Khamis, 22 Januari 2015

Bola Jaring la Pulak

Salam sejahtera,
Eh dah 2015 baru nak update blog. Azam tahun baru aku sama macam azam tahun lepas... Dah dekat abis bulan januari baru nak citer pasal azam bagai. Ok la tukan, dari yang tak de azam langsung umpama hidup tak de harapan.

Sempena tahun baru niekan so antara azam aku adalah nak jadi lebih sihat dari tahun2 lepas. Memang la aku nie ketegori tiang telipon, tapi tak bermakna kurus tu sihatkan. Ko ingat tiang telipon tu cantik ke tegak jer berdiri kang di langgar dek trellar senget gakkan. So pe kaitan tiang telipon dengan sihat. Entah la pe tah aku merepek nie, abaikan.... Nak dijadikan cerita, kelab staf tempat aku kerja nie nak buat perlawanan persahabatan dengan kolej lain. Antara staf la bukan pelajar. So tetiba lak antara acaranya bola jaring, sebabnya nak tarik staf wanita joinla. Nie asyik bola sepak jer, compomla pesertanya lelaki jekan.

Aku pun dengan rela hati menjoinkan diri, Sebenarnya last aku main bola jaring nie sekolah menengah dulu form 3 kot. Skang je dah 29 so dah berapa belas tahun tak pegang bola langsung. Memang ke lautla cara aku main nak banding kengkawan lain. Dengan buta peraturan lagi satu hal. Ikut dan aku je nak main mcm mana. Yang kelakarnya team bola jaring nie kebanyakkannya saiz xl comei jer terlompat2 kat padang hahaha... Tapi walaupun xl power beb, kalau aku... Pancit memanjang.

Bab peraturan permainan satu hal. Nasib la de kengkawan yang hebat lagi terror tahap dewa tolong ajar cara main. Skang nie trainning je lagi lawannya sabtu nie. Siap import jurulatih KAKOM lagi, student pun banyak ajar kita org skill main yang betul. Alhamdulillah team KMS makin mantop... Hahahaha kurang la sikit aksi bola lalu celah kangkang... Tapi satu badan da lenguh2 nie, harap mampu bertahan sampai game akan datang. 

Harap impian aku dpt hiking tahun tercapai... Amin...

1 ulasan:

nik ros berkata...

wah.bagusnya bersukan.nik bab bersukan ni mmg fail..haha