Jumaat, 30 Mei 2014

JOM CELUP JARI SAMBIL MAKAN LAUK KENDURI

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 
Entry sekembalinya dari Bandung City... Story pasal tue nanti2 erk, Skang hati, minda dan fikiran Che Ya dah menerawang jauh meredah lebuhraya utara-selatan... Stop jab kat Behrang makan malam... Hehehe jauh sungguh fikiranku terbang. Yang buat lagi berlibang libung bila de driver, kita just duduk sebelah jer sambil buat taik mata.
Motip utama balik kampung sebab sepupu n anak buah den nak berkatan. Nak jadi bujang dah aaa... Kebetulan sekali tarikh pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan jatuh hari yang sama. Pucuk dicita ulam mendatang. Sekali balik makan lauk kenduri sambil celup jari... Moriah kampung den aaa... Ayah duk citer kemain penuh bandar Teluk Intan tue dengan polis n wakil2 parti politik. Time nie la boleh jumpa VVIP semua. Yang hulur bantuan pun kemain ramai...  
Kawan sekerja pun sekapal dengan den aaa... Cuma lain kampung jer, dia dapat kol dari seseorang yang duk tanya balik undi tak. Di pujuknya kawan tu balik siap nak bagi duit tambang lagi. Amboi kemain seronok mike ye... Teman nie idak de sape pun kol nak menawo duit tambang... Kehkehkeh... Tapi tang pesanan terakhir deme tu yang tak menahan kehkehkeh... Eh Undikan rahsia.... Bioler teman memikior dulu sape yang layak mewakili parlimen teman. Kome yang idok terlibat mencelup2 jari tue diam-diam yer perati jauh2.

Sebagai Perakian, anak jati negeri Perak... Merafak sembah takziah dan mendoakan semoga Roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para Solehin dan Aulia. Semoga Sultan yang di lantik kini atas terus memakmurkan negeri Perak.


SEMOGA TUANKU AMAN DAN TENANG DISANA


Tiada ulasan: