Isnin, 11 Ogos 2014

HOMEMADE TONNER

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Meh aku nak kongsi sikit pasal 'homemade tonner'. Serius aku bukan obses tentang kecantikan nie. Tapi aku memang jaga penampilan. Walaupun kadang kala memang aku serabai, ikut suka aku nak pakai apa. Tapi bab penjagaan diri memang aku ambik pusing. Badan nak pakai lama kot kena la maintanance.

Selalunya bab tonner nie memang slalu aku skip, nak kne de kapas muka la apa la. Tapi sekarang aku suka pakai tonner. Lagi2 yang homemade nie... Bukan susah pun nak buat homemade tonner nie. Bahan2nya memang mesra alam dan senang nak jumpa kat kedai apek depan taman tue.

Satu uncang Green tea aku rendam dalam air panas, bila airnya dah sejuk masukkan dalam botol spray yang kecik. Pastu aku titiskan beberapa titis jus lemon. Bekas spray tue aku beli kat kedai 2 ringgit.

Taraaaaa.... Dah siap, senang jer kan.


Dah boleh nak sembur2 dah kat muka tue. Selain menyihatkan kulit muka korang. Boleh jugak menyegarkan mata time ngantuk drive tue. Sembur jer kt muka confirm cerah biji mata.

Tonner teh hijau + lemon nie sangat kaya vitamin C, agen penganti oksidaan yang baik. Boleh menghilangkan jerawat dan membaiki struktur kulit yang berparut disebabkan bekas jerawat. Selain tue, kalau korang jenis muka berminyak dan pori2 besar. Teh hijau boleh mengurangkan pengeluaran minyak dan mengecilkan pori2.  Khasiat lemon nie, boleh menanggalkan sel2 kulit mati dan dapat menghalang sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit.

Untuk tidak membazir lagi, lebihan lemon yang dihiris tadi tue boleh la korang sental kat kulit muka. Boleh menanggalkan segala tok nenek daki yang melekat kat kulit tue. Kalau banyak lagi lebih lebih sental lagi satu badan pun boleh.
Selamat mencuba...



Tiada ulasan: