Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Bandung 2

Imej
Sebenarnya aku memendam satu hasrat, lepas berkali-kali ke Bandung tetap tak dapat ke Takuban Perahu. Ada jer halangan kekangan masa la dan yang paling selalu, tempat tu ditutup sebab aktiviti gunung berapinya aktif. Kalau yang berhajat nak kesini pastikan tempat nie jadi agenda utama. Kalau tak, confirm di tepis dakyah2 shoping korang yang tentu-tentu tak cukup masa tue. 1st time AA operasi kat KLIA2 masa nie, memang kelibut. Untuk memastikan hasrat terpendam aku tercapai dan tidur malam ku lena. Aku ambik flight malam, so kekdahnya pagi2 terus ke Takuban Perahu.Jarak perjalanan  20km dari Kota Bandung. Keadaan jalan pun tak sesak, Masa nie hari jumaat bukan hari untuk berlibur.  Sepanjang perjalanan ke Takuban Perahu jangan alihkan lensa mata anda untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan. Insaf sikit hari ni hari jumaat (masa kejadian). Dari riuh deruan motokar dan motosikal ke riuh kicauan burung. Semakin menuju ke puncak cuaca makin sejuk. Penduduk Bandung nie rajin

BALI

Imej
Hujung tahun 2016 kakak pulun berjalan sakan, bukan tanda kakak banyak duit. Tapi tanda kakak menikmati rezeki pemberian tuhan dengan menghayati keindahan ciptaan tuhan. Ha gitu, acah puitis tak hakak dan habang. Jelajah keunikan Pulau Seribu Pura (Kuil) masyarakat hindu Bali. Belajar mengenal keutuhan warisan kepercayaan dan kebudayaan yang tak tertelan dek kemajuan dan kepesatan pembangunan. Menikmti keindahan panorama keindahan dataran tanah tinggi hinggalah menyelusuri kazanah kejernihan pantai yang memukau. Semuanya ada di Bali... Wah dah macam duta Wisata Bali aku nie. Percutian aku kali nie agak singkat jadi jadual agak padat. Untuk memudahkan urusan sepanjang kat Bali so aku putuskan untuk ambik pemandu pelancong tanpa pakej. Maksudnya aktiviti ikut suka aku, Sewa kenderaan sepanjang 3 hari 2 malam dan upah untuk pemandu pelancong 1juta IDR. Antara sebab menginap di Kuta. Rock Cafe Bali, peminat Hard Rock jgn lupa pilih lokasi ni Untuk menikmati mala