Khamis, 15 Disember 2011

~TERIMA KASIH ALLAH~

Terima kasih  Allah, kerana Kau beri beluang kepada hambaMu ini untuk terus menikmati hidup dan beribadah kepadamu. Terima Kasih Allah, atas izinMu hambaMu ini menginjak ke usia 26 tahun. Sedar tak sedar dah 26 tahun masa berlalu dari merangkak, bertahtih dan seterusnya berlari. Dari tanggungjawab kecil hinggala menjadi seorang isteri... TERIMA KASIH ALLAH,

Gambar hiasan (Ini bukan kek bufday)
En. suami cantik hadiah nie... walaupun sayang dapat sebelum 13 Disember, tapi sayang pakai masa 13 Disember. Tapi sayang kesian kat abang sebab 13 Disember jugak abang demam. Tak jadi kita nak celebrated kt luar, takpe sayang tak kisah pun janji bersama-sama abang. Malam tue jugak sayang bawak abg pergi berubat. Abang kata dah elok sikit bila ayat Al-Quran dibacakan di tempat yang rasa sakitt. En.Ustaz terima kasih yer... Sayang bersyukur sangat masa balik tue abang dah boleh bawa kereta sebab sayang silau tak berapa nampak.

Semalam. 14 Disember sayang balik rumah, rumah bersepah... Sayang mulanya rasa agak marah kat abang sebab tak tolong sayang kemas. Pinggan tak bercuci, baju tak berlipas dan yang belum basuh dah menggunung. Tapi bila terpandang abang terbaring lesu sayang rasa berdosa pulak, Sayang letakkan tangan sayang kat dahi abang... Panas, badan abang dedar, nafas pulak tersekat sekat sebab selsema. Sedih sangat sayang rasa nak nangis pulak, kalau sayang boleh ambil demam tue sayang sanggup demi abang. Hati sayang lega sikit bila tengok abang dah boleh main game. X pe malam tue jugak sayang bawa abang pergi klinik. Dan kita makan lu ar lagi...
Kesiannya dia (Cepat sembuh ye)
Pagi tadi 15 Disember sayang balik rumah sekejab tengok keadaan abang, abang tengah makan roti sapu mentega kacang... Nampak sedap pulak, sayang nak sebenarnya tapi bila tengok abang tengah sedap makan tak sampai hati nak minta. Tak pela nanti sayang beli lagi yer. Badan abang dedar lagi.... Sayang belikan abang nasi lemak lebih nasi khas untuk abang. Sekejab lagi sayang balik yer tapi kita makan lauk yang sayang beli kat kafe ye....

Nota kecik : Terima kasih kak wan fairus gantikan saya untuk iringi pelajar hari ini.

Doa Untuk Suamiku : "YA Allah engkau sembuhkanlah suamiku. hanya engkau tempat bergantung harapku. Perkenankanlah permintaanku. Kerana dia Suamiku dunia akhirat."

2 ulasan:

leeya berkata...

amin..semoga my sista n husband kekal hingga akhir hayat okey..:)

Siti Saleha berkata...

terima kasih leeya...harap awak pun begitu jua