Bandung 2


Sebenarnya aku memendam satu hasrat, lepas berkali-kali ke Bandung tetap tak dapat ke Takuban Perahu. Ada jer halangan kekangan masa la dan yang paling selalu, tempat tu ditutup sebab aktiviti gunung berapinya aktif. Kalau yang berhajat nak kesini pastikan tempat nie jadi agenda utama. Kalau tak, confirm di tepis dakyah2 shoping korang yang tentu-tentu tak cukup masa tue.

1st time AA operasi kat KLIA2 masa nie, memang kelibut.


Untuk memastikan hasrat terpendam aku tercapai dan tidur malam ku lena. Aku ambik flight malam, so kekdahnya pagi2 terus ke Takuban Perahu.Jarak perjalanan  20km dari Kota Bandung. Keadaan jalan pun tak sesak, Masa nie hari jumaat bukan hari untuk berlibur. 

Sepanjang perjalanan ke Takuban Perahu jangan alihkan lensa mata anda untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan. Insaf sikit hari ni hari jumaat (masa kejadian). Dari riuh deruan motokar dan motosikal ke riuh kicauan burung. Semakin menuju ke puncak cuaca makin sejuk. Penduduk Bandung nie rajin bercucuk tanam. setiap ruang tanah yang ada mesti diusahakan sebaiknya. Kalau bukan pokok-pokok sayuran mesti pokok-pokok bunga hiasan. Alahai tercicir hati kakak di tepi jalan tau. 

Si Kevin dan Ibu Guru Piano



Kawah Ratu, kawah paling besar diantara 3 kawah yang terdapat di Takuban Perahu.

Takuban Perahu nie merupakan Gunung berapi yang masih aktif, tapi selamat untuk di lawati. Yang penting ikut segala peraturan dan arahan yang ditetapkan pihak berkuasa disana. Sebenarnya ada kisah mitos penduduk setempat macam mana nama takuban perahu nie diambil. Tu korang boleh baca tak pun tanya kat penduduk Bandung sendiri. 

Mengapit puteri asli sunda. Cantik mulus sungguh



Si Kevil yang kata aku macam Cikgu Piano, walau hakikatnya piano pun x pernah sentuh


aku dan kawan aku

Kalau korang jenis kulit senipis kulit bawang, pastikan pakai baju yang agak tebal, sebab kawasan nie sejuk dan berkabus. Pastikan pakai mask, bau belerangnya agak busuk bagi yang tak tahan. Di sepanjang laluan kawah nie ada penjual yang jual ole2 kerajinan tangan. Boleh jer kalau nak beli kena pandai tawar untuk dapatkan harga yang korang hajati.

Pastikan pakai kasut bertutup, sebab kawasan agak berlecak. Masa aku pergi nie tempat nie tengah musim hujan. Aku geli kalau de benda melekit-lekit kat kaki, so aku siap pakai stokin. 


Sila nikmati keindahan alam sepuasnya disini. Berhati-hati semasa menyelusuri jalan-jalan disepanjang lereng kawah nie. Keadaan agak licin, jaga langkah korang. Jangan lupa berfoto sepuasnya. Sebab pasti korang tak dapat kat tempat lain. Bak kata orang lain padang lain belalang.




Aku, kawan aku dan kawan-kawan aku merangkap supir aku.


Kalau nak makan malam yang romantik sambil menikmati keindahan pemandangan gemerlapan cahaya Kota Bandung, sila ke The Stone Cafe Bandung. TIme nie memang waktu malam aku abiskan masa kat sini aje. Sambil makan sambil berhibur dengan live music, boleh request lagu lagi kalau korang bernasib baik macam aku. Seperti biasa aku akan pesan makanan asli Sunda, kalau nak nikmati keaslian masakan tu carilah ditempat asalnya.

Aku suka memerhati, serius aku suka rekaan cafe nie. Rekaan klasik, susunan batuan sungai mendominasi rekaan The Stone Cafe. Memang relax, dikelilingi pohon-pohon menghijau membuat cake nie terasa nyaman. Kalau ke Bandung jangan lupa singgah The Stone Cafe, make sure rancang perjalanan korang. Nak ke The Stone Cafe nie boleh tahan azabnya. Jauh satu hal tambah macet lagi, bagi mengelak sesakkan elakkan pergi waktu cuti panjang. Memang penuh dengan manusia...

Salah satu tarikan di Bandung ialah Floating Market Lembang, kalau ke Takuban Perahu aku sarankan singgah tempat nie. Selain cuci mata, cuci poket jangan lupa cuci perut sekali.

Ada bayaran untuk masuk kesini, selain tempat yang cantik ofkosla makanannya sedap. Aku suka sate arnab manis dagingnya. Gerai jualan diatas sampan, aku rasa unik. Kalau aku jadi peniaga aku rasa menyusahkan. Bukan senang nak bakar sate atas sampan. Tak kena gaya sampan terbakar... Tak pe tak yah pikir makan jer. Dari pintu masuk nak ketapak jualan yang banyak sampan-sampan tu, boleh tahan jauhnya. Sebenarnya pusing tasik tu je, aku tak de mood nak bergambar kat sini. Penat tak hilang lagi tapi mengenangkan perut lapar redah jela. Selain jalan kaki ade kaedah lain nak keliling tasik nie, naik sampan korang kayuh sendiri opss sewa sampan sebenarnya. Aku takut tak sampai kedestinasi kalau naik sampan nie. Pusing-pusing kat situ je....

Temapt nie kakak suka sebab banyak makanan, harga boleh tahan la. Tapi pe salahnya laburkan duit untuk melabur dikendian hari. Selain makanan ada je jual benda-benda lain, lebih kepada hasil seni. Boleh la buat ole-ole yang lain sikit dari key chain. Kalau penat berjalan pusing tasik nie boleh je duduk rehat-rehat kat kerusi-kerusi yang disediakan. Ada gak aku tengok yang bawa tikar dah rupa nak berkelah aje.Terpulangla bagai mana cara pun untuk menikmati tempat nie. Asal tak langgar peraturan suda.

Semakin petang semakin ramai pengunjung. Seperti biasa aku sarankan pergi waktu bukan hari cuti bagi menikmati suasana yang damai dan memudahkan aktiviti berfotoan. Kalau tak gambar tu de je insan lain yang tertempek sekali. Beria nak bergambar pastu susahkan orang nak bergerak pulak.

picture by google



picture by google

Nie la gerai sampan


Okla guys... Kata akhir dari aku, jom nikmati pengalaman sendiri. Makin jauh langkah, makin luas pengalaman.

P/s : Kalau nak supir ala-ala model nie sila email aku irshafeha@gmail.com. Dahla cantik baik plak tue.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1