Selasa, 27 November 2012

Kita Mudah Lupa

Salam sejahtera,

Pray For Palastine Pray, For All Muslim.

Ya Allah, sejahterakanlah saudaraku di Palestine... Bantulah saudaraku di Rohingya... Berikanlah keamanan saudaraku di Syiria... Satukanlah kami-kami muslim semua, agar tidak mudah ditindas. Demi kesyumulan agamaMu dimuka bumi ini...Jagalah hati-hati kami agar sentiasa terdorong untuk memperingatiMu, agar kami jauh dari azab siksaanMu.

Amin Ya rabbal Alamin...

**********************************************************
Ermm-Ermm... Kita mulakan entry dengan berdoa. Mudahan setiap sesiapa yang membacanya secara automatik ikut sama berdoa.

Kita Mudah Lupa... betul tak? Mungkin bukan untuk semua orang tapi segelintir orang terutamanya Cek Ya. Contohnya sekarang isu Palestine... Semua orang tak kirala duk ceruk mana sekali pun, mesti akan bercakap isu kemanusiaan di Palastine. Semua orang duk nak boikot... Bila dah dengar berita genjatan senjata kat sana lama kelamaan cerita tentang Palastine mula pudar. Walhal isu nie takkan pernah habis kerana sifat bangsa Yahudi itu sendiri yang tak pernah puas. Yang dulu kita boikot pun kita kembali lupa kot cara-cara nak boilot tu macam mana. Ya!!! Cek Ya akui termasuk Cek Ya sendiri.....

Perasan tak kita akan isu di Rohingya juga masih melarat. Hakikatnya, satu ketika dulu isu ini la duk kita canang. Tapi apa kan daya, Kita Mudah Lupa... Pergolakan di Syiria kini berulang atau sebenarnya ia tak pernah habis. Kerana kita lupa kuasa yang ada tak kekal lama.

Kita selalu lupa akan segala hal... Dari sebesar perkara hingga sekecil-kecilnya. Memang benar kata Dr M, tapi bukan setakat Melayu tapi itu lah sifat umat manusia. Justeru itu Allah turunkan rasul-rasul dan nabi-nabi sebagai pesuruhnya. Allah turunkan Al-Quran jadi pedoman umat akhir zaman.

Untungnya kita, ada peringatan tatkala kita lupa. Suami ada isteri untuk sentiasa disisi saling ingat mengingati, adanya saudara, sahabat serta masyarakat yang sentiasa berfungsi sebagai pelengkap dalam kehidupan kita. Memang Kita Mudah Lupa tapi memang itu lah sifat kita. Kerana itu, Cek Ya perlu perlukan kamu-kamu semua sebagai teman, saudara, sahabat juga masyarakat untuk kita saling ingat mengingati.

Jadi marilah sama-sama kita ingat mengingati kerana Kita Mudah Lupa... Tak kira macam mana sekali pun. termasuklah taip entry macam Cek Ya nie. Walaupun kadang-kadang nampak macam dah tak ada idea nak taip apa. Sekurang-kurangnya bermanfaat untuk orang lain.

Nota untuk suami

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-2. In Shaa Allah ikatan ini akan bersimpul hingga ke Jannah. Dikurniakan zuriat soleh dan solehah... Di murahkan rezeki serta bahagian selamanya.

Love U Sayang.


4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

singgah dan follow sini...salam kenal tuan rumah

Jay Ar berkata...

Terima kasih krn hinggap di blog saya. Tak sangka nama blog kita hampir sama...kebetulan kan? Apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan ke-2, semoga kekal aman bahagia...

nik ros berkata...

pray untuk semua umat islam :)

happy anniversary yea.moga bahagia bersama suami :)

nik ros berkata...

bila nak update entry..lama dah entry ni..hehe