Selasa, 13 Disember 2011

TIPS SHOPPING

Salam sejahtera semua...

Untuk entry kali ini saya nak kongsi tips shopping kepada semua sahabat-sahabat saya. Sebenarnya saya terfikir nak tulis entry kali ini semasa sedang shopping. Oppss... hahaha sempat gak berfikir pasal blogkan. 

Okla ini dia:-
  • Sebaik-baiknya jangan shopping semasa perut lapar. Sebabnya, bila kita lapar ia boleh mendorong nafsu untuk mendapatkan sesuatu dengan gelojoh dan tidak terkawal. Sebaik-baiknya makan dulu dan barula shopping.... Kalau tak caya cubala tips ini. 
  • Sediakan list barang keperluan, bolehla kita buat anggaran berapa peruntukan yang diperlukan dan tak la terover bujet. Yang penting sekali tak terbeli barang yang tidak diperlukan.Ia mengelakkan kita membeli barang secara runcitkan dan selalulah menziarahi pasarayakan membazir minyak namanya.
  • Beli semasa sale, selalunya dihujung tahun mesti ada YES (year and sale). Masa ini memang berlambak-lambak shopping kompleks yang buat sale dan ada kalanya sampai 70%, berbaloikan. Barang yang harga asalnya RM100.00 boleh dapat RM30.00.
  • Beli barang yang tahan lama. Mungkin harganya agak tinggi sedikit tetapi agak berbaloi. Bayangkan kasut yang berharga RM200.00 boleh tahan selama satu tahun berbanding kasut yang berharga RM30.00 tetapi rosak dalam masa sebulan pakai, lagi rugi bukan. Untuk yang mampu ia sangat digalakkan, takkan la setiap bulan nak beli kasut baru. (Kalau nak beli barangan yang agak tinggi harganya ia belila masa YES).
  • Suai padan, saya suka beli pakaian yang mudah untuk disuai padankan. Kalau dah bosan dengan sesuatu gaya, saya boleh suai padankan ia dengan pakaian lain. 
  • Kerap tengok promosi, kebiasaannya pasaraya seperti TESCO dan GIANT selalu buat promosi barangan. Jadi rajin-rajin la belek majalah ataupun surat khabar, rasanya bagi mereka yang kerap menggunakan internet bolehla search. Mudah bukan semua dihujung jari. 
  • Beli melalui online, bagi yang sibuk idea ini mungkin boleh diguna pakai. Selain menjimatkan masa malah dapat menjimatkan duit poket kita . Kerana, tak la rambang mata terbeli barangan lain masa shopping kat pasaraya. Tetapi pastikanla barangan yang anda beli tue daripada website yang dipercayai mengelakkan daripada tertipu. (Elakkan daripada menipu juga... banyak rungutan daripada usahawan online ini yang mereka sering ditipu dengan customer tidak membayar barangan yang dipesan).
  • Shopping bersendirian, mungkin boleh diguna pakai sebab selalunya kita cepat terpengaruh daripada pujian rakan-rakan dan hasilnya membeli benda yang tidak sepatutnya.
  • Elakkan menbawa kad kredit. Dengan satu leretan sahaja kita boleh mendapatkan apa sahaja tetapi kesannya masa bil datang la. Semput nak membayar.... Lebih baik guna debit card lebih mudah kerana sudah tentu duit kita dalam bank tue bukan hutang macam kad kredit. Kalau saya lebih suka guna cash sebab boleh anggarkan keperluan dan kalau terlebih boleh letakkan balik sebab bawa duit cukup-cukup aje. Tetapi agak bahawa dan leceh dengan membawa beg dompet yang tebal. (Dah serik dengan kad kredit).
  • Letak kereta jauh-jauh. Selain boleh exercise kaki ia juga mampu membuatkan kita terfikir dua kali untuk membawa bebanan yang berat.Hahaha saya dah prektis dan hasilnya berjaya... 

  • Bandingkan harga, cer tengok-tengok barangan daripada jenama berlainan berapa harganya? Kita boleh mendapatkan barang yang sama dengan kualiti yang sama atau lebih baik tetapi harga yang lebih rendah. Tak semestinya jenama  menjamin kualiti. 
  • Bawa anak kecil, anak kecil boleh menjadi siren kepada kita... Mana taknya bila dah terlalu lama di shopping komplek tu mestila anak kecil tak selesa dan menangis. Jadi faham-faham la kita dah lama kat situ dan tak reti nak balik ke.
  • Jangan buang resit pembayaran. Ini kerana bolehla kita kira semula berapa banyak duit yang habis dibelanjakan supaya boleh beringat dimasa akan datang.
Inilah antara tips yang dapat saya kongsi, mungkin kalau ada sesiapa yang nak bertukar pendapat pun boleh. Mana yang agak boleh digunakan pakai bolehla diambil dan dijadikan panduan.. Selamat ber Shopping.............

Nota kecik : Terima kasih kepada en.suami dia selalu jadi siren saya.

1 ulasan:

Nonton Online Gratis berkata...

terima kasih tipsnya