Rabu, 5 April 2017

JAKARTA


Kalau nak menjelajah Kota metropolitan macam Jakarta, sila sediakan mental fizikal korang dengan semaksima mungkin. Kalau dari KLIA korang jangan risau sebab banyak flight nak kesana cuma harga je yang beza. Kalau ke jakarta setakat nie aku guna AA dan MAS jer. Sebab masa tu harga daripada 2 syarikat penerbangan nie telah mencuri hati aku. Masa penerbangan pun tak sempat la panas bontot 2 jam jer.
Ayah 1st flight so nervous sikit (KL-Jakarta) by Air Asia

Me n MY BFF (Jakarta -KL) by MAS

Ibu negara Indonesia nie mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sebab tu aku suh korang menyediakan mental dan fizikal dalam keadaan terbaik. Masa kat jalan tu lebih lama dari tempat yang korang nak pergi. Jem kaw kaw, lagi-lagi hari bekerja so elakkan seboleh mungkin dari hari isnin-jumaat dan seelok eloknya datang masa hari cuti. Sebab orang Jakarta bercuti ke luar daerah terutama Bandung. Kalau nak ke Bandung plak elakkan hari cuti. Ada pahammmm

Mini Coster nie sesuai kalau rombongan cik kiah dgn jemaah para wanita.

Kadar sewaan hotel di Jakarta agak murah banding tempat lain kat Jakarta, dalam RM100++ korang dah boleh menginap kat hotel 4*. Sila bercuti dengan gaya berhemat ye. Tapi agak mahal untuk menyewa kenderaan. Haa nampak tak pro dan kontranya disitu. Aku guna khidmat rakan yang berada di Jakarta untuk tempah hotel sebab kadar untuk penduduk tempatan berbeza dengan pelancong asing. Kalau dah melancong jangan lupa buat kawan ramai2, untuk kemudahan dikemuan hari jugak dak. Pokoknya jangan sombong dong...

2 lelaki gagah (Orchardz Hotel, Sawah Besar)


Fokus utama aku ke Jakarta semestinya SHOPPING... Sememangnya Jakarta syurga untuk kaum wanita. Dari kaki lima sampaila Mall bertaraf superstar jer yang mampu pergi, aku nie taraf mampu tengok jer orang duk borong handbeg Hermes Birkin. Barangan berjenama kat sini bukan setakat ada butik sendiri tapi siap ada bangunan sendiri lagi. Bernanah mata mak nak, Center Park, Grand Indonesia mall, Taman Angerek. Sila asah kad kredit anda sehingga tumpul ok. 

Hard Rock Hunter- ada di Pacific Place Mall Jakarta

Kalau nak cari baju-baju dari baby sampai la embah-embah Tanah Abang adalah tempat sesuai. Make sure korang tahu mana pintu yang korang masuk sebab belum tentu itu pintu yang korang keluar. Susah plak klu pergi rombongan, kalau rasa GM kelang tu dah cukup besar Tanah Abang lagi besar dan ade banyak blok2.

  Mangga Dua, nie pun tempat untuk memborong. Beg Cath Kidston kat sini banyak, rambang mata nak pilih. Nak yang original ke Copy semua ade. Copy pun gred AAA, aku sendiri tak boleh beza. Kat sini pun berblok2 dan bertingkat-tingkat. Maksure kalau pergi 2 tempat nie jangan pergi hari yang sama. Sebab tak cukup masa lagi-lagi kalau ahlinya insan bernama wanita. Untuk kain-kain ela yang terkini dan murah aku cadangkan korang di Mayestik. Kain lace dia rasa nak tidur ker atas bentangan kain tu. Setiap kali aku pergi mayestik mesti tengah Sale ke tempat nie memang sale hari-hari. Kat Mayestik nie sebenarnya banyak kedai-kedai semuanya jual kain ade jugak mall. Pandai-pabdai la korang tawar harga. Aku ada kelebihan kalau pergi Indonesia nie sebab aku boleh bertutur dalam bahasa jawa. Hahaha so aku akan dapat harga yang special di samping tambah kenalan baru. Mereka ibaratkan aku nie keluarga yang dah lama terpisah. Pasal shopping lagi, aku tak nak tambah perenggan biar aku abiskan bab shopping kat perenggan nie. Kalau korang berminat kat Batik Jawa Thamrin City adalah tempatnya. Dari kain, baju, seluar, tudung dan macam-macam lagi la yang berunsur batik boleh didapati kat sini. Sila sedia maklum bahawasanya membawa masuk batik selain batik Malaysia adalah dilarang. So kalau korang berhajat nak berniaga kain batik atau beli secara pukal untuk disedekahkan kepada kaum seluarga pandai-pandai la sorok. Tak pepasal kene rampas kastam, aku bercerita berdasarkan pengalaman yang nyaris-nyaris kain batik aku dirampas kastam. Tapi kalau sehelai dua untuk kenang kenangan tiada masalah pun nak bawa. Yang penting budi bicara dan budi bahasa. Pasar Baru pun tak kurang menarik, aku teman beberapa orang kawan kesini untuk beli wall paper. Murah katanya, layan je la. Tempat-tempat dalam perenggan nie sesuai untuk belian secara borong. Makin banyak beli makin murah harganya. Kalau kurang beg nak letak barang shopping jangan lupa beli beg yer makcik-makcik. Kalau orang tanya, "Wah! byknya shopping.makcik-makcik ckp jer,"begnya da beranak nak". Sambi hadiahkan jelingan maut. kompom anak-anak dan bapak-bapak takkan bertanya lagi.

Kalau Bab Shopping atas lantai pun tak kisah (Mangga 2)
Kalau ang-abg pun berbondong tangan apatah lg kaum wanita (Mangga 2)
Datin duit i habis la... Pinjam 2 juta boleh. (tudung pink) Jab i pikir byk lg nie x beli (tudung biru)
( PASAR BARU)

Sememangnya Jakarta nie syurga makanan selain syurga shopping. Kat sini korang boleh rasa pelbagai variasi makanan dari suku-suku kaum yang ada di Indonesia. Jawa, minang, sunda, Bali, batak pe lagi semua ada. Asas makanannya pun lebih kurang kat Malaysia. So tak la melecet lidah ko.... Nak menikmati makan malam dengan variasi seafood berlatar belakang panorama pantai yang cantik. Sila berkunjung ke Ancol, bayak restoren atau orang Jakarta bilang rumah makan. 

Pisang goreng sedapnya... Duit lak x cukup adehh agak2 seposen nak tak dia 
Group nasyed kelaparan (Rumah makan Garuda) Minang style
Rumah makan BAkmee
My ayah, 1st time mkn khas sunda. enak bangeti katanya
Rumah Makan Sajian Sambara- Cilandak, Jakarta Selatan
Dim Sum Inc- Plaza Festival, Jakarta Selatan

Dalam Hotel jer My Ayah pekena Soto Betawi
My faberet place Jimbaran Bali Cusine Ancol 

Bukan setakat membeli belah, Jakarta juga sebenarnya pusat kebudayaan. Banyak tempat-tempat yang korang boleh lawati. Kalau suka sejarah boleh ke Museum Nasional, Museum Bank. Jangan lupa ambik gambar banyak-banyak kat Tugu Monas ye, jgn pergi hari isninsebab tugu tutup. Kalau dah jejak kaki ke Monas  apa kata solat zohor kat Masjid Istiqlal. Masjid yang mempunyai 7 pintu masuk simbolik kpd 7 jenis Syurga dalam islam. Bawa plastik siap2 untuk isi selipar, bukan takut hilang (husnuzon) tapi takut tak ingat kuar ikut pintu mana. Ada gak orang jual, membeli sambil sedekah konsepnya. Dah tak tau nak pergi mana kat Jakarta, jom ke Ancol. Pusat peranginan yang ada kat jakarta nie memang ibarat pusat hiburan untuk keluarga. Daripada bersiar-siar ke persisiran pantai sampai la ke taman tema yang terbesar semua ada disini. Nak naik roller coster kat open area mcm Genting Highland pun boleh. Taman Tema air pun boleh, konsert band-band terkenal pun ada. Penat aku nak cerita pergi sendirila senang citer.

Trick x jd hahahaha - Tugu Monas
Tak dpt msk gara-gara pergi hari isnin. Tugu Monas
Ancol beach
masjid Istiqlal- Jakarta
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan 
Inilah yang di namakan beg beranak.

Kalau korang pergi bersama segerombolan kaum yang dipanggil wanita, senyumlah sampai telinga walau apa keadaan pun shopping itu keutamaan. Jika pergi bersama 2 jejaka cepat2 kesan berubahan muka semasa aktiviti shopping. Sila pastikan mereka dalam keadaan sihat walafiat bagi memastikan aktiviti shopping x bertukar menjadi aktiviti riadah semata. 

Itu je aku nak kongsi, kalau nak tanya apa2 email je ye... InsyaAllah akan dijawab secepat mungkin....

2 ulasan:

Nurfaezah Abdullah berkata...

Amboi full blast shopping ye hehe kalo bawa fae shopping brg2 craft mmg fae suka

Mrs Fuzy sweetsourleyra berkata...

blogwalking..salam perkenalan