Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

MENJENGAH MUKABUKA

Salam sejahtera... Saya agak letih minggu nie ditambah line broadband yang slow... agak malas la nak menjengah alam siber nie. Hari nie saya curi masa sikit sebelum g lunch dengan kawan-kawan... sambil-sambil siapkan rancangan kerja tahun depan sempat gak jeling mukabuka dan singgahla menjengah kawan-kawan. (Kalau saya x komen x bermakna saya tak singgah tau). Macam2 berita saya dapat, yang sedih, gembira dan macam-macam lagila. Kepada yang baru mendapat baby tahniah diucapkan, saya pun tumpang gembira. Yang kehilangan tue, takziah... patah tumbuh hilang berganti kata pepatah lama. Semua tu dah tertulis di Loh Mahfus terima la dengan redha kerana ada hikmah disebaliknya.InsyaAllah yakin pada ALLAH S.W.T semua datang darinya... Okla nak g break dah nie da.... ~Salam~ P/s : Bosannya ramai kengkawan cuti, tapi saya still gembira ada lagi kengkawan lain . Fuh: Abg jom pizza mlm nie.... Bolehla ye

~JaNgAN!!~

Salam sejahtera semua, mesti pelik dengan tajuk ni kan hehehe, sebenarnya saya skang nie tgh alah dengan nasi (pelik je bunyinyakan). Dah dekat satu minggu nie pelik gak, makan nasi je mesti keluar balik kalau tak pun meragam la perut nie. Tapi kalau tak makan lapar lak sampai gastrik. Nie yang tak larat nie, dah g klinik doc just bagi ubat untuk gastrik yang macam selalu tue. Dia kata untuk angin tapi macam tak de fungsi je... Nak tido malam mesti tak selesa sbb perut sakit. Confius nie???? Tapi slalunya sebelum priod memang mcm nie. Ok berbalik pada tajuk tadi, JANGAN!!! tadi saya tetiba teringin makan nasi lemak (sgt jrg berlaku sbb saya x brape gemar pun) Saya habis makan (kebulur dah) tapi seperti biasa perut nie mula mengeluarkan tanda-tanda x mo terima. Secara otomatik saya menghantar isyarat kepada otak secara psikologi 'JANGAN MUNTAH ' sbbnya membazir la RM1.50 + 0.50 sen (telur goreng) kalau muntah. Dan ternyata ia berjaya ... Tahniah Otak kerana berjaya membantutka

~SEMANIS KURMA~

Salam sejahtera. Sedang entry ini ditaip saya sedang menonton 'SEMANIS KURMA' rancangan TV yang rasanya semua orang tahu dan pernah tonton. Tertarik dengan tajuk kali ini 'Bahagia Tanpa Zuriat' , mungkin de kaitan dengan saya kot.  Sangat tertarik banyak tips yang dapat... Antaranya, petua mendapat zuriat :- a) Minum air suam + madu b) Sedekah pada hari jumaat c) Amalkan surah Al-Wakiah (selepas subuh) d) Amalkan surah Al-Mulk (lepas magrib) e) Sedekah pada bayi yang baru lahir.  Selain itu, a) Beristifar kepada Allah b) Surah Al-Imram ayat 38 c) Surah Maryam ayat 4 - 6 d) Surah Al Anbiyaa ayat 89 e) Surrah As Sauffat ayat 100 d) Surah Maryam ayat 10 Alhamdilillah, walaupun jarang pergi ke majlis-majlis ilmu sekurang-kurangnya rancangan SEMANIS KURMA ini merupakan salah satu wadah untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah akan saya amalkan segala petua dan nasihat yang saya dapat, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.  Ok berbalik pada rancangan tadi, Ustaz Syed ad

CAMERON HIGHLAND SayA dAtaNG LaGiI!!!

Imej
Salam sejahtera semua... dah beberapa hari rasanya saya tak melawat alam blog, rindu plak rasanya. Kalau buka pun just tengok-tengok jer... Ahkirnya sampai gak tarikh 17 dan 18 Disember 2011. Jeng...Jeng..Jeng, Family trip holiday kali ini di Cameron Highland. 8.30 pagi,  (17 Disember 2011) Seawal ini kami bertolak dari Teluk Intan, Mengantuk tapi teruja... saya dah siap-siap bawa sweater sebab saya nie tak tahan sejuk. Kurus macam saya nie tentulah kekurangan lemak dibawah lapisan kulit. Kali ini semua ahli keluarga kami join so kena la pergi 2 kereta. Hashim!!! (bukan nama orang tapi bersin). Wah!!!Rupa-rupanya dah masuk Ringlet patutla bersin kesejukan. 11.00 pagi, Selamat tiba di Tanah Rata Cameron Highland ... Sejuknya!!! Pe lagi kita makan dulu dah lapar bebenar masa tue. Tengok semua orang tunduk menikmati makanan, almaklumlah sejuk cepat la lapar. 12.00 tengahari, Lawatan pertama kami di Argoteknolagi Mardi.... Kat sini semua ada dari strawberriyhingga la ke nyamuk (???)

~TERIMA KASIH ALLAH~

Imej
Terima kasih  Allah, kerana Kau beri beluang kepada hambaMu ini untuk terus menikmati hidup dan beribadah kepadamu. Terima Kasih Allah, atas izinMu hambaMu ini menginjak ke usia 26 tahun. Sedar tak sedar dah 26 tahun masa berlalu dari merangkak, bertahtih dan seterusnya berlari. Dari tanggungjawab kecil hinggala menjadi seorang isteri... TERIMA KASIH ALLAH, Gambar hiasan (Ini bukan kek bufday) En. suami cantik hadiah nie... walaupun sayang dapat sebelum 13 Disember, tapi sayang pakai masa 13 Disember. Tapi sayang kesian kat abang sebab 13 Disember jugak abang demam. Tak jadi kita nak celebrated kt luar, takpe sayang tak kisah pun janji bersama-sama abang. Malam tue jugak sayang bawak abg pergi berubat. Abang kata dah elok sikit bila ayat Al-Quran dibacakan di tempat yang rasa sakitt. En.Ustaz terima kasih yer... Sayang bersyukur sangat masa balik tue abang dah boleh bawa kereta sebab sayang silau tak berapa nampak. Semalam. 14 Disember sayang balik rumah, rumah bersepah... Sayan

TIPS SHOPPING

Imej
Salam sejahtera semua... Untuk entry kali ini saya nak kongsi tips shopping kepada semua sahabat-sahabat saya. Sebenarnya saya terfikir nak tulis entry kali ini semasa sedang shopping. Oppss... hahaha sempat gak berfikir pasal blogkan.  Okla ini dia:- Sebaik-baiknya jangan shopping semasa perut lapar. Sebabnya, bila kita lapar ia boleh mendorong nafsu untuk mendapatkan sesuatu dengan gelojoh dan tidak terkawal. Sebaik-baiknya makan dulu dan barula shopping.... Kalau tak caya cubala tips ini.  Sediakan list barang keperluan, bolehla kita buat anggaran berapa peruntukan yang diperlukan dan tak la terover bujet. Yang penting sekali tak terbeli barang yang tidak diperlukan.Ia mengelakkan kita membeli barang secara runcitkan dan selalulah menziarahi pasarayakan membazir minyak namanya. Beli semasa sale, selalunya dihujung tahun mesti ada YES (year and sale). Masa ini memang berlambak-lambak shopping kompleks yang buat sale dan ada kalanya sampai 70%, berbaloikan. Barang yang harga as

MENGENAL SRIKANDI ISLAM

Imej
Salam sejahtera kepada semua sahabat... Jika kita aju soalan kenal tak Rihana atau Lady Gaga masing-masing akan terangguk. Ada yang menganggap mereka sebagai idola. Bangga mendendangkan lagu-lagu mereka, fesyen berpakaian diikuti. Malah dianggap sebagai icon kepada dunia sekarang. Sebagai seorang muslimah saya agak terusik dengan perkara ini. Sebagai manusia saya tidak berhak menghukum dan menyatakan ia tidak patut diikuti seratus peratus kerana mungkin terselit sedikit nilai positif yang patut dicontohi daripada mereka. Terdekit dalam hati ini alangkah indahnya jika icon tadi diberkan kepada sikandi islam pasti kesyumulan islam kembali menyinar didada-dada hati setiap insan. Mari kita kenali srikandi islam, nilai keperibadian, semangat dan jua istiqamah dalam meniti zaman membangkitkan syiar islam di bumi Allah ini. 1. Siti Khadijah binti Khuwailid Al Asadiyah r.a Merupakan seorang bangsawan wanita kaya. Mengahwini Nabi Muhammad s.a.w ketika berusia 40 tahun. Isteri pertama Rasulullah

