~Wahai wanita Seluruh Dunia~

Baru aku tahu rupa2nya 8 Mac setiap tahun merupakan hari wanita sedunia... Mungkin sbb selama nie ala2 remaja lagi so x ambik kisah pun. Bila dah berubah status dari anak dara ke isteri ni baru la ambik kisah soal yang aku anggap remeh temeh ni. Minggu ni lak suami kerja luar kena wat pemantauan kursus sampai minggu depan. Ermmmmmmm bosannya....

 Berbalik soal hari wanita tadi, sebenarnya ramai lagi kaun hawa yang tak tahu akan wujudnya hari wanita sedunia. Mungkin bukan tak tahu tapi kesibukan kerja membuatkan kita kadang-kadang lupa soal yang berkait dengan diri sendiri. Mana tidaknya seawal pukul 5.30 pagi dah bangun menyiapkan anak-anak kesekolah, sarapan suami harus disediakan... sbb ibu juga secara tidak formalnya memegang jawatan isteri. Belum lagi menghantar anak ke sekolah, mengemas, membasuh, memasak pendek kata selagi tak tutup mata selagi tula kerja sepenuh masa bak kata mak 'buat kerja yang tak pernah abis'. Bagaimana pula bagi wanita yang bekerjaya mesti beban kerja semakin bertambah, sesudah pulang dari bekerja urusan rumah tangga pula perlu digalas.
 Golongan wanita juga begitu sinonim dengan tugas mendidik, kerana golongan wanita diberi keistemewaan dari segi sifatnya yang penuh kasih sayang dan prihatin. Ia amat bersesuaian dalam mendidik anak-anak yang lahiriahnya mudah dibentuk melalui kasih sayang.

Berbangga la duhai wanita kerana kita cukup istimewa. Pertambahan tempat wanita di arena politik, keusahawanan dan pelbagai lagi bidang profesional lain. Ini cukup membuktikan wanita setanding lelaki. Walaubangaimanapun tidaklah sehingga menafikan kepimpinan kaum lelaki kerana Allah sendiri mengangkat lelaki sebagai pemimpin. Justeru itu, membuktikan peranan wanita cukup penting kerana kejayaan seorang lelaki itu dibelakangnya adalah seorang wanita yang menjadi pendorong dan pembakar semangat. Maka benarlah kata-kata bahawa 'tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia.

Antara tokoh wanita yang saya lihat begitu berkuasa dimalaysia iaitu, Y.M.Tan Sri Dato' Ungku Dr.Zeti Akhtar binti Ungku Aziz, beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia wanita pertama di Malaysia.
Antara pengiftirafan yang diterima oleh anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz ini adalah, beliau terpilih  sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance pada 13 September 2010. Ini adalah berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.


Y.M.Tan Sri Dato' Ungku Dr.Zeti Akhtar binti Ungku Aziz

Penguasaan wanita bukan sahaja diarena ekonomi sahaja tetapi arena sukan juga tidak terkecuali. Jika di lihat sekarang penguasaan Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy yang menjadi wanita asia pertama menduduki tangga pertama dunia. Kecemerlangan beliau bukan sahaja dalam bidang sukan semata-mata tetapi dalam bidang akademik juga. Jaguh sukan ini mendapat 7 A dalam Penilaian menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Segala pengorbanan beliau melayakkan di beri gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidinpada tanggal 7 Jun 2008. Selain itu beliau juga menerima Darjah setia Pangku Negara (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas sempena hari jadinya yang ke 70. Pengiftirafan yang diterima bukan sahaja diperingkat negara tetapi jua dunia dimana Universiti Nottingham menganugerah ijazah kehormat Sarjana Kesenian Honoris causa pada tahun 2007. Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010. Terbukti bukan kehebatan wanita.

Datuk Nicol Ann David

Seorang lagi tokoh wanita yang cukup hebat dalam pekembangan agama islam adalah SaidatinaSiti Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri nabi Muhammad saw, beliau menjadi orang seraya wanita pertama yang mengaku kenabian suaminya semasa peristiwa penurunan wahyu pertama. Ibu kepada 6 orang pewaris nabi ini begitu setia dalam menempuh liku-liku hidup suka dan duka bersama Rasulullah saw. Sri kandi islam ini sedaya upaya memenangkan dan mententeramkan suaminya Rasulullah saw tatkala baginda duka dan nestapa di sakiti dan dianiayai semasa penyebaran agama Allah yang Syumul ini. Sehiggakan Rasulullah saw menyebut keistimewaan terpenting Khadijah dalam salah satu sabdanya “Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.”



Nie gambar sweet couple mak dan ayah
So kepada kaum wanita berbanggalah kerana anda adalah seorang wanita. Dalam islam sendiri telah meletakkan wanita dikedudukan yang cukup tinggi sehingga tiga kali lebih utama daripada kaum lelaki. Betapa muliannya wanita kerana syuga dibawah tapak kaki ibu. MUAH!!!! I LOVE MY MUMMY WANNATUN BINTI RAKIMAN.

Rujukan dari sumber

Ulasan

Cik Hani (CH) berkata…
komen sye da ilang..wawawa
saleha berkata…
hehehe patut le x dew

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1