Selasa, 10 Julai 2012

Baju Raya lagi!!!

Salam Sejahtera,

Semalam Cek Ya cotiiiii lagi, for this month dah 2 hari so so so. Sesekali cuti pesalahnyakan sebab cotiiiiii Cek Ya de lagi 20 hari. Manyaknyaaaaaaaaaa...

Ekcely tahun lepas punya bawa thn nie, tu yang nampak byk kehkehkeh... Mesti korang tertanya-tanyakan cotiiii wat pe kan. Sebenarnya hari sabtu lepas Cek Ya balik kampung Teluk Intan.
 Dah lame beno rasanya tak jejakkan kaki kat bumi Teluk Intan. (Baru sebulan kot)

Almaklumlah sedara mara ramai so kena pergi kenduri kendara... Kali ni hujung negeri Perak Cek Ya terjah.
Pengkalan Hulu....
Terasa jauh betul naik bukit n turun bukit, tapi untuk citer tu Cek Ya citer dalam entry akan datang. Tunnnnnnngggggggggguuuuuu.

Bila dah ambik cuti semalam cadangnya nak balik Banting dari Teluk Intan semalam, tapi my bucuk ada kursus kat Melaka la plak terpaksala balik Banting malam ahad tu. Tetiba terpikir la idea untuk jalan-jalan sekitar Klang. Nak g sensorang x best lak, nasib la ibu mertuaku yang gorgesss tu cotiiii so merendek la dengan dia. memang sporting abis la ibuku nie.

Destinasi pertama adalah NAGOYA, rambang mata sampai nak terkeluar biji mata tengok tektile yang comei2 mulus2 nie. Huwaaaaaaa!!!!!!!!! kempen jimat cermat yang baru Cek Ya lancarkan termusnah jua. Sepasang lagi koleksi baju Cek Ya, penangan Ombak Rindu yang semakin menbadai. Bukan Cek Ya aje ibu pun same rupanya.... Nasib ibu tukang jahit yang hebat jimat sikit duit menantumu ini. Pandai ibu pujuk kita yerrrr....

Ni la kain Ombak Rindu, pinjam gambo ye... nak tungguk Cek Ya punya, x leh la kang x suprise la buat raya.

Seterusnya kite orang gerak ke GM Klang, sape yang tak tau GM ni tempat apa?? Tempat menghabis duit la. Kat sini sekali lagi poket sebelah seluar Cek Ya rabak, palazo yang comei menggoda-goda Cek Ya. Brooch yang comei2 melambai-lambai Cek Ya, nak aku 12 biji terus Cek Ya sentap.
 GM ni kalau beli secara borong lagi murah. Rupa-rupanya gelora dalam jiwa Cek Ya ni pun membadai kat ibu gak.
Kehkehkeh
Kaki shopping rupanya menantu n mertua nie. 2 jam baru 2 bangunan yang kiteorang jelajah kalau nak ikutkan semua nak masuk....

Nak tengok mau x terbeliak biji mata nengoknya

Keluar je dari GM dah pukul 2.30 ptg rupanya, nasib la dah planning dah gie tengo baby kat Teluk Gong kalau tak penuh kete Cek Ya.

Sehari dating dengan ibu memang rasa tak cukup, nasib la my bucuk dapat isteri dengan mak yg sekepala. Pukul 6.30 baru Cek Ya sampai rumah. Bila cek balik dah 10 pasang baju. Semua masih dalam bentuk kain, 2 dah gie tempah dgn tailor untuk buat baju kurung moden, 4 pasang ibu yang buat dan lagi 4 pasang tunggu lps raya la ye....


P/s: Wah tension rupanya shopping ni lagi tension bila duit dah nipis. Padan muka Cek Ya....Nah rasakan

2 ulasan:

Anis berkata...

baju raya kami bju nikah thn lepas... elok lagi br pkai sekali... eheheh

Siti Saleha berkata...

Hehehe bgs2 jimat. Ni pn x de klu bkn org yg bgi. Boleh wat keje skali kehkehkeh