Bandung 2014

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Bulan mei lepas aku dan suami sekali lagi terbang ke bumi Bandung, eceh... pergi Bandung dah macam balik kampung pulak. Kira kali ke 3 aku pergi Bandung...

Kali nie aku pergi 4 hari 3 malam... Memang dah rancang nak pergi sana time cuti semesta bebudak matrik. Senang sikit cuti aku nak lulus. Tu pun macam keberatan nak diluluskan. Alhamdulillah En Boss baik hati meluluskan permohonan keluar negara dan kelulusan cuti. Kalau cuti lulus tapi permohonan keluar negara tak lulus pun susah gak. Kalau lagu tue nampak gayanye aku bercuti di Banting sambil minum air Bandung.

Nak di jadikan cerita date aku pergi Bandung tue adalah hari pertama Air Asia membuat penerbangan melalui KLIA2. KLIA2 memang luas giler, kalau korang sakit kaki baik siap2 minta kerusi roda. Suami aku yang berketegori Obes menunjukkan tanda2 kekurangan oksigen. Aku leks jer ar walau dalam ati dah bengang. Memula masuk terus tercegat sebab tak tau nak pergi arah mana. Nasib de ASK ME, boleh tanya... Papan tanda pun agak mengelirukan. Ke mata aku yang kero gara2 terpesona dengan keindahan dan kecanggihan KLIA2.

Settle loading beg bagai, kite orang terus check in masuk sbb penerbangan antarabangsa kena 2 jam awal check in kalau tak bye bye... Jalan punya jalan turun tangga, check kat board flight ke Bandung da open tapi asyik tukar gate jer... Dari gate 3 sampai ke 15 kami bertukar2. Kami pun berlari2 tukar2 gate, da macam acara lumba lari secara berjemaah lak. Sebab penumpang lain pun macam kite orang gak...Petugas kat kaunter pun pening mane sebenarnya flight nak parking nie. Malu siot dengan pelancong asing yang sangat x puas hati diperlakukan begitu, walaupun kiteorang bukan petugas kat situ tapi selaku warga negara Malaysia tercinta pun turun menerima ketebalan  dimuka. Ingat dah settle la masalah bila da naik flight lagi2 disapa stewdess yg hensem2 dan cantik jelita lagi tersembul depan belakang. Sekali kena tunggu dalam flight dekat sejam lebih da... Gara2 menunggu minyak diisi.... Bertambah2 sebal dihati..... X pela aku paham 1st day memang selaluinya begitu. Moga2 after this servisnya more tip top.

 Dah berapa jam delay sian Joe sama Myra kelewatan menunggu di Airport. Alhamdulillah setelah berperang dengan perasaan dan perut yang berdondang sayang akhirnya terbang jugak la merentasi awan dania eh silap awam biru.

Panjang tak summary aku pasal KLIA2 diawal2 pembukaannya... Kalau de peraduan mengarang tentang KLIA2 sila la copy dan paste summary diatas. Jangan risau aku tak saman korang pun, aku tak daftarkan jadi harta intelek pun....

Sepanjang aku ke Bandung kali nie, acara menghabiskan duit tak serancak memula sampai Bandung dulu. Kali nie melancong dengan tenang tanpa terburu2 nak shopping sambil cari pesanan kengkawan. Barang untuk niaga aku aku dah uruskan awal2. Dah kata nak rest jenjalan makan anginkan. Pasar Baru memang destinasi wajib, suami nak tempah baju raya kat sini. aku pun tumpang sepasang dua. Kehkehkeh... Aku dapat Prada Lace dengan harga RM30 ringgit semeter murah giler. Terus aku buat dress kat kedai tu gak. kan senang balik Malaysia terus boleh pakai tak yah pening nak anto Tailor bagai. Aku ingat aku jer yang giler beli kain kat kedai tue rupa2nye sohabatku Madam Honey pun mengiler gak.... Maklumlah rakyatnya ramai makanya kain juga harus lebihh panjang meternya.

Selain Pasar Baru, Toko 3 dengan Terminal Tas tempat wajib kami datang. Toko 3 mestilah cari jeans kan. Toko 3 lak, de kenkawan yang kirim beli beg kulit gred AAA. Aku teringin nak cari jeans yang kalerpul tapi kebanyakkanya skinny jeans la. Aku x berapa suka skinny jeans dah la kaki aku macam lidi kalau pakai skinny jeans lagi la. Lagipun suami aku pesan kena tutup aurat bukan balut aurat. Baik encik suami.... aku tak tau nak bagi survenior pe kat kengkawan so kami cari dompet jer kt terminal tas.