SEGMEN BLOGWALKING

Imej
Sambil menunggu en.suami balik dari kerja rasa nak menjenguk kawan-kawan blog plak. Tadi singgah kat blog Mama Lyn dan terbaca entry Segmen Blogwalking. Tertarik pula nak join... Mana la tau boleh tambah sahabat-sahabat la plak. Mana-mana blogger yang tertarik bolehla join. Klik sini Jangan lupa tau blogwalking sampai tergeliat jari.

~PESERTA & URUSETIA~

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia (pinjam salam Pupu) Satu hari lagi krusus, tapi hari ini saya jadi urusetia pula. Kalau 6 Dis lalu saya jadi peserta dan urusetia (GK la plak). Haishhh... LILLAHITA'ALA... pesan Ustaz Hazami baru dapat keberkatan dan semua urusan yang dibuat mendapat ganjaran. Kerja seharian yang dibuat pun di ganjari pahala sebab ia adalah ibadah. Antara slot untuk kursus hari ini adalah:- Pengurusan Stres Adab Berkomonikasi Pengurusan Masa Okla nanti saya kongsikan antara tips yang saya sempat pelajari Nota kecik : Ermm sejuk duduk dalam aircond... pasni kena bwa sweater bulu kambing tebal 10 inci

CERITA SEPOHON POKOK

Imej
Hari ini saya nak bercerita mengenai sebatang pokok. Cerita yang boleh menaikkan motivasi. Di pinggir sebuah hutan, terdapat sebatang pohon epal yang sangat besar... Di dahan pohon yang gah berdiri itu terdapat sebiji epal yang yang cantik. Dengan warna yang kemerahan dan agak bersinar bila di pancar cahaya matahari. Namun demikian,buah epal tersebut tersembunyi di celahan dedaun yang rimbun menghijau. Setiap manusia  yang lalu pasti akan tercari-cari buah epal tersebut. Namun masing-masing akan berlalu dengan hampa kerana buah epal yang ranum itu tidak kelihatan kerana ditutupi rimbunan dedaun yang menghijau. Suatu hari datang dua ekor tupai hinggap di dahan pohon tersebut, lalu terpandanglah buah epal tersebut. Tupai jantan memuji-muji akan kecantikan buah epal tersebut dan berkata kepada tupai betina bahawa buah epal itu miliknnya kerana dia yang menjumpai dahulu. Namun tupai betina pun turut mahukan buah epal tersebut. "Lihatlah buah epal ini, sangat cantik, sungguh licin ku

Cerita antara Pulau Carry, Jugra dan Pulau Indah...

Imej
 Cerita Antara Pulau Carry dan Jugra Last Friday tetiba datang seru nak g jalan-jalan dgn en.suami... Sebenarnya x rancang pun just bawa my mother in law cari air laut yang jernih bukan pe untuk tujuan perubatan. 1st pergi kt pulau Carry dekat je dari umah, sepanjang perjalanan pergi ke Jeti Pulau Carry sempatla menyaksikan pemandangan Pulau nie. Wow amazing sgt hijau (byk pokok) hehehe kira dara lg la. X byk kilang n rumah org yg de cume kilang kepala sawit sbb 70% pulau nie dilitupi tanaman sawit (kalau x salahla). Yang paling teruja sbb da nampak Bukit Jugra dari Pulau Carry that mean dekat je la rumah n tempat kerja. Hahaha x tpula tp yg x beshnya kena wat tongkang la nk seberang laut 2 sbb jambatan untuk cross Pulau Carry n Kg Sawah Banting dlm pembinaan. Tp sayang sbb air laut di jeti  kat cni agak kotor so x ble pakaila hehehe. Maka pencari diteruskan ke Pulau Indah...................... Pulau Indah Pulau Indah destinasi seterusnya, hehehe idea ni dtg drpd pakcik my hubby

BUKIT LAGONG

Imej
Sabtu lalu (3 Disember 2011), disaat kebosanan duduk kat umah tetiba dapat pelawaan en.suami tracking WOW!! pelawaan yang sangat menarik. Lagi-lagi saya memang minat aktiviti lasak. Lokasinya Hutan Simpan Bukit Lagong. Sebenarnya ia berdekatan dengan salah satu tempat dibawah seliaan en.suami iaitu Pusat Belia Bukit Lagong. Kebetulan masa nie ada program kat tempat tue. Dan en.suami datang untuk melihat perjalanan program disamping memantau keadaan kawasan tersebut. Salah satu pakej yang diberikan oleh Pusat Belia Bukit Langong adalah jungle traking dan juga solo walk (waktu malam). Pintu masuk Pusat Belia Bukit Lagong  Tapak perkemahan juga disediakan disini, terdapat beberapa aktiviti lain seperti rock climbing, kayak dan juga flying fox. Pusat dibawah seliaan kerajaan negeri Selangor ini ternyata memberikan peluang kepada semua organisasi untuk menjalankan aktiviti dengan selesa. Jom kita tengok tempat yang menarik disekitar Bukit Lagong. Hutan Lipur Bukit Lagon

KERISI TAUCU BERSAMA TERUNG PIPIT

            Resepi temurun arwah nenek, Sempat saya belajar daripada arwah nenek tercinta. Walaupun tak menuntut secara formal tapi sentiasa segar di ingatan dan lidah (semestinya). Okla kita mulakan. Pastikan perkakasan memasak lengkap (sangat penting) terutama tong gas yang berisi. He3 BAHAN-BAHANNYA  2 ekor ikan kerisi 1 labu bawang besar (dimayang) 2 ulas bawang putih (dimayang Halia (sedikit je) 3 sudu besar taucu 4 tangkai cili api (ikut selera) 1 tangkai cili merah  15 biji terung pipit 1 batang serai CARA-CARA PENYEDIAAN Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Setelah naik bau, masukkan taucu dan sedikit air. Masukkan ikan kerisi dan seterusnya serai untuk menghilangkan bau hanyir. Masukkan cili api, cili merah dan terung pipit. Masukkan gula dan sedikit garam. (garam sedikit sahaja kerana taucu sedia masin) Setelah ikan empuk dan rasanya sebati bolehkan api dapur gas dimatikan (urmm) Dan bolehlah dihidangkan  Saiz hidangan :

KOD WARNA

Ok lps nie senang nak cari kod warnakan Kode warna yang terpilih : Kredit to http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/05/kod-warna-html.html

MENAWAN SANG SINGA (PERLIS)

Imej
25 Noverber 2011, pengembaraan ke negeri utara tanah air bermula. (Dah macam buat novel lak) . Sebenarnya ia lawatan kerja dan adala sedikit terselit agenda untuk ke rumah rakan sekerja yang kawin kat Perlis. Wah, jauh gila... sengal-sengal segala urat sarat bila dekat 8 jam duduk atas bus. Perjalanan pergi tak la terasa sangat sebab kami bertolak 6.30 ptg dan sampai ke KMK 3.00 pagi. (Terima Kasih KMK terima kami untuk menginap). Esok pagi kami bertolak ke destinasi lawatan sebenar KMP (Kolej Matrikulasi Perlis). Terharu dengan layanan daripada staf KMP sangat terbaik. Alhamdulillah ada la ilmu dan pengalaman yang dikongsi selain bertukar-tukar pendapat. Apa yang saya suka di negeri Utara Malaysia ni ialah ............. Sawah Padi  Sangat tenang dan mendamaikan. Kalau saya diberi peluang memang nak sangat menetap ditempat macam nie. Sepanjang perjalanan naik bus ke Kedah dan Perlis lebih 60% pemandangan adalah sawah padi. Yang paling menarik bila pemandangan sawah p

Corat coret

Salam sejahtera semua, dah beberapa hari rasenya tak update blog nie. Bukan apa sebenarnya, tengah cari mood untuk merombak blog cute nie. Setiap hari asyik tukar jekan template nie... Tak apa untuk kebaikan. Well banyak pekara menarik yang berlaku sepanjang minggu lepas. Antaranya lawatan ke negeri utara Malaysia. Dan semestinya bombastik. Mood plak kembali ceria seperti asal. Untuk entry akan datang ada yang menarik untuk dikongsi. Tunggu ye...