Terima kasih Allah, kerana Kau beri beluang kepada hambaMu ini untuk terus menikmati hidup dan beribadah kepadamu. Terima Kasih Allah, atas izinMu hambaMu ini menginjak ke usia 26 tahun. Sedar tak sedar dah 26 tahun masa berlalu dari merangkak, bertahtih dan seterusnya berlari. Dari tanggungjawab kecil hinggala menjadi seorang isteri... TERIMA KASIH ALLAH,
En. suami cantik hadiah nie... walaupun sayang dapat sebelum 13 Disember, tapi sayang pakai masa 13 Disember. Tapi sayang kesian kat abang sebab 13 Disember jugak abang demam. Tak jadi kita nak celebrated kt luar, takpe sayang tak kisah pun janji bersama-sama abang. Malam tue jugak sayang bawak abg pergi berubat. Abang kata dah elok sikit bila ayat Al-Quran dibacakan di tempat yang rasa sakitt. En.Ustaz terima kasih yer... Sayang bersyukur sangat masa balik tue abang dah boleh bawa kereta sebab sayang silau tak berapa nampak.
Gambar hiasan (Ini bukan kek bufday)
Semalam. 14 Disember sayang balik rumah, rumah bersepah... Sayang mulanya rasa agak marah kat abang sebab tak tolong sayang kemas. Pinggan tak bercuci, baju tak berlipas dan yang belum basuh dah menggunung. Tapi bila terpandang abang terbaring lesu sayang rasa berdosa pulak, Sayang letakkan tangan sayang kat dahi abang... Panas, badan abang dedar, nafas pulak tersekat sekat sebab selsema. Sedih sangat sayang rasa nak nangis pulak, kalau sayang boleh ambil demam tue sayang sanggup demi abang. Hati sayang lega sikit bila tengok abang dah boleh main game. X pe malam tue jugak sayang bawa abang pergi klinik. Dan kita makan lu ar lagi...
Pagi tadi 15 Disember sayang balik rumah sekejab tengok keadaan abang, abang tengah makan roti sapu mentega kacang... Nampak sedap pulak, sayang nak sebenarnya tapi bila tengok abang tengah sedap makan tak sampai hati nak minta. Tak pela nanti sayang beli lagi yer. Badan abang dedar lagi.... Sayang belikan abang nasi lemak lebih nasi khas untuk abang. Sekejab lagi sayang balik yer tapi kita makan lauk yang sayang beli kat kafe ye....
Kesiannya dia (Cepat sembuh ye)
Nota kecik : Terima kasih kak wan fairus gantikan saya untuk iringi pelajar hari ini.
Doa Untuk Suamiku : "YA Allah engkau sembuhkanlah suamiku. hanya engkau tempat bergantung harapku. Perkenankanlah permintaanku. Kerana dia Suamiku dunia akhirat."
CUTI-CUTI MEDAN Part 1
Salam sejahtera, Pembuka cuti-cuti 2014 nie bermula dengan destinasi Medan, Indonesia. Kali nie Che Ya pergi bertiga. Kalau selalu tu berdua jer kan. Kali nie MIL pun join skali.... Disebabkan 14 hb cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul dan jumaatnya Thaipusam jadi memang masa yang sesuai untuk kita orang melancong. Bertolak dari LCCT pukul 1.50 ptg (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Medan pukul 1.50 gak (waktu Indonesia). Masa perjalanan cuti satu jam tapi rasanya 45 minit jer. Sebab rasa macam baru jer naik pastu dengar pengumuman mendarat lak.Pas tue perbezaan waktu yang mana Kepulauan Sumatera nie lewat satu jam dari Malaysia. Lapangan terbang Kuala Namu Medan nie, baru setahun mula beroperasi. Rupabentuknya macam KLIA tapi kecik la.... Tempat mendaratnya panjang so memang tak rasa break macam kat Bandung tu... Mau tercabut pinggang gegar dia. Cantik dan canggih, tapi yang tak bestnya servisnya lembab. Nak tunggu bagasi jer ambil masa sejam, belum lagi berbaris pan...


Ulasan