Rasanya kebanyakkan masa banyak dihabiskan kat tempat makan jer.... Antara tempat yang aku ingat semalaman kiteorang kat sana The Stone Cafe... Aku suka tempat nie, atas bukit so boleh tengok pemandangan kota Bandung waktu malam. Memang cun giler, dah macam kebiasaan kaum ibu2 untuk selfie sebanyak mungkin. Kaum bapak pulak melantak dan lantakla korang kata mereka.
Masa OTW pergi Takuban Perahu kiteorang singgah kat tempat makan nie. Sindang Rerek nama restoren nie, de petai wah heaven giler...cicah sambal belacan. Time tue ada persembahan kebudayaan masyakarat sunda. De aku kesah dah selfie bagai baik aku layan petai sekali dengan kulit2nya aku baham. Lepas makan sambung posing balik... Kat sini kiteorng ambik pot sebelah kolam ikan. Si Kevin anak Myra dah jadi mcm bawang putih, abis nasik2 balance x abis makan dia tabur bg ikan makan. X cukup nasik sekali tulang2 ikan dia campak. Nasib dia pun x kena campak bagi kt ikan makan....
Kalau pergi Bandung tak pekena Bakso Setan memang macam x pergi Bandung la. Pekena Bakso Setan kat Campelas Walk memang terbaik. Aku yang konon2 x makan bakso pun serender dengan keenakkan Bakso Setan. 'Ngapusi waye anak jowo gak mangan bakso'. Kan aku dah speaking.
Pada pendapat aku nasi padang kat Bandung lagi sedap berbanding kat Medan... Aku suka ayam pop. Kalau kiteorang makan berjemaah kompem 2 pinggan paling sikit... Aku pernah try buat ayam pop tapi tak jadi. So aku kena pergi Bandung lagi pastu berguru dengan MAHAGURU ayam Pop selama beberapa bulan, kemudian diberi pengijazahan terhormat baru la aku dpt buat ayam pop setaraf di Bandung. Sebenarnya de beberapa tempat la kiteorg pergi tapi aku tak ingat. Banyak sangat makan kepala ikan aku nie. Nie handpone BB aku ilang. Aku lupa letak mane? Adakah tertinggal masa cek bilik budak td. Conpius...

Ini bukan cerita rekaan tapi betul2 terjadi 3 kali aku pergi Bandung kali nie baru la aku boleh naik Takuban Perahu, selama ini setiap kali aku pergi Bandung kompem tempat tue ditutup sebab Takuban Perabu mengeluarkan debu volkaniknya.

Yes!!! Dengan bangganya aku berjaya menjejakkan kaki ke Takuban Perahu bangga gila bila dapat selfie kat situ. Kehkehkeh.... Yela ner de kat Malaysia Gunung Berapi setakat kolam air panas kat Selayang tu pernah la aku pergi. Kolam air panah kat Kuala Woh pun dah tak panas. Jadinya batakla sikitkan... Tapi aku respek gila la kat penjaja kat Takuban Perahu tue. De sorang mamat tue jual pe tah, dia tolong suami aku ambik gambar ye la nak selfie x boleh nampak dari ujung rambut sampai ujung kaki. Aku mane ader monopod atau galahpod dan seantero dengannya. Dia tolongla ambikkan gambar, bila suami aku nak bagi duit dia tak nak melainkan kalau suami aku bagi duit beli barang dia. Time nak beli barang dia udah ramai pulak yang serbu dengan muka penuh simpati suh beli barang. Mane nak di belinya mahal beno regenya... X pe la kiteorang berdoa agar deme diberkati dan dimurahkan rezeki.

Kali nie Myra dgn Joe bawa kiteorg pergi Pasar Terapung Lembang. Katanya tempat tue antara tarikan terbaru kat Bandung. Peniaga jual dalam perahu ok. Tapi kiteorg beli kat darat la. Barang yang dijual makanan jerla... Aku try sate Arnab... Rasa satenya macam lain sikit la, kurang rencah dan perap bagi aku. Tapi lebih rasa asli arnab.Yang pastinya aku tak berapa suka. Rege lak lbh kurang kt Malaysia jer 0.70 sen secucuk. Rasanya lagi murah aku beli kat Pasar Malam Bukit Badong kampung belah mak aku kt Batang Berjuntai. RM0.50 secucuk.
Last day kat Bandung aku dan sohabatku Madam Honey jalan2 seputar kat Jalan Cehamplas Walk. Di saat bapak2 ketiduran... Walaupun beg dah sendat aku yakin beg aku boleh selet lagi sehelai dua baju. Akibat jalan2 tersandung batu maka tersinggahla sebuah kedai sehinggakan terbelilah baju2 disitu. Nasib la mall kat situ tak bukak lagi di waktu subuh sepie tue. kalau x tambah sebeg lagi tu. Tapi dari pengamatan aku harge kat Bandung semakin mahal. Kualiti barangan pun agak kurang sikit. Kalau niat nak bli handbeg branded yang ori better wat survey dulu kat Malaysia.
 Sekali lagi aku tertipu dengan andaian sendiri, aku ingat time nak berlepas jer kne jalan jauh rupa2nya time berjalan balik pun jauh la kt KLIA2... Dasar pemalas berjalan aku nie. Moralnya jangan malas macam aku.
Yeah!!! berjaya gak aku buat entry sekali napas... Adios amigos

p/s: sorry aku x sempat masukkan gambo... tunggu aku free aku upload. Tapi versi blur ye... Atas alasan hanpon x 3310



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1