Selasa, 14 Ogos 2012

Sehari Di Pengkalan Hulu

Salam sejahtera,

Entry ini tiada kaitan hari raya okey... Walau beberapa hari lagi nak raya dah.


Sebelum menjelang bulan pose nie, Cek Ya dengan rela hati menawarkan diri menjadi driver my ayah  ke Pengkalan Hulu. Sebelum ni, pernah gak pergi sampai daerah paling utara kat Perak nie. Tapi dengan bas la, nie pun bila Cek Ya kena pergi kursus induksi kat Chalet Kolam Air Panas Pengkalan Hulu. Masa nie, Cek Ya masih lagi bertugas di Kuala Kangsar. Jadi perjalanan dari Kuala kangsar Ke Pengkalan Hulu ambil masa 2 jam. Ehmmm...Tak la terasa sangat lagi-lagi de driver kehkehkeh...

Tapi kali nie, berbeza sikit. Sebab perjalanannya lagi jauh, bermula di Teluk Intan. Daerah paling hilir dalam negeri Perak. Wahhh!!!... cuba kira brapa lama masa perjalanan yang Cek Ya ambil. Bermula dari Teluk Intan 6.30 pagi dan sampai di Felda Nenering, Pengkalan Hulu 11.00 pagi. Ni termasuk berenti rehat semua la.
(kira sendirila)

Apa motipnya sampai ke Felda Nenering ni? Menghadiri majlis walimatulurus anak sepupu ayah merangkap dua pupu Cek Ya. Fuhhhh!!! + ayah nak shopping kat sini. Erkkk... boleh pulak ayah nie, tapi kira okla sebab barang kat sini agak murah. Sebabnya Pengkalan Hulu nie bersempadan dengan Thailand. Terlajak sikit dalam setengah jam sampai la kat Baling Kedah. (Ayah request shopping kat sini). Tak kisahla demimu ayah..

Sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh nak merewang kat sini. Dalam perjalanan ke daerah ni boleh la singgah kat sini.
Tasik Raban.
Kalau-kalau nak cari ikan air tawar, pekasam ke
sambil tue boleh tengok pemandangan yang indah..

Museum Arkeologi Lenggong
Kenal-kenal sejarah sikit... Perak ni kaya kazanah tau.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat daerah nie, kalau nak tau lawat sini . Antara pengalaman yang Cek Ya tak boleh lupa, bila lalu kat satu jambatan kat Felda Nenering. Selalunya kita nampak air terjun kat tepi jambatan tu atau di celah-celah batuan bukit. Tapi kali ni air terjun tu bawah jambatan. So scary... sangat curam. Teruji skill memandu Cek Ya, bila pandang ayah duk sebelah steady jer. Tapi yang kelakar... bila tengok kaki ayah macam dah kejang nak tekan break... Kahkahkah.

Line fon pulak tak de liputan, jalan pulak jarang-jarang orang lalu. Wahhhh!!! bayangkan kalau tetiba abis minyak kat cni, jenuh ooo. Ceruk banat Felda nie, nak ke Betung Thailand lagi dekat dari nak pergi pekan Pengkalan Hulu. Fuh!! @~@

Jom layanz gambar gedik
 Nie Mantin gak Ke??

Canteknya mantin

Selamat Pengantin Baru. 

Ala~la~la ibal pun nak jugak erk
 
Atis prektis ye... 
Me & my lil sist's
Jelani Family's (amacam same x muka kita org)

Nota Kechik : Sorry kalau terbanyak gambar Cek Ya, mestila owner this blog.


 Sekian.....

2 ulasan:

Mr. Doctor berkata...

lah.. pengkalan hulu ka? awat x lajak terus ke baling.. mai singgah rumah mai.. huhu.. selamat hari raya =)

Siti Saleha berkata...

cek ya lajak g baling la... Shopping kat sane. Selamat hari raya