Selasa, 17 Mei 2011

Kerjaya = Penyelia Asrama

Sekarang dah masuk 2 tahun memegang jawatan sbg penyelia asrama. Yang nyatanya sangat lari daripada cost yang diambil masa belajar dulu.



Nie kerja-kerja yang pernah saya berjaya jawat sebelum jd penyelia asrama



1. Cikgu tadika/ Ustazah/ Guru Tuisyen/ pengasuh

2. Kerani di NGO

3. Percasing Officer (btl ke ejaanya)

4. Technical Assistant (nie jela yg betul2 relate dgn cost time balajar dlu)

(Ops lupe lak sblm jd cikgu dlu jd operator pengeluaran)



        Diploma Kejuruteraan Awam = Penyelia Asrama ???(ble la tgk keadaan bangunan senget ke x)



Pe pun sangat bersyukur sbb nila rezeki halal aku, walaupun membanting tulang 4 kerat (poyo jer). Jawatan ni lebih banyak bab pengurusan daripada bangunan, iventori, kawasan, makanan hinggala pelajar. Komitmen 100% sangat perlu lagi2 time pelajar baru masuk nie. Suasana disekolah dan kolej lain tp sama2 penting masing2 ada pro n kontra. De yang kata keje kt kolej ringan sbb x jg dewan makan n x pening wat akaun asrama. Tapi banyangkan kalau 3000 org pelajar perlu di uruskan (nsb depa da pandai urus diri sendiri).



Beza antara tugas penyelia asrama di kolej dan sekolah



kolej



1. Jumlah aset banyak, tilam, katil, bantal, almari, meja kerusi sume untuk 3000 org (cth: KMS). Untuk bilik-bilik khas.

2. Bila bangunan banyak so penyelenggaraan pun banyak (ble dkatakan hari2 de aduan)

3. Karenah pelajar pun macam2

4. Pemantauan kebersihan bangunan, kawasan. (area besar) 5 blok, 4 aras/blok.

5. Pelajar yang sakit pun agak ramai (x muat kete nk bw. Sbb kenderaan kolej x de so penyelia asram kena hantar).

6. Banyak kefe nk pantau kualiti makanan, kebersihan, layanan (cth:KMS de 3 Kafetaria di asrama dgn 6 pengusaha)

7. Pi tgk pelajar yang ponteng kelas, cari dlm bilik.

8. Dan lain2



Sekolah



1. Buat akaun asrama (aku x pnh buat dlu kt sekolah lama Kak Milah yg tolong, aku wat penyelenggaraan pemantauan asrama dan dewan makan) Tq Kak Milah.

2. Pemantauan dewan makan, timbang bahan, cek bahan, cek kualiti makanan, cukup ke idak.

3. Sekolah guna konsep dorm so skit bilik nk tgk

4. Aset pun sikit

5. Penyelenggaraan sama je mcm kolej tp mungkin kuantitinya kecil skitla.

6. Pelajar sakit x sbanyak kolej

7. Cuti sekolah panjang sikit senang nk wat keje.





Antara kerja yang perlu di bila student baru nak masuk kolej



1. Cek , sediakan dan pastikan kunci boleh berfungsi . Kunci bilik, loker dan drawer. (3000 x 3= 9000)

2. Buat penyelenggaraan (byk beno yg rosak)

3. Peralatan mencukupi

4. Penyediaan tempat untuk proses penyerahan kunci

5. menyediakan dokumen untuk pendaftaran pelajar baru. Dengan mengepilkan borang-borang yang perlu

6. Memastikan bilik boleh digunakan

7. Mengagihkan bantal (Kolej baru so kena la buat)

8. Penampalan aset

9. Tamapal kew Pa 7

10. Tampal peraturan bilik (750 bilik)

11.Bersedia mental dan fizikal tuk melayan karenah pelajar + ibubapa pelajar.



Tenaga Kerja Yang Ada



1. 3 org penyelia asrama N17

2. 2 org Pembantu Am Pejabat N1

3. Hani Nurshahidah (Pembantu Makmal yg baik hati)

4. Nor Azianti (Penbatu HEP yg rajin)

5. Ahmad Zaki (PAP  dewan kuliah yg bersemangat)

6. Ismail bin Ya (PAP Makmal Biologi yang de klas)

7. Hasliza (Khidmat Pelanggan yang comei)



Yang berwarna merah adalah orang-orang yang suka membantu unit kolej kediaman (terima kasih ye)



Nie la tempat saya bertugas






Pemandangan dari flight MAS



ZZZZZZOOOOOOMMMM LAGI BESAR






Bangunan asrama lelaki
Nie la Koej Kediaman



Tak kira pe pun kerjaya andas sayangilah ia



Disini saya bermula

4 ulasan:

Erin Azizan berkata...

salam akak, saya bru ja jumpa blog akak ni..act saya ada interview isnin ni jawatan penyelia asrama jugk laa.. fuhh tak berapa tau skop keja macam mana mujor jumpa blog akak ada jgk la input yg buleh saya collect =)

Siti Saleha berkata...

wah yeke... cayok2, yg penting kne tau pengetahuan am. sbb nanti dia akan tanya pasal tu jew n sikit-sikit pasal keje kita.

Tanpa Nama berkata...

pengetahuan am tu ape dia? ce kongsi ckit...

Siti Saleha berkata...

Pengetahuan am mengenai isu semasa.... contohnya masa saya interview dulu pasal. Pasal hendraf, ekonomi, sukan, politik.... kne tau gak pasal kementerian yg kita nk interview tu.