~SEMANIS KURMA~

Salam sejahtera.
Sedang entry ini ditaip saya sedang menonton 'SEMANIS KURMA' rancangan TV yang rasanya semua orang tahu dan pernah tonton. Tertarik dengan tajuk kali ini 'Bahagia Tanpa Zuriat', mungkin de kaitan dengan saya kot. 
Sangat tertarik banyak tips yang dapat... Antaranya, petua mendapat zuriat :-
a) Minum air suam + madu
b) Sedekah pada hari jumaat
c) Amalkan surah Al-Wakiah (selepas subuh)
d) Amalkan surah Al-Mulk (lepas magrib)
e) Sedekah pada bayi yang baru lahir.
 Selain itu,
a) Beristifar kepada Allah
b) Surah Al-Imram ayat 38
c) Surah Maryam ayat 4 - 6
d) Surah Al Anbiyaa ayat 89
e) Surrah As Sauffat ayat 100
d) Surah Maryam ayat 10
Alhamdilillah, walaupun jarang pergi ke majlis-majlis ilmu sekurang-kurangnya rancangan SEMANIS KURMA ini merupakan salah satu wadah untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah akan saya amalkan segala petua dan nasihat yang saya dapat, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. 
Ok berbalik pada rancangan tadi, Ustaz Syed ada menyebut di dalam rukun iman yang ke enam Percaya Kepada Qada dan Qadar, kerana setiap apa yang berlaku adalah ketetapan dariNya. Kita harus redha dan banyak bersabar kerana ada hikmah disebalik semua yang telah ditetapkan. Namun jangan lupa untuk berusaha dan tawakal kerana Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum jika kita tidak mengubahnya sendiri. Sebagai umat islam senjata paling ampuh kita adalah DOAAlhamdulillah....
Tapi kita sebagai masyarakat harus peka dengan keadaan sekeliling... Jaga setiap perilaku dan tutur kata. Kemungkinan ayat yang kita luahkan menyakiti hati orang lain, jangan dijadikan ia sebagai bahan gurauan atau sindiran. Kerana adakah zuriat yang kita perolehi itu cukup waktu solatnya, terjaga auratnya.... Opss nie antara pesanan Dato Siti Nor Bahyah.

SeLAmaT BeRAmaL...
2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hatyai

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1