Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Sabar

Salam sejahtera,  Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis blog yang dah semakin sepi... Tumpuan lebih terarah untuk menulis dan berkongsi di blog Cek Ya yang satu lagi. Kepada mereka yang ber TTC tue, dijemput ke sana.... Kalau yang tak  tue boleh, dialu-alukan... Ape tue TTC? Biarla yang mengalami dan menempuhi jer tau.  Diary hearty Saleha Tinggal lagi sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan semua... Seronok sangat, bagi Cek Ya la kan... Bulan Ramadhan nie lebih seronok berbanding bulan Syawal sebenarnya. Mudahan Allah swt mempertemukan kita dengan Ramadhan kali nie. Setiap kali solat, Cek Ya selalu minta pada Allah swt berikan Cek Ya kesabaran yang tinggi. Sabar dalam kemarahan, sabar dalam kesedihan, sabar dalam penantian dan sabar dalam ibadah. Dikala diuji hanya kesabaran dalam keimananlah yang menjadi benteng paling ampuh.  Banyakan istifar, meminta keampunan daripada Allah swt. Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw serta berzikir. Adakalanya meletus j

Soalan Paling Susah

Salam sejahtera,  Bersiaran di pagi selasa yang penuh kedamaian... Cek Ya selalu di tanya beberapa solah yang susuah betul jawapannya. Kalau ada pilihan jawapan objektifkan senang... Selalunya soalan nie ditanya waktu tertentu jer. Pagi, tengahari dan petang. Pe soalannya??  Pagi : Nak breakfirst kat mane? Tengahari : Nak lunch kat mane? Petang : Nak diner kat mane? Ayooo... susuh kot nak jawab... Selalunya jawapannya.  'Ermmm.... entahla' ataupun 'kat mulut'  Tapi kang ade yang sound ' Jangan cakap kat mulut '  Ok kali nie Cek Ya jawab ' Kat kedai'   hehehehehe.... Tapi ade soalan lagi susuah nak jawap Bila nak ada anak? Kalau de jual anak tu kat market Cek Ya dah beli dah. Hanya mampu berusaha dan tawakal selanjutnya urusan Allah.

Saya Telah Memilih

Imej
Salam sejahtera, Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab Che Ya untuk memilih... Siapa pilihan dihati? Tu rahsia la, kan undi adalah rahsia. Hehehe... Tapi yang pasti mestilah orang yang boleh diharapkan.  Selaku rakyat Malaysia, Che Ya sangat berharap supaya wakil yang dipilih tak kisahla kat Parlimen dan Dun dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan adil.... Kebajikan rakyat perlu diutamakan. Itu lah cara berterima kasih kepada rakyat yang mengundi anda semua... Dalam masa 5 tahun kami akan menilai anda dan menafsirkannya kembali dalam PRU14 nanti.  Kepada semua rakyat Malaysia, tahniah kerana anda sudah memilih. Samaada pilihan itu terpilih atau tidak sekurang-kurangnya salah satu tanggungjawab kita dah terlepas. Dan sekarang tanggungjawab mereka yang terpilih plak untuk memikul tugas tersebut. Jangan mengeluh, jangan mengungkit kerana itu pilihan kita....   Inai Biru (Selepas menbuang undi) Selepas beberapa jam