Selasa, 17 Oktober 2017

Hatyai

Dah lama tak menulis kat blog picisan. Bila ada kawan-kawan yang tanya, baru aku teringat blog aku ni. Nasib ada kawan yang suka mengingati, tu pentingnya kawan ye dak. Ada kawan request nak aku kongsikan pengalaman bercuti ke Hatyai baru-baru ni. Bangus gak kan, mungkin boleh jadi panduan kat sesape yang berhajat nak berkunjung ke Selatan Thailand.

Setelah di timbang berkati-kati dan berbekalkan pengalaman suami ke negara jiran tu berkali-kali, aku malas nak pikir. Setuju jer la, tapi bersyarat... Aku tak nak drive. Pergi isi minyak kat pam minyak pun aku malas, ni kan pula harus menyeberang perbatasan negara. Seeloknya bergilirlah memandu, mana yang mengantuk boleh lepaskan lelah sebentar. Kalau semua mengantuk singgah RnR tidur.

Kami memilih untuk menaiki kereta, bermula dari Banting singgah Teluk Intan sebab ambik ayah aku. Lebuh kurang pukul 12.00 tghmalam kitaorang meneruskan pemanduan ke Bukit Kayu Hitam. Perlu sampai sempadan sebelum pukul 7 pagi. Boleh la santai-santai bawa kereta, singgah RnR berkali-kali minum. makan, kencing berak, tidur sekejab. Akhirnya sampai Changlun pukul 5.30 pagi, awal benor kan. Tak pe sebab niat nak santai-santaikan. Perlu buat insuran kenderaan ye sebelum bawa masuk kenderaan ke Thailand. Kedai yang buat insuran nie pukul 6.30 pg aku sampai dah buka, kejab je siapnya. Yang harunya bila masa nak berbaris cop pasport kat imegresen Thailand. Harusnya park kereta dulu lepas tu berbaris bersama lautan manusia, berbeza dari sistem sebelum ni, yang mane semua aktiviti pemeriksaan Imegresen hanya dari kereta. Sistem baru katanya, 5 jam berbaris. Aku sarankan pergila waktu bukan cuti sekolah, hari jumaat dan hari cuti panjang. Kalau tak nak jadi mangsa macam kita orang nie. Kekonon nak sarapan pagi lepas memasuki  pintu sempadan, sudahnya jadi makan tengahari. Kesian ayah aku, selaku warga emas nak berdiri berbaris bersesak-sesak. Tapi aku bangga sebab dia gagah perkasa, anak dia je yang da lembik ketar lutut.

Pintu Masuk Thailand (Thai Imegresen)

Perjalanan dari pintu sempadan Malaysia-Thailand ke Hatyai hanya memakan masa 1 jam (mengikut kelajuan memandu), tu pun suami aku bawa 80 km/j. Sebelum melintasi sempadan,  isi minyak penuh-penuh. Jadi kat Hatyai tak perlulah isi minyak lagi. Lagi pun minyak di Thailand lebih mahal dari Malaysia. Kitaorang guna waze jer untuk sampai ke Bandar Hatyai, dibawanya ikut ceruk-ceruk dapur rumah orang, tempuh pasar pagi. Geram je dengan waze nie rasa kecik beso kecik beso je ku tengak handphone tu. Akhirnya selamat gak sampai Hatyai, suami aku suka guna konsep redah je. Jadi redah jela mana-mana hotel yang kosong, memang tak de yang kosongla pergi masa cuti panjang. Pelik gak Malaysia yang cuti panjang Hatyai pulak yang sesak. 

Finally de gak bilik hotel yang kosong, bilik double sebenarnya tapi tambah bed untuk ayah aku. Lee Garden Plaza Hotel memang port pelancong terutama dari Malaysia. Menariknya hotel ni bersambung dengan shopping kompleks berhadapan dengan shopping kompleks dan dikelinggi oleh shopping shop serta bertaburan gerai-gerai makan. Memang orang Malaysia suka la kan termasuk yang tengah menaip ni. Boleh bayangkan tak berapa banyak bintang berlegar2 depan mata aku. 



Sepanjang 3 hari di Hatyai kereta kitaorang rehatkan kat parking hotel. Naik tut-tut jer kat mana-mana, menariknya tut-tut nie korang boleh tawar-tawar harga. Mula-mula seram lama-lama geram pulak.  


Tut tut berhadapan hotel diseberangya shopping kompleks.. Heaven tak cik kak

Best takkk... Clear pemandangan dari belakang tut tut 

Kalau ke Hatyai pastikan korang pergi Floating market, bila lagi nak rasa pasar malam dalam perahu. Aku suka konsep perniagaan kat sini. Beli makanan pastu duduk makan kalau lapar jalan-jalan lagi pastu duduk makan sampai terburai perut pun tak pe.  Aku tak tau ni sungai or tasik sebab airnya sangat tenang tak de aliran pun. Tapi sangat bersih, sebelum sampai ke tempat ni kena jalan kaki dalam 300 meter, sepanjang jalan tu pun dah ada yang berniaga makanan, pakaian, cenderamata dan macam2 lagi. Kalau bekenan beli la boleh buat ole-ole. Bekas air minuman pun unik lepas minum boleh bawa balik bekasnya. Aku nak bawa balik bekas buluh tu, ayah aku gelakkan dia kata. kalau ko nak 10 ayah boleh buatkan kat rumah. It ok ayah... kakak tak jadi bawa balik. Tunggu-tunggu gak tak buatkan pun sampai sekarang. 


floating Market

menantu dengan pak mertua kalau makan memang tak ingat bini dengan anak dia pergi mana


aku sarankan korang pergi awal bagi mengelakkan kesesakan.

Foating market ni buka hanya hari jumaat-ahad pukul 3 ptg - 10 malam (waktu tempatan) jangan datang hari khamis pulak. Nak ke sini naik tut tut lagi senang, kita kan pelancong huhuhu. Menu pulak, juadah thailand.. Boleh la diterima tekak sebab de unsur-unsur Kelantan sikit. 


Asean Night Bazaar nie pun antara destinasi wajib ye, sebab aku memang niat nak shopping baju dan cadar. Shop lot bawah penuh dengan peniaga pakaianan, kasut, mainan budak-budak. Pastikan duit korang cukup ye. Suami aku kata dulu masa duit kita lagi besar deme nak je terima duit kita sekarang ni sila tukar duit siap-siap ye. Masa aku pergi ni 1000 baht sama dengan RM120. Dapat la rembat 3 set cadar beserta selimut dengan harga RM150. Mana nak dapat kat Malaysia nak oiii. 1 set jer Rm100++ kot. Baju blouse kena pandai pilih kedai la sebab ada tu yang aku rasa lepas di convertkan ke duit ringgit sama je harganya. Bahagian lot atas pulak jual makanan-makanan dan adala sikit-sikit lain-lain barang. Aku hangkut semua hasil rembatan naik tut tut jer, bangga giler rasanya. Suami dan ayah aku seperti biasa jeling je.

Kalau berjalan tak sah kalau tak cari tempat makan best. Selain floating Market ada beberapa kedai yang jadi kegemaran aku, :-

       1. Kai Tod Decha - 

Mula-mula aku sampai kedai ni, terus senyum. Sebab kedai memang pe Local customer boleh aku kira, tp mostly Malaysian. Lokasinya tak jauh dari hotel, just bg tau driver tut tut je. Dia da tau sebab restoren ni memang kegemaran rakyat Malaysia. Sampai je menu tunas rasa aku meletup-letup, rasa nak nangis lain sangat dengan tomyam yang pernah aku makan kat Malaysia. Sambil makan sambil lap air mata. SEDAP SANGAT...... 2 malam berturut2 aku makan kat sini tau.


 

      2. Restoren Salma :-

 Aku cuma rasa menu pagi, tu pun lepas jalan-jalan area hotel. Aku sukabubur dia. memang power. Yang2 tu biasa je. Ayah aku suka kari hijau dia.


bubur pun sedap

       
            3. Norlaila Tom  
Dua kali gak aku makan tengahari kat sini, sebelum kuar sempadan   isi perut kat sini. Kalau datang sini jangan lupa kerabu soon... Terangkat beb

Ulam pucuk petai kau... mane nak dapat

Dua orang lelaki ni lupa seorang pempuan depan mereka
Memang banyak kedai makanan halal kat wilayah selatan Thailand nie, so jangan risau sangat la siap nak bawa berpeti-peti makanankan. Kalau tak darurat sangat tak kedai semua tutup cari la seafood kan. Setakat 3 hari ni je la kedai yang boleh aku terjahkan...

Kalau korang baru berjinak-jinak untuk mengenali Hatyai, aku sarankan menginap saja kat Lee Garden Plaza Hotel, kira macam 1 stop center gak la, dari tempat makan, shopping dan riadah semua korang boleh dapatkan kat sini tanpa perlu menaiki kenderaan.



Possing yang sama di Jakarta

Hanya berjalan di sekitar hotel saja aku boleh makan Pulut durian, pulut mangga, pulut ayam, seafood dan macam-macam lagi. Yang penting kosongkan perut penuhkan poket saja. Pasar malamnya sangat hapening bukan setakat local tapi penuh dengan pelancong. Udang galah goreng bersusun atas meja. Harganya bagi aku murah la kalau nk banding kat KL. Aku penah kena RM40 seekor udang galah saiz ibu jari aku di tahun 2006 dan hanya RM25 ringgit aku boleh makan udan galah saiz tapak tangan aku di tahun 2017. Ayah aku pun terbeliak gak bijik mata, tapi bukan sebab terliur dengan udang galah. Tapi geram tengok udang galah kat Hatyai lagi besar dari udang galah yang dia tangkap. Mungkin tergugat kredibiliti sebagai pemancing  tegar udang galah Sungai Perak. Bukat setakat udang galah segala jenis seafood pun korang boleh beli tau. Selain seafood makanan jalanan pun banyak. Manatau korang teringin nak cuba juadah cimilan Hatyai dipersilakan cuba. Aku? sekadar menjamu mata pun dah bagi 1000 kepuasan... Ermmm..

Bagi yang mencari cenderahati buat ole-ole berbasi-basi dengan rakan-rakan ofis dan kejiranan cari gerai-gerai sekitar hotel ini juga, aku sarankan di waktu pagi hingga tenghari. Sebab di waktu petang hingga malam gerai-gerai makanan pulak ambil alih tapak niaga tu. Ole-ole yang aku maksudkan macam Key chain, barangan kraf tangan dan macam-macam lagi. Kalau tak pun dekat kedai-kedai dalam mall hotel tu pun banyak. Kalau nak T shirt I love Hatyai kedai-kedao deret - deret hotel pun banyak. Pilih jer mane berkenan. Tak cukup duit, money changer pun hadooo.



Nak cari buah-buahan buat buah tangan, cari kat pasar pagi harga lebih murah dan banyak pilihan selain segar. Tak pun bawah Lee Garden Plaz Hotel kalau bernasib baik ade peniaga buah, harganya dapat lagi murah sebab mereka tanam sendiri dan pasarkan sendiri. Aku borong semua buah yang dia bawa, nenas madu, mangga, jambu. Senyum jer makcik tu, hari tu dia boleh balik awal.

Malas nak memandu? korang boleh naik keretapi or flight terus ke Hatyai. Tak pun parking kereta kat Bukit Kayu Hitam kat sana banyak van-van yang akan bawa korang masuk kerus ke Krabi atau ke Hatyai. Ape pun segala pilihan di tangan anda...

Eh, aku teringat pesanan makcik jual jambu tu. Sangat menghantui aku sampai sekarang.

" Selamat Kembali Ke Thailand" Hahahahaha

Saleha Ariffin