Selasa, 17 Januari 2012

SyUkUr MAsiH BeRnaFas

Salam Sejahtera,

Cek nak mulakan entry kali ini dengan nak maklumkan yang Cek nak guna nama Cek Ya sebagai kata ganti diri yang pertama. Sebabnya????.... lebih mesra kot. Kot iye la (suka-suka-suka).

Dah dua malam Cek Ya duk sesorang kat umah. En.Suami pergi JB buat survey untuk program tahun ini. Bosan tau... Puas Cek Ya guling-guling, pusing-pusing 360 darjah. fuhhhh!!! arghhhh. Kalau de en.suami boleh gak usik-usik, main PS3, cubit-cubit pipi ... Huh!!!

Cek Ya nak cerita pasal pengalaman malam tadi, mulanya macam nie... Ok gengs semua kalau nak membuang gie cepat-cepat Cek Ya nak sambung citer nie. Ermm... Cek Ya tengah kumpul kekuatan untuk mulakan cerita. 

Malam tue tanggal 16 Januari 2012 Cek Ya duk guling-guling atas tilam kat depan tv. Cek Ya dah terpandang sebakul baju yang belum dilipat, uh!!! Cek Ya mendengus, malasnya nak lipat. Cek Ya tak lipat pun cuma pandang jer bakul tue. Jam dah tunjuk pukul 10.00 malam, mata Cek Ya da mula kecik beso je saiznya. Tapi masih lagi semangat nak nak tengak citer 'Hawaii Five O 2' tapi rupa-rupanya Cek Ya tewas jua... huhhh!!! penat berusaha. 
Tiba-tiba Cek Ya tersedar sejam lepas tue, tapi mata Cek Ya macam digam tak boleh nak buka berat je rasanya. Cek Ya teringat belum menunaikan solat isyak lagi tapi mata nie still terpejam. Cek Ya kalah dengan hasutan syaitan. Tiba-tiba pukul 12.00 tghmalam Cek Ya terjaga lagi. Kali ini Cek Ya terjaga dengan terkejut sangat dan rasa berdebar debar dan teringat lagi solat isyak yang belum ditunaikan. Cek Ya kuatkan semangat untuk solat Isyak. Masa nak angkat takbir Cek Ya rasa macam tak kusyuk. Cek Ya batalkan solat tu dan terus iqamat... Sebab Cek Ya teringat cara ini sangat dituntut dan akan lebih khusyuk sebab syaitan lari jauh bila dengar azan.

Usai je salam kedua Cek Ya pajatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana DIA mengirimkan kesedaran dan kekuatan untuk Cek Ya bangun solat. Hati Cek Ya rasa tenang aja dan boleh tidur dengan tenang dan tidak terjaga secara terkejut. Cek Ya terfikir, kalaulah Cek Ya tak sempat solat isyak dan Allah terus cabut nyawa Cek Ya macam manala. Saat tue Cek Ya teringat status sorang kawam FB ' Allah mencabut nyawa seseorang itu bila dia sampai ke kemuncak' Cek Ya terfikir adakah Allah swt akan tarik nyawa Cek Ya pada kemuncak Kekufuran atau keimanan.....

Itu jela pengalaman Cek Ya.... mesti ada yang terfikir Cek Ya nak citer hantukan. hehehe... hantu pun mahluk Allah gak. Cek Ya tak pernah pertikaikan kewujudannya cuma masyarakat kita lebih mengagungkan kisahnya. Biarlah dia dengan alamnya. Kita dengan alam kita....
Gambar hiasan
p/s: De gak pengalaman Cek Ya dengan mahluk alam ghaib nie tapi biar la jadi lipatan sejarah kerana Cek Ya lebih suka bercerita akan Keagongan dan Kecantikan Allah.



Tiada ulasan: