Khamis, 31 Mei 2012

Gedekkkk...Gedekkk..Gedekkk

Salam sejahtera,

Ton...Ton...!!! ketepi-ketepi Cek Ya nak lalu. Stereng dan habis pusing ni tapi nape tak gerak-gerak kereta ni. Stop!!! nak isi minyak dulu ni. "Adik nak tumpang naik tak" Cek Ya pelawa Ain naik kereta Cek Ya yang memanjang tu. Ain pun duduk belakang Cek Ya sambil badan bergoyang kekiri dan kanan. Cek Ya pulak pusing-pusing stering.

Gedek...Gedek... Gerek... bunyi kereta Cek Ya. Pelik sikit kan bunyinya, tengah seronok-seronok layan lap tetiba datang polis trafik tahan Cek Ya. " Ha, Kakak dah tak de keje lain ke?". Polis trafik tu sambil cekak tangan kat pinggang. " Rosak la mesin jahit emak macam nie". Tangan mak dah siap pengang rotan.Baru Cek Ya kembali kedunia nyata, rupa-rupanya kereta yang Cek Ya bawa dengan ain hanyala mesin jahit manual mak saja.

Hahahaha.... Sape penah buat macam Cek Ya baik ngaku cepat. Berdasarkan pengalaman ditambah faktor luaran Cek Ya buat keputusan untuk beli mesin jahit elektrik sahaja. Tak perlu de roda dan tapak kaki yang kena jongkang-jongking untuk gerakkan rodanya.Takut nanti peristiwa lama berulang kembali. Semestinya mungkin macam pepatah melayu ni. " Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Cek Ya agak berminat menjahit ni. Setakat baju kurung johor boleh la buat sendiri. Cuma malas banyak je, di sebabkan dah berhabis duit hampir 700 ringgit Malaysia. Rugi je kalau tak digunakan, untuk percubaan pertama adalah langsir raya MAK. Maap mak kalau tak cantik, untuk langsir jahit lurus InsyaALLAH boleh.
Sebenarnya Cek Ya lagi berminat dengan mesin jahit manual jimat elektrik sebenarnyakan.  Biasala da terbiasa dengan Green Education la katakan. Dengan keazaman yang menbara Cek Ya akan memulakan misi menjahit dan membuat kuih. Opss da terjanji dengan suami nak buat kuih raya sendiri kalau dah beli oven.
Nie macam mesin jahit mak je (Ehsan Mudah.my

Nie la Mesin Jahit Cek Ya
 P/S : Sob sob nak pinjam gajet terbaru encik suami tapi ble tak... bolehla ye sayang

Tiada ulasan: