Lebaran di hatiku

Fuhhh!!! berabuk blog nie. Jab aku nak nk wat cleaning blog nie, dgn sawang-sawang yang bersirat-sirat . Wah !labah-labah dah de anak beranak lagi. Huhuhu meraban plak dihari raya.

Raya thn nie merupakan pengalaman baru buat aku sbb.... yela 1st raya as wife kpd en.suami. Beraya ke-3 negeri Pahang, Selangor dan Perak. Almaklumlah sedara merata negeri kena la ziarah deme kang kene cop mcm x de sedarela kan.Terkeluar plak loghat perak.

Sebenarnya de la beberapa peristiwa yang x best berlaku satu hari sebelum raya.

Peristiwa Pertama

Mula peristiwa ini berlaku pada sebelah tghari isnin lps. Aku boring duk umah so g la ke kolej tercinta sbb nak tutup pintu-pintu bilik khas yela kang hilang barang dalam tue naye jekan. Dalam kul 10 g opis en.suami kt Pulapes Jugra, tempat keje kami berdekatan so boleh la aku jenjalan g sane. Eh, panjang lak mukadimah citer nie.... Ok2 pendekkan cerita. Masa perjalannan balik ke rumah en.suami wat brek mengejut, dimana aku yang dalam keadaan pegun dengan berhalaju tiba-tiba berhenti dan menyebabkan inersia berlaku.(tetiba teringat fizik) Nasib baik tindakan reflek yang tepat dan cepat disampaikan oleh otak melalui saraf terus ke tangan bagi menanpung gerakan inersia yang menghalang kepala dan mukaku daripada menerima hentakan yang kuat. Kesan daripada tindakan reflek tangan yang menahan di dashbord kereta mengakibatkan tanganku terkehel.

 Waduh.... "SAKIT" (ia juga tindakan reflek yang diterima daripada otak melalui saraf-saraf yang berhubung antara satu sama lain. Kesinambungan daripada reseptor sakit yang terdapat pada kulit).

Sedihnye hati ini terpikir mcm ner nk bersalam nk g beraya sok. Sepanjang jalan pe lg meleleh la air mata. En.suami wat muka x bersalah je makin bengang tau.

Peristiwa Kedua

Sehari sebelum hari hari mestila duk sibuk masukkan kuih dalam. Aku yang dah xcited nk raya nie pun sibukla dgn aktiviti ini. Duk syok2 memotong kuih2 tue maka terhirisla jajariku yang comel2 nie.
Tindakan reflek yang tak disangka-sangka
"Arkkkk!!!"
 Pedih sungguh rasanya. Dahla ibu jari lak tue. Bayangkan mcm ner nak makan tanpa ibu jari, nak pegang pingang tanpa ibu jari.... Jari ditangan kanan lak tue.

Peristiwa Ketiga

Episod citer sedih belum berakhir lagi da...... dimalam penuh syahdu di saat takbir raya bergema. Anak perantau yang tidak pulang ke desa ... Wahhh!!! syahdunya mak jauh, ayah jauh. Apakan daya berbakti kepada suami tercinta.

Wat citer sedih lak aku nie. Teruja dengar bunyi mercun dam dan dum sane sini. En.Suami de beli mercun (shutttt diam2 tau). Aku pun tumpang la main... takut-takut berani la gitu, sbb dlu ade kisah sedih bila bunga api yang aku main tiba-tiba meletup terkena leherku yang jinjang nie.

Berbekalkan pengalaman serta dorongan daripada suami tercinta apa lagi akupun mainla. Mercun yang menjadi pilihan ialah mercun das. Sbb mcm x bahaya sangat je aku tgk bdk2 main. Jadi Ok la...

Wahhh!!! cantik tau percikan bunga api ni... hatiku berbunga2 taik ayam. Huhuhu dengan tak disangka-sangka mercun yang sepatutnya meletuk ikut muncung atas tetiba meletup ikut bawah maka melecurla telapak tangan kiri.

"Waa..waa... WWWWaaaaaaa" Sedihnya aku di hari sebelum raya rasa malang jer diri. Meleleh-leleh dah air mata menangis bkn sbb sakit sgt pun tapi rasa malang ari. En. suami pun bergegasla masuk dalam rumah tolong sapu minyak kat tangan. Hehehehe begitu la citer lebaran 2011 yang melekat dihati sampai mati

Amacam tragis x citer aku.

Ulasan

Cik Hani (CH) berkata…
alololo...siannye..nsib baik xputus jari..kalu x msti msuk buletin utama kan..
seorg kakitgn kerajaan main mercun terputus jari..hehe
saleha berkata…
tragis sungguh berita tv3 tersebutkan hehehe

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1