Selasa, 23 September 2014

PENTINGNYA SARAPAN PAGI

Salam sejahtera,

Dah lama aku perhatikan tabiat pelajar nie, selalu sangat abaikan pengambilan sarapan pagi. Aku akui aku dulu pun sama macam diaorang... Kalau dulu alasannya aku tak nak mengulang ke tandas time kelas sebab tue aku skip makan pagi . Bila umur dah makin tua nie baru la tersedar pentingnya makan sarapan. Kalaulah aku sedar awal mesti aku  setanding Elbert Enstaein atau lagi hebat dari Neil Armstrong. Oh tidak!!!

Hahaha... 

Meh aku citer sebab apa sarapan pagi nie sangat2 penting. Last makan sebelum tido engkorang selalu pukul berapa? katala pukul 9.00 malam. Esoknya plak skip sarapan pagi terus ambik lunch kononnya nak jimat. Dari pukul 8.00 malam malam ke pukul 1.00 ptg dah lebih kurang 17 jam. Hello kita pose pun kalau kat Malaysia nie dah buka posela. So macam mane nak produces tenaga kalau tak makan? Macam mana otak nak bekerja nak simpan memori yang korang blajar byk2 tue. Mcm ner sel sel neutron nak berhubung kalau tenaga tak de....

Aku tengok gambo nie pun tension


Sarapan pagi nie merupakan makanan untuk otak, nie bukan aku nak reka citer tapi korang baca la kat mana2 entry pun benda yang sama deorang taip. Otak kita nie merupakan organ yang penting. Merupakan pusat kawalan untuk semua aktiviti tubuh kita. Segala isyarat akan diterjemahkan dan dihatar ke bahagian2 lain dalam badan. Selain menjadi pusat kawalan bagi tubuh otak juga jadi pusat pangkalan data maklumat yang disimpan sebagai memori. Tak kirala jangka panjang 0r jangka pendek... Termasuk gak la jangka suhu ok. So kalau tak makan sarapan macam ner otak nak dapat tenaga nak menjana semua aktiviti2 nie.... Selain otak badan kita pun perlukan tenaga... Kalau tak makan mana nak dapat tenaga. Sebab tue dalam islam walaupun kita berpuasa perlu bersahur... Nah dalam islam sendiri ajar kita kepentingan sarapan pagi dengan amalan bersahur.

Sedapnya...
Meh sini aku ajar... Kalau tak sempat sangat pun nak sarapan pagi sekurang2nya minum air susu segelas. Air masak pun bagus... Pas tue makesure bawa la coklat ke, or biskut yang manis2 sikit... Sebaik2 sarapan adalah makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Macam roti ke, kan senang nak masuk dalam beg jer. Coklat pun sangat bagus... Gula yang ada dalam coklat akan beri tenaga yang cepat. Sebab tue dalam islam pun sunat ambik makanan yang manis masa sahur dan buka...

Petua nak kekal langsing kena ambil sarapan. kalau tak makan tengahari pun tak pe. Macam tue gak kalau nak turunkan berat badan pun kena sarapan jugak. Cuma kena ambik diet yang betul la. Konon2 nak dietla tak makan sarapan terus makan tengahari, sebenar cara macam tue makin merangsang nafsu makan korang tau tak. Kalau nak tau pasal petua kekal langsing or kuruskan badan kirang search la sendiri sebab skang aku cuma nak terangkan pasal kepentingan sarapan jer.

Ku pernah kena cengini... hahaha padam muka


Sekarang de paham kenapa sarapan tu penting... Lagi2 kalau korang nie bergelar pelajar dan pekerja. Kalau nak cemerlang makan la sarapan.... Serius pesanan penting dari aku, jadual pemakanan pun kena patuhi. Kang kena gastrik plak, sebab gastrik nie berpunca dari cara pemakanan yang tak betul. Masa makan yang tak menentu, makanan yang pedas, berminyak... Korang tak makan sarapan pastu ambik makanan pukul 11 pedas plak tue. Mau tak kejang satu badan.... So sila jaga pemakanan korang. Rasulullah pun dah cakap 90% penyakit berpunca daripada perut. Kalau aku hantar student yang pengsan kat spital mesti 90%nya berpunca daripada tak makan. Pergi sepital pun doktor tak buat pe... Kengkadang ubat pun tak bagi sebab bila tanya kat student tue ubat dah ada. Nape tak makan ubat kalau dah tau sakit. Jawapannya tak nak bergantung pada ubat sebab ubat tue dadah. Hello kalau tak nak ubat nape pergi sepital compem ubat gak doktor bagi. Adeh... sian kat aku dengan berat 39 kg nie kena mengusung 40 or 50 kg atau lebih lagi. Mau tak pengkor esoknya....

Aku berharap sangat yang korang ambil sarapan dan jaga pemakanan ye...Tak terlambat rasanya nak ubah gaya hidup yang lebih sihat nie. Untuk kebaikan korang gak.... Kang bila ada orang tanya petua kejayaan. Senang la korang nak jawab karang... AMBIL SARAPAN PAGI. Kehkehkeh

Adios Amigos


Tiada ulasan: