Salam sejahtera,
Sorry semua rakan-rakan blogger Cek Ya tak dapat lg nak bercerita tentang percutian yang lepas di Langkawi. Cek Ya tengah tunggu gambar dari adik ipar. Tak best lak nak share entry yang tak bergambar. Cek Ya nak berkongsi kenangan manis kat sane. So bagi sesiapa yang tak pernah lagi ke Langkawi lepas nie boleh la bercuti kat sane.
Last sunday, semalam je pun... Semasa perjalanan pulang dari Kg en.suami ke rumah tercinta kami singgah di Pak Li Kopitiam. En suami tetiba teringin nak makan nasi gorengnya. Bukan selalu pun singgah Pak Li untuk menjamu selera, mungkin sebab En.suami terpengaruh dengan cerita Jalan-Jalan Cari Makan kot. Terliur tengok Qie makan... hehehe
Ok secara peribadinya Cek Ya layan gak dengan makanannya....
Cek Ya order menu PaK Li Asam laksa, rasanya cukup segalanya... masam, manis, masin dan yang paling best pedas.
![]()
Pak Li Asam laksa
Ok untuk desert merangkap air adalah ... Cek Ya lupa apa namanya tapi macam ABC, sedap gak. Ketul2 warna merah tu adalah strawberry jeruk. Sedap tau, yang paling Cek Ya layan yang kecik2 bulat tu macam jeli... Yum Yum Yum.
Strawberry ....... (mcm ABC yang pasti)
Tujuan Cek Ya letak entry nie bukan nak menunjuk tapi sekarang berkongsi pengalaman. Mungkin ada antara pembaca blog semua yang nak mencuba, silakan.
Sekian... setitik pengalaman Cek Ya AdiOs AmIgOs
p/s: Sorry sangat sebab Cek Ya tak letak gambar menu pilihan En.suami sbbnya tak dan Cek Ya nak snap da abis...
CUTI-CUTI MEDAN Part 1
Salam sejahtera, Pembuka cuti-cuti 2014 nie bermula dengan destinasi Medan, Indonesia. Kali nie Che Ya pergi bertiga. Kalau selalu tu berdua jer kan. Kali nie MIL pun join skali.... Disebabkan 14 hb cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul dan jumaatnya Thaipusam jadi memang masa yang sesuai untuk kita orang melancong. Bertolak dari LCCT pukul 1.50 ptg (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Medan pukul 1.50 gak (waktu Indonesia). Masa perjalanan cuti satu jam tapi rasanya 45 minit jer. Sebab rasa macam baru jer naik pastu dengar pengumuman mendarat lak.Pas tue perbezaan waktu yang mana Kepulauan Sumatera nie lewat satu jam dari Malaysia. Lapangan terbang Kuala Namu Medan nie, baru setahun mula beroperasi. Rupabentuknya macam KLIA tapi kecik la.... Tempat mendaratnya panjang so memang tak rasa break macam kat Bandung tu... Mau tercabut pinggang gegar dia. Cantik dan canggih, tapi yang tak bestnya servisnya lembab. Nak tunggu bagasi jer ambil masa sejam, belum lagi berbaris pan...

Ulasan