Salam sejahtera,Masih dalam mood raya, tetiba jerk teringin mkn rendang, ketupat, lemang, kuah kacang dan seantero yang senonim dgn hari raya. Tak pe hari jumaat nie Cek Ya repeat lagi juadah raya. Dalam otak nie dah set bahan-bahannya.Opss, cakap pasal hari raya Cek Ya teringat pulak satu kisah masa Cek Ya beraya kat rumah saudara di Klang. Dia nie peniaga makanan, masa beraya hari tu kebetulan dah sampai masa makan tengahari (pandai betul bujet masa ye Cek Ya). Kalau dah nama tukang masak teror tu lauk campak-campak pun sodap. Ke memang perut nie dah lapar? Conpius pulak....
Haisshhh bukan tu topiknya tapi pasal SIKAP... Bukan sesaje nak puji sebab bagi makan free tau. Cek Ya puji sikap dia yang sangat pentingkan kebersihan, kepuasan pelanggan dan penjagaan alam sekitar. Point yang paling penting penjagaan alam sekitar. Selalunya perkara nie di abaikan aje janji dapat untong.
Sebab apa beria Cek Ya puji??? Statement niela, masa dia berkomunikasi dgn pelanggan....
"Saya tak guna bekas polisterin, polisterin nie ambil masa yang sangat lama nak reput''.
Wah 1st time Cek Ya dengar seorang peniaga cakap macam nie bila pelanggan dia request bekas polisterin. Cair terus Cek Ya dengar, bangga bila ada lagi yang prihatin akan kebersihan alam sekitar nie.
Caya la Acik..... sivik betul dia..
Sesaje nak upload gambar nie, satu-satunya gambar raya kami.
rindu kat budak kecik nie
SELAMAT BERHARI RAYA
Ulasan