rasanya 45 minit jer. Sebab rasa macam baru jer naik pastu dengar pengumuman mendarat lak.Pas tue perbezaan waktu yang mana Kepulauan Sumatera nie lewat satu jam dari Malaysia. Lapangan terbang Kuala Namu Medan nie, baru setahun mula beroperasi. Rupabentuknya macam KLIA tapi kecik la.... Tempat mendaratnya panjang so memang tak rasa break macam kat Bandung tu... Mau tercabut pinggang gegar dia. Cantik dan canggih, tapi yang tak bestnya servisnya lembab. Nak tunggu bagasi jer ambil masa sejam, belum lagi berbaris pan...



Ulasan