Rabu, 6 Ogos 2014

Tahniah & Takziah

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Sedar tak sedar hari nie dah 10 Syawal, masih mood raya. Walaupun rumah aku tak de kuih raya, kerepek pisang tanduk yang kawan aku bagi pun dah tinggal suku tupperware. Nie tengah garu kepala kang weekend nie kalau sedara mara aku datang apa aku nak hidang nie. Harap2 deme datang bagi signal dulu senang aku nak rancang masak apa. Harap bisul kat kaki yang tumbuh tatkala 1 syawal hari tue mengecut dengan jayanya sepertimana ia membengkak dengan jayanya. Sampai aku beraya pun berincut-incut, tak pe aku anggap itu semua dugaan Allah suruh aku beringat jangat nak raya sakan time de orang lain berduka lara....

Aku tak der mood nak citer kisah raya ditemani bisul yang mekar bak delima nie... Tapi aku nak share satu berita gembira dan satu berita sedih... Mane satu korang nak tau dulu??? Nak senyum dulu ke nak nangis dulu.... Tak pe la, korang baca jer.... Citernya macam nie..... Best prenz aku kat opis aku yang comel nie baru terima kehadiran cahaya mata yang lama ditunggu2. Baby girl 4.13 kg.... Tengok gaya dia makan aku tengok memang de potensi baby besar. Alhamdulillah... Syukur tak terkata, akhirnya rezeki menyebelahi dia. Mudahan lepas nie tuah korang melekat kat aku plak. Mau tak jeles, tengok semua kengkawan aku dah kendong anak, belum dalam perut de isi lagi. Mula la aku berangan kekekeke.... InsyaAllah mudahan rezeki untuk aku akan datang jugak satu hari nanti. Tak lupa buat kengkawan aku lelain yang senasib gak... Aku bersyukur sangat dapat kawan2 yang sangat baik tak putus2 bagi semangat. sayang korang ketat2....

Tatkala bff aku terima berita gembira nie keesokkannya dapat berita sedih yang mak dia dijemput Allah. Besar dugaan bff aku nie, mudahan Allah beri kekuatan untuk dia menghadapi semua nie. Adat kita diberi pinjam sampai masa Si peminjam akan menuntut semula haknya.

Buat sahabatku Aaina Hazwani bt Mohd Yusoff, tahniah atas kelahiran cahaya mata sulong dan takziah atas kehilangan ibunda tercinta.

Tiada ulasan: