Persamaan Alhamdulillah

Rezeki merupakan salah satu nikmat daripada Allah, Untuk mendapatkan rezeki yang baik perlulah berusaha dan seterusnya bertawakal.... Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Selalunya orang akan mengaitkan rezeki dengan

          1) Duit
          2) Makanan/minuman
          3) Anak pinak/ cucu/ cicit
          4) Pakaian/ Rumah/ Kereta
Gambar hiasan (Tiba-tiba teringin makan sate)


Apa yang paling penting dalam kehidupan seharian kita tanpanya kita tidak boleh hidup walau sesaat????

                                                       Jawapan = Udara

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika kita bangun tidur tiada rezeki daripada Allah, seperti tiada rezeki dalam bentuk makanan, minuman dan yang paling penting udara?

                                          x rezeki udara  = Mati

Mudah Bukan perkaitan diatas. Kita wajib bersyukur atas kesemua rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

                                Ucapan tanda syukur = Alhamdulillah ( Syukur kepada Allah)


Bila kita akan mengucapakan tanda syukur? Yang kebiasaan kita buat.....

             1) Selepas makan / minum
             2) mendapat perkhabaran gembira
             3) mendapat sesuatu yang baik

Persoalannya, selepas menghirup dan menghembus udara selalukan kita menyebut Alhamdulillah?

                Hirup dan hembus udara = Ucapan Alhamdulillah (tanda bersyukur akan rezeki)

                                     jika 1 minit = 32 kali hirup dan hembus udara
                                            1 Jam = 1920 kali
                                          1 Hari  = 46' 080 kali
                                        1 Tahun = 16'819'200 kali
                                      63 Tahun = 1'059'609'600 kali (umur nabi Muhammad S.w.t)

p/s: Terima kasih kepada Hani Nurshahida bt Hasmi kerana sudi berekperimen bernafas.(boleh buat ujian lab bio)


Oleh itu, jika umur seseorang itu menyamai umur Nabi Muhammad S.a.w. Dia harus mengucapkan  lafaz Alhamdulillah sebanyak 1'059'609'600 kali. itu pun jika gaya pernafasannya dalam keadaan tenang.

Ia belum ditambah dengan lafaz yang harus disebut selepas diberi rezeki-rezeki dan nikmat-nikmat lain. Fikir-Fikirkan adakan zikir-zikir, tahmid yang kita lafazkan mencukupi jika dibandingkan dengan persamaan diatas.


Gambar hiasan (Nikmat udara, Alhamdulillah)
                                                 


















    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